ASSALAMUALAIKUM

Salam kepada pembaca budiman


Dalam Blog aku ni kebanyakkannya adalah hasil dari buah fikiran aku dan berdasarkan pengalaman merawat pesakit..


Makin lama berkecimpung sebagai perawat, makin banyak pengalaman dan pelbagai kes berat yang dihadapi... dan hasilnya aku luahkan dalam blog ni.. tapi... banyak yang tak dapat diceritakan terutama kaedah rawatan dan pengalaman....



CERITA CERITI RAWATAN ADA DLM BLOG
HTTP://DARULHANTU.BLOGSPOT.COM


sesiapa nak MP3 zikir download sini : http://www.mediafire.com/?6otvepamultvvoe

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.



وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنِ ابْنِ عَجْلاَنَ، حَدَّثَنِي صَيْفِيٌّ، عَنْ أَبِي السَّائِبِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ سَمِعْتُهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ هَذِهِ الْعَوَامِرِ فَلْيُؤْذِنْهُ ثَلاَثًا فَإِنْ بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ ‏"‏ ‏.‏

There is a group of jinns in Medina who accepted Islam, so he who would see anything from these occupants should warn him three times; and if he appears after that, he should kill him for he is a satan.



Sekiranga ada sesiapa yg bermasaalah gangguan jin syaitan tak kira sihir atau saka dll, dan ingin mencuba rawatan yg tiada belas kesian pada golongan jin, iaitu pembunuhan jin syaitan tersebut, sila hadirkan diri kealamat terpampang dikanan bawah......

Monday, August 12, 2013

UJUDKAH JIN




Ini adalah huraian untuk salah satu golongan jin(azazil, iblis, JIN, hantu dan dewa) iaitu yg tengah tu(JIN)


Hakikat dan sifat jin: (FOKUS PADA JIN TERMASUK AZAZILDAN  IBLIS, TAPI TAK MASUK HANTU HANTU DAN DEWA)

Jin adalah makhluk daripada alam ghaib yang tidak kita ketahui tentang kewujudannya kecuali melalui pemberitahuan yang benar, kita juga tidak akan dapat mengetahui tentang hakikatnya dan sifatnya kecuali daripada jalan dirinya, telah datang kepada kita berita yang benar, iaitu: daripada Rasulullah s.a.w. -menyebut separuh daripada hakikat mereka dan sifat mereka. Telah diterangkan di dalam al-Quran al-Karim sifat-sifat seperti yang berikut :

1-Sesungguhnya mereka bersifat dengan selain dari sifat malaikat dan manusia, mereka(jasadnya) dijadikan dari lidah api, daripada campuran api, Allah ta'ala berfirman: Dia menciptakan manusia(jasad) dari tanah kering seperti tembikar. Dan Allah menciptakan jin(jasad) dari nyala api.
(Surah al-Rahman: 14-15)


Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.
(Surah al-Hijr: 26-27)


Dan berfirman Allah taala ketika menyuruh mereka sujud kepada Nabi Adam:
Berkata "apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada adam) di waktu aku menyuruhmu?" menjawab iblis, "saya lebih baik daripadanya: engkau ciptakan saya dari api sedangkan dia engkau ciptakan dari tanah."
(Surah al-A'raf: 12)


2-Sesunguhnya jin adalah makhluk yang diciptakan sebelum daripada manusia, telah terdapat berulang-ulang kali ayat yang menunjukkan tentang perkara tersebut, kisah Nabi Adam yang disebut dalam al-Quran berulang-ulang kali telah menerangkan: sesungguhnya iblis ialah daripada golongan jin, sesungguhnya telah ada sebelum Nabi Adam a.s.


3-Sesungguhnya mereka berantai-rantai, mereka mempunyai zuriat, telah berfirman Allah ta'ala:
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali iblis, dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turun-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedangkan mereka adalah musuhmu? amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim.
(Surah al-Kahfi: 50)


4-Jin yg jahat, iaitu yg berada di ‘alam manusia’ tak kira mereka islam atau kafir seperti jin jin dampingan manusia, qarin manusia, guru ghaib manusia, saka manusia, kuli manusia, jin suruhan manusia tak kira jin sihir ataupun jin tukang pagar dsb adalah bertujuan menyesatkan manusia, menggoda manusia, jika tak tuannya, anak cucu tuannya(manusia) dan merupakan musuh utama manusia digelar syaitan. Mereka ada yg kafir dipanggil ifrit dan yg islam dipanggil jin islam. Jin yg tidak berada di dalam kategori tersebut(dialam manusia dan baik) tidak dipanggil syaitan, malah ada diantaranya nabi nabi dan wali wali dari kalangan mereka sendiri. Sesungguhnya keadaan mereka: sesungguhnya mereka melihat kita daripada keadaan yang kita tidak boleh nampak mereka, berfirman Allah ta'ala pada sifat syaitan dan seumpamanya, mereka daripada jin sepertimana yang diulang dalam al-Quran:
Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari kedua pakaiannya untuk memperlihatkan kepada kedua-dua auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak biasa melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Surah al-A'raf: 27)


5-Sesunguhnya diantara mereka adalah makhluk yang terdiri daripada kumpulan yang berilmu dan berpengetahuan, mempunyai kemampuan dan pilihan, maka mereka pada keadaan itu adalah sama seperti manusia. Mereka adalah "mukallaf" atau berakal, ada kepandaian dan kemahiran, dengan ada yg beriman dan beribadat, tetapi ada juga yang kafir dan kufur, sama seperti keadaan manusia juga,  ada kepakaran, kepandaian, ada kepercayaan tetapi ada yg kafir dan ada yg beriman walaupun diberikan akal untuk berfikir.
firman Allah ta'ala:
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi aku makan. Sesungguhnya Allahlah yang Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh.
(Surah al-Dzariyat : 56-5)

 Firman Allah :
Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata: "Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri", kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah golongan orang-orang yang kafir.
(Surah al-An'am : 130)


Firman Allah : 
Katakanlah "sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.
(Surah al-Isra' : 8)


6. Jin dibahagikan kepada 2 jenis: iaitu islam dan kafir, yang kafir daripada mereka adalah seperti manusia yg kafir, tidak beriman pada Allah dan hari akhirat.
 (Surah al-Jin: 14-15)

Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang taat dan ada (pula) orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Barangsiapa yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi Neraka Jahanam.


7-Sesungguhnya mereka akan dibangkitkan pada Hari Akhirat. Maka akan dihitung segala amalan mereka, berfirman Allah ta'ala: 
Dan (ingatlah) hari di waktu Allah menghimpunkan mereka semuanya,
  (Surah al-An'am: 12) (dan Allah berfirman):
" Hai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu telah banyak (menyesatkan) manusia," lalu berkatalah kawan-kawan mereka dari golongan manusia: Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian (yang lain) dan kami telah sampai kepada waktu telah engkau tentukan kepada kami". Allah berfirman, "Neraka itu adalah tempat kediaman kamu, sedangkan kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)". Sesungguhnya Tuhanmu maha bijaksana lagi maha mengetahui.


8-Sesungguhnya bagi mereka kemampuan yang besar dan kemahiran dalam pembangunan. Maka Allah telah mempermudahkan bagi Nabi Sulaiman jin yang tunduk baginya bekerja membina istana, menyelam ke dasar laut, pekerjaan pembangunan yang dapat kita lihat dan pekerjaan kesenian.
 Berfirman Allah ta'ala:
(Surah al-Saad: 36-37)
Kemudian kami tundukkan kepadamu angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana sahaja yang dikehendakinya. Dan (kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam.

9-Sesungguhnya sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diangkat menjadi rasul, mereka telah mencuri mendengar daripada mulut-mulut malaikat daripada langit, dan mereka telah pindahkan khabar itu kepada manusia di bumi.

10-Sesungguhnya bagi mereka kemampuan ke atas bertukar rupa yang memungkinkan bagi kita melihatnya dengan pandangan manusia.



HANTU HANTU DAN DEWA DEWA TAK DE AKAL, TAK DE AGAMA KECUALI SEDIKIT DEWA YG HINDU ATAU BUDHA....PUN AGAMA IKUTAN TANPA AKAL.....

No comments: