MENGAPA JIN MENGACAU MANUSIA???????
Cuba ko orang teka, kenapa jin kacau manusia? Atau boleh la ko cuba
pilih mana satu jawapan paling tepat ikut fikiran ko, atau ikut
pengetahuan ko…
- A Sebab jin memang jahat, suka kacau( jin kacau di sekolah, kilang atau tempat lain)
- B. Sebab salah keturunan asal kita(jin saka)
- C Sebab salah manusia tu sendiri( ilmu sesat, amalan panggil jin:jin dampingan)
- D Sebab Allah yg suruh jin tu kacau manusia
- E Semua betul kecuali (D)
Ok, ko orang dah ada jawapannya? Yakin dengan jawapan ko tu? Kenapa yakin? Ada bukti atau dalil? Hehe
Fikir, jangan tak fikir!
Ok berbalik pada peristiwa ketika Nabi Adam dijadikan, Azazil/iblis
enggan sujud pada Adam kan!!!… Agaknya kenapa ye dia tu tak mau dengar
atau turut perintah Allah tu, walhal dia tu telah dilantik menjadi ketua
Malaikat di syurga tu, sedangkan dia satu satunya jin disyurga tu masa
tu, yg lainnya ialah para malaikat, dan nabi Adam je?
Iblis/azazil tu sebelum tu bagitu patuh, taat beribadah hingga para
malaikat pun tak dapat menandingi kehebatan dia beribadah… tapi hanya
arahan Allah yg mudah (tunduk@sujud pada nabi Adam) gitu pun dia tak mau
buat? Adakah sebab status kejadiannya dari Api tu ke, atau memang Allah
yg merancang agar Iblis/azazil tu tak akan sujud pada nabi adam tu?
Kalau soalan ini aku yg jawab, jawapan aku ialah, ni semua Allah yg
rancang… kehidupan dan perjalanan alam maya ni semuanya telah dirancang
dari Awal Oleh Allah. Allah yg telah menetapkan iblis/azazil tu tak akan
sujud pada nabi Adam dan seluruh keturunannya. Betul ke? Waulohuaklam…
Alasan aku ialah, kalau Allah ciptakan nabi Adam, tapi tidak diciptakan
musuh yg menggodanya, Nabi Adam tu akan tetap berada disyurga je, tak
ada sebab nak dihantar ke bumi untuk jadi khalifah dimuka bumi. Kejayaan
Iblis tu menipu nabi adam dan Hawa untuk makan buah yg dilarang Allah
tu(Khuldi) juga Allah yg rancang.
Dan Allah bagi Iblis keupayaan dan keizinan untuk kacau Adam dan seluruh
keturunannya hingga hari kiamat… Jadi setelah nabi Adam dan hawa
dicampak kebumi, Iblis dan konco konconya juga dibenarkan mengikuti
mereka untuk terus mengacau terutama Hawa dan anak cucu nya bermula dari
kisah habil dan Qabil….dan terus terusan hingga kini….
Ok dah Nampak apa yg aku cuba huraikan??? Haaa, ada yg dah Nampak tapi banyak yg masih kabur tu!!!! Hehe
Aku cuba kaitkan cemua cerita ni dengan persoalan atas tadi dan jawapan
yg paling tepat…kenapa jin kacau manusia…. Dah Nampak???? Nanti dulu!!!
hehe
Ok cuba tengok ni;
Al-Isra’;
61 Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada
malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan
iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau
jadikan dari tanah (yang di adun)?
62 Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya
yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku
hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat
keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya).
63 Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)!
Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya
Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup
64 Dan
desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan
suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang
berjalan kaki untuk mengalahkan mereka dan turut campurlah dengan mereka
dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka) dan janjikanlah
mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
65 Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas),
tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka
(untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi
Pelindung (bagi mereka).
Ok, dari terjemahan ayat 61 – 65 surah Al-Isra’ ini, cuba lihat dan
fahami huruf yg saya merahkan tersebut… adakah itu keizinan atau Arahan
Allah pada Iblis???
Arahan atau lebih jelas sebagai perintah kan???
Siap Allah suruh Iblis selain dengan suaranya sendiri(bisikan syaitan) ,
disuruhnya kerahkan penyokong penyokong nya( segala golongan jin)
dengan berkuda atau berjalan kaki (jin naik kuda atau jalan kaki?)
maksudnya ialah apa cara sekalipun dan semua sekali laa…… untuk
mengalahkan manusia!!!!!!!….
Jadi, dari terjemahan ayat AlQuran itu, nyata sekali jin jin yg mengacau
manusia dari dulu sehingga sekarang ni sebab Allah yg suruh!!!!! Betul
tak? So, ini hanya pendapat aku yg sangat bodoh dan lemah
ni…………….Waulohuaklam…
Berbalik pada soalan, kenapa jin kacau manusia
Jawapan aku ialah (d) Sebab Allah yang suruh….. kenapa????? Hehe
hairan??? Lain kan dengan jawapan ko semua!!! Tak tak!!! Ada yg sama tu!
Hehe… pandainyeeeeeeee
Oleh yg demikian, ramai yg mengganggap kalau kita kene gangguan jin, tak
kira sebab saka ke, jin tepi jalan ke, jin dari persihiran ke a tau
apapun puncanya jin tu mengacau…sebab Allah izinkan… ye memang la Allah
izinkan! Tapi tu semua bukanlah sebab mereka baru diberi izin oleh
Allah, tapi lebih kepada perintah kepada mereka(jin) oleh Allah melalui
ketua mereka (iblis) sejak azali lagi….
Oleh itu ko orang termasuk aku pun sama je! Memang sentiasa jin jin cari
peluang untuk kacau dan kalahkan kita…. Ingat!!!! Jin tak boleh
kalahkan siapa???? Orang atau manusia yang macamana??? Tengok balik ayat
65 tu….. Orang orang yang IKHLAS!!!! Imannya Ikhlas, ibadahnya ikhlas,
segalanya ikhlas….. iaitu kalau mereka nak puji Allah, mereka puji
dengan sejujur jujurnya pujian tanpa mengharapkan apapun balasan, Kalau
mereka nak sujud pada Allah, mereka sujud dengan sejujur jujurnya,
bukan kerana terpaksa atau nakkan ganjaran… begitulah dengan keseluruhan
ibadah yg lain… jujur dan ikhlas hanya semata mata kerana
Allah….Lillahitaala….
Jadi, kalau kita ni jauh dari ikhlas, janganla rasa dah selamat sangat
dari gangguan jin ni, walau ilmu agama kita menongkat langit, walau
zikir kita ribu ribu tiap hari, solat kita amat sempurna siap solat
malam sampai lebam lebam dahi, tubuh sampai kurus kering sebab terlalu
banyak puasa sunatnya, lidah/bibir sampai kering dek terlalu banyak baca
AlQuran dan sebagainya…. Selagi tersangat inginkan ganjaran dari
perbuatan@ibadah kita tu semua, jin masih dengan mudahnya mengacau kita…
oleh tu carilah ikhlas…..carilah dan carilah…..mudah untuk dikata, tapi
hakikat untuk mencapainya amat sukarrrrr……
waulohuaklam
No comments:
Post a Comment