Jauhi Tujuh Pembinasa
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu Rasulullah SAW bersabda : ''Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan.'' Sahabat bertanya : ''Ya Rasulullah, Apakah tujuh pembinasa itu?'' Nabi SAW menjawab : ''1-Menyukutukan Allah dengan sesuatu yang lain,
2-sihir,
3-membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah SWT melainkan dengan kebenaran menurut syara',
4-memakan harta riba,
5-memakan harta anak yatim,
6-lari dari medan pertempuran (di waktu berkecamuk peperangan) dan
7-menuduh berzina terhadap perempuan-perempuan mu'minah yang baik, yang selalu menjaga diri daripada perbuatan yang keji.''
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Tujuh perkara yang disebutkan dalam hadith ini adalah di antara dosa - dosa besar yang terbesar sekali. Masyarakat hendaknya dibersihkan daripada tujuh perkara ini kerana ia adalah punca segala kemusnahan baik di dunia mahupun di akhirat. Segala pembangunan tidak akan berjaya dan belum memberkan makna yang baik kepada manusia selagi dosa - dosa ini belum berjaya dihapuskan.
Perkara yg selalu dilakukan tanpa kita sedari salah satunya sihir, sebab kita ingat baca baca ayat quran untuk tujuan tertentu pada individu lain hanya perkara biasa, walhal ianya sebenarnya melibatkan peranan jin iaitu sihir
Makan Harta riba pun kita selalu buat... faedah atas pinjaman yg bukan niat perniagaan
Menuduh zina atau liwat, yg ni pun ramai sangat yg terikut ikut buat kat malaysia nih, sebab bila tv kata, kita percaya, kemudian kita cerita kat orang lain pula.... bercerita kat orang lain tu adalah menuduh....
So......... berhati hatilah
No comments:
Post a Comment