HIMPUNAN HADIS QUDSI
Posted
on December 11, 2009 by sitik
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
1. Wahai anak Adam, berkhidmatlah kepada Ku,
kerana sesungguhnya Aku kasih kepada orang yang berkhidmat kepada Ku dan Aku
menjadikan para hambaKu akan berkhidmat (pula) kepadanya.
2. Maka sesungguhnya engkau tidaklah mengetahui
kedudukan maksiat yang telah engkau lakukan terhadapKu dalam perhitungan telah
berlalunya umur engkau, dan engkau tidaklah mengetahui kedudukan maksiat
terhadapKu yang engkau akan lakukan dalam tempoh baki umur engkau.
3. Sesungguhnya Aku adalah Maha Melakukan apa yang
Aku kehendaki.
4. Sembahlah Aku, kerana sesungguhnya engkau
adalah seorang hamba yang hina dina, sedangkan Aku adalah Tuhan Yang Maha
Besar.
5. Seandainya bahawa saudara saudara engkau dan
kekasih kekasih engkau di kalangan anak anak Adam terhidu bau dosa dosa engkau
dan mereka ternampak akan engkau akan apa Aku lebih mengetahui daripadanya (bau
tersebut), pasti tidaklah mereka duduk bersama engkau dan tidak lah mendekati
engkau.
6. Maka betapakah keadaannya, sedangkan dosa itu
bertambah pada setiap hari, padahal pada setiap hari umur engkau makin
berkurangan sejak engkau dilahirkan oleh ibu engkau.
Posted
on December 25, 2009 by sitik
1. Daripada Abu Hurairah ra. dari Nabi saw,
beliau bersabda :
“Sesungguhnya Allah berfirman: “Wahai anak Adam
(manusia), luangkanlah waktu untuk ibadah kepadaKu maka Aku isi dadamu dengan
kekayaan, dan Aku tutup kekafiranmu. Jika tidak demikian maka Aku isikan
kesibukan di mukamu dan Aku tidak menutup kefakiranmu”. (HR At Tirmidzi)
2. Daripada Uqbah bin Amir ra., ia berkata: Saya
mendengar Rasulullah saw. bersabda: “Tuhanmu kagum terhadap penggembala kambing
di hujung bukit yang di kala didengarkan adzan ia mendirikan solat”. Lalu Allah
Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman: “Lihatlah hambaKu ini, didengarkan
adzan kemudian ia solat kerana takut terhadapKu, Aku telah mengampuni hambaKu
dan memasukkannya ke Syurga”. (HR An Nasa’i).
3. Daripada Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya apabila Allah mencitai seorang hamba,
maka dia memanggil Jibril ra., seraya berfirman: “Sesungguhnya Aku mencintai
Fulan, maka cintailah dia”. Beliau bersabda: “Maka Jibril mencintainya.
Kemudian Jibril memanggil (penghuni langit) di langit, lalu berkata:
“Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah ia”. Maka penghuni langit
mencintainya. Beliau bersabda: “Kemudian di bumi ia diterima”: Apabila Allah
membenci hamba, maka Dia memanggil Jibril seraya berfirman: “Sesungguhnya Aku
membenci Fulan, maka bencilah ia”. Lalu ia dibenci oleh Jibril. Kemudian Jibril
memanggil penghuni langit: “Sesungguhnya Allah membenci Fulan, maka bencilah
kamu sekalian terhadapnya”. Beliau bersabda: “Kemudian ia di bumi dibenci oleh
orang-orang”. (HR Muslim)
Posted on June 13, 2010 by sitik
Hadis Qudsi:
Nabi berkata bahwa Allah berfirman, “Aku tidak bertempat di ruang yang tinggi dan yang rendah. Aku tidak berada di bumi dan di langit. Tapi Aku berada di dalam hati hamba-Ku yang beriman. Alangkah indahnya! Jika engkau mencari Aku, carilah Aku di sana.”

Posted on August 27, 2010 by sitik
Daripada Abu Hurairah: “Apabila seseorang hambaKu nyebut-nyebut
untuk melakukan kebaikan, maka Aku akan tulis untuknya pahala kebaikan.” (HR
Muslim).
Posted on September 16, 2010 by sitik
Allah Taala berfirman: “Kecuali puasa, maka ia
adalah untukKu, dan Aku sendiri yang membalasnya. Dia (orang yang berpuasa itu)
telah meninggalkan makan, minum dan menahan syahwatnya kerana Aku. Orang yang
berpuasa itu memiliki dua kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhan. Sesungguhnya
bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak
kasturi.” (HR Bukhari dan
Muslim)
Posted on December 26, 2010 by sitik
Berkata Abu Hind Ar-Razi r.a. bahawasanya Nabi
SAW telah bersabda: Allah Taala berfirman: “Ingatilah Aku dengan mentaati-Ku,
nescaya Aku akan mengingatimu dengan pengampunan-Ku. Barangsiapa yang
mengingati-Ku, sedang ia taat setia kepada-Ku, maka berhaklah dia akan Aku
mengingatinya dengan pengampunan-Ku. Dan barangsiapa yang mengingati-Ku, sedang
ia derhaka dan maksiat kepada-Ku, maka berhaklah dia akan Aku mengingatinya
dengan kebencanaan-Ku.”(Riwayat
Dailami dan Ibnu Asakir)
Posted on January 1, 2011 by sitik
Berkata Ubay bin Ka’ab r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Aku telah turunkan tujuh ayat, tiga daripadanya
untuk Aku, dan tiga untuk engkau, sementara yang satu lagi antara Aku dan
engkau.
Adapun tiga yang untuk Aku, iaitu: Alhamdulillahi Rabbil Aalamiin
(Segala pujian bagi Allah, Tuhan seru sekalain alam), Ar-Rahmaanir-Rahiim (Yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang), dan Maaliki Yaumiddiin (Yang Menguasai
hari kiamat).
Yang antara Aku dan engkau ialah: Iyyaaka Na’budu Wa Iyyaaka
Nasta’iin (Hanya kepada Engkau sajalah kami menyembah, dan kepada Engkaupulalah
kami meminta pertolongan), daripadamulah penyembahan dan atas Aku pula
pertolongan.
Dan yang tiga untuk engkau ialah:
Ihdinash-syiraathal Mustaqiim (Tunjukilah kami jalan yang lurus), Syiraathal
ladziina An’amta alaihim (Jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada
mereka), Ghairil Maghdhuubi alaihim Waladh-Dhaalliin (Bukan mereka yang
dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat).” (Riwayat Thabrani)
Posted on January 3, 2011 by sitik
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Lapangkanlah dirimu untuk beribadat kepada-Ku,
nescaya Aku penuhi dadamu kekayaan, dan mengatasi segala kemiskinanmu. Jika
engkau tidak buat, maka akan Aku penuhi dadamu dengan urusan, dan tidaklah Aku
tutupi kemiskinanmu.” (Riwayat Tarmidzi dan Baihaqi)
Posted on January 16, 2011 by sitik
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Ingatlah kepada Aku sebentar
selepas subuh dan sebentar selepas asar, nescaya akan aku mencukupimu
(keperluanmu) antara kedua masa itu.” (Riwayat Muslim dan Abu Nu’aim)
Posted on January 18, 2011 by sitik
Berkata Ibnu Umar r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bukankah apa yang ada padamu
itu sudah mencukupi? mengapa masih minta kelebihan yang akan membinasakan
engkau? Dengan sedikit, engkau tak pernah puas. Dan dengan banyak pun, engkau
tak pernah kenyang! Kalau bangun pagi, sedang engkau sihat afiat, jiwamu tenang
dan tenteram, makan minum hari itu pun sudah tersedia, apa lagi mahu dengan
dunia? Biarlah ia terlungkup!.” (Riwayat Ibnu ‘Adi dan Baihaqi)
Posted on January 22, 2011 by sitik
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sebaik-baik hamba-Ku ialah mereka yang
menyegerakan berbuka puasa (setelah masuk waktunya).” (Riwayat Ahmad)
Posted on January 26, 2011 by sitik
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Apabila Aku menimpakan bala ke atas hamba-Ku
yang mukmin, lalu ia bersabar (atas penderitaan itu), tiada ia mengadu atau
mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya, nescaya akan Aku lepaskan dia dari
tahanan-Ku (penderitaan itu), kemudian akan Aku tukarkan dagingnya dengan
daging yang lebih baik dan darahnya dengan darah yang lebih baik sehingga ia
dapat bekerja semula (yakni setelah semua dosa dan kesalahannya yang lalu Tuhan
ampunkan semuanya.” (Riwayat Hakim)
Posted on January 28, 2011 by sitik
Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Jika Aku menguji hamba-Ku dengan kedua belah
matanya buta, lalu dia bersabar, nescaya Aku gantikannya dengan syurga.” (Riwayat Ahmad dan Thabrani)
Posted on January 31, 2011 by sitik
Berkata Abul Asy’ats Ash-Shan’aani r.a.
bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Apabila Aku menguji salah seorang dari
hamba-hamba-Ku yang mu’min, lalu ia memuji-Ku atas apa yang telah Aku ujinya,
nescaya Aku akan perintahkan kepada malaikat-Ku agar ‘Kamu catitkan
pahala-pahala dari amalannya, seperti yang biasa kamu mencatitkannya sebelum
ini’.”(Riwayat Ahmad dan
Thabrani)
Posted on February 4, 2011 by sitik
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Jika seorang hamba bertaqarrub kepada-Ku
sejengkal, Aku taqarrub kepadanya sehasta. Dan jika dia bertaqarrub kepada-Ku
sehasta, Aku taqarrub kepadanya sedepa. Dan jika dia datang kepada-Ku berjalan,
Aku datang kepadanya berlari.” (Riwayat Bukhari dan Thabari)
Posted on February 7, 2011 by sitik
Berkata Syaddad bin Anas r.a. bahawasanya Nabi
SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Jika Aku menguji salah seorang hamba-Ku yang
mu’min, lalu dia memuji-Ku seraya bersabar atas (penderitaan) apa yang Aku
mengujinya. Maka ia kan bangun dari tempat pembaringannya bagaikan anak yang
baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada dosa. Lantas Tuhan akan
memerintahkan malaikat pencatit amal: “Sesungguhnya Aku telah menahan hamba-Ku
ini, dan Aku telah mengujinya, maka kini catitkanlah baginya apa yang selalu
kamu catitkan sebelum itu dari pahala-pahala amalannya.” (Riwayat Ahmad)
Posted on February 8, 2011 by sitik
Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas salah
seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima
musibah itu dengan penuh kesabaran, nescayalah di hari kiamat Aku malu akan
menegakkan baginya neraca timbangan atau mendedahkan buku catitan
amalnya.” (Riwayat Qudha’i)
Posted on February 10, 2011 by sitik
Berkata Ibnu Abas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Apabila hamba-Ku mengingati-Ku sendirian, Aku
pun akan mengingatinya sendirian. Dan apabila dia mengingati-Ku di hadapan
khalayak ramai, nescaya Aku akan mengingatinya pula di khalayak yang lebih baik
daripada khalayak ramai yang dia mengingati-Ku.” (Riwayat Thabrani)
Posted on March 4, 2011 by sitik
Berkata Usman bin Affan r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Apabila hamba-Ku telah mencapai usia empat puluh
tahun, Aku akan jauhkan dia dari tiga macam bencana, iaitu: Gila, kusta dan
sopak. Dan Apabila dia mencapai usia lima puluh tahun, Aku akan menghisabnya
dengan hisab yang ringan. Dan apabila dia mencapai usia enam puluh tahun, Aku
akan dorongkannya supaya suka bertaubat. Dan apabila dia mencapai usia tujuh
puluh tahun, Aku akan jadikannya dicintai oleh para malaikat. Dan apabila dia
mencapai usia lapan puluh tahun, Aku akan catitkan kebajikannya semata, dan Aku
akan tutup mata terhadap kesalahan-kesalahannya. Dan apabila dia mencapai usia
sembilan puluh tahun, akan berkatalah para malaikat: Orang ini sebagai tawanan
Allah di bumi-Nya, maka ampunkanlah segala dosa-dosanya yang terdahulu dan yang
terkemudian, dan dibenarkannya mensyafaatkan. Dan apabila dia mencapai usia tua
ganyut, Allah mencatitkan baginya semua pahala amalan yang pernah dia lakukan di
waktu sihat dahulu, dan kalau dia melakukan kesalahan, tiadalah dicatitkan
atasnya lagi.” (Riwayat
Tirmidzi)
Posted on March 8, 2011 by sitik
Berkata Abu Umamah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Jika hamba-Ku suka menemui-Ku, Aku juga suka
menemuinya. Dan jika dia benci menemui-Ku, Aku juga benci menemuinya.” (Riwayat Malik, Bukhari dan Nasa’i)
Posted on March 13, 2011 by sitik
Berkata Al-Irbadh bin Sariyah r.a. bahawasanya
Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Jika Aku meregut anggota hamba-Ku, padahal ia
sangat memerlukannya, lalu ia mengucap Alhamdulillah atas bala itu, Aku tidak
rela membalasnya selain dari syurga .” (Riwayat Thabrani, Ibnu Hibban dan Abu Nu’aim)
Posted on March 16, 2011 by sitik
Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Jika Aku mengambil kedua mata hamba-Ku
(membutakannya) di dunia, maka tiada ganjaran lain baginya daripada-Ku selain
syurga, kiranya dia memuji-Ku kerananya.” (Riwayat Termidzi)
“Jika Aku mengambil kedua mata hamba-Ku
(membutakannya) lalu ia bersabar dan rela, maka Aku tiadalah melihat sesuatu
ganjaran yang sesuai baginya, kecuali syurga.” (Riwayat Bukhari dan Ahmad)
Posted on March 21, 2011 by sitik
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Apabila hamba-Ku merencanakan sesuatu kebaikan,
tetapi tiada dikejakannya, Aku catitkan baginya satu kebajikan. Jika terus
dikerjakannya, Aku catitkan baginya sepuluh kebajikan, berganda pula kepada
tujuh ratus kali. Dan apabila dia merencanakan sesuatu kejahatan, tetapi tiada
jadi dikerjakannya, Aku tidak mencatitkan baginya apa-apa pun. Jika terus
dikerjakannya, Aku catitkan baginya satu kejahatan saja.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Posted on March 26, 2011 by sitik
Berkata Abu Darda r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Apabila hamba-Ku merencanakan sesuatu kejahatan,
tetapi tiada dikerjakannya, maka catitkanlah kamu baginya satu kebajikan. Jika
terus dikerjakannya, maka catitkanlah kamu baginya suatu kejahatan. Kemudian
jika dia bertaubat daripadanya, hendaklah kamu padamkan saja kejahatan itu
daripadanya. Dan apabila hamba-Ku merencanakan suatu kebajikan, tetapi tiada
jadi dikerjakannya, maka catitkanlah kamu baginya suatu kebajikan. Kemudian
jika ia terus mengerjakannya, maka catitkanlah kamu baginya sepuluh kebajikan
seumpamanya, kepada tujuh ratus kali ganda.” (Riwayat Abu Hibban)
Posted on March 27, 2011 by sitik
Berkata Abu Darda r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Apabila hambaKu merencanakan sesuatu kejahatan,
maka janganlah kamu (para malaikat) mencatitkannya ke atas hamba itu, sehingga
dia mengerjakannya, barulah kamu mencatitkannnya satu kejahatan. Tetapi jika
dia merencanakan sesuatu kebajikan, tetapi tidak dikerjakannya, maka
catitkanlah baginya satu kebajikan. Jika dikerjakannya kebajikan itu, maka
catitkanlah baginya sepuluh kebajikan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Posted on March 31, 2011 by sitik
Berkata Abu Darda r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Jika hamba-Ku mengeluh dan mengadukan
penyakitnya sebelum tiga hari, maka ia telah mengadukan Aku.” (Riwayat Thabrani)
Posted on April 3, 2011 by sitik
Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Ada empat perkara. Satu yang menyangkut hubungan
Aku dengan engkau. Satu lagi yang menyangkut hubungan antara engkau dengan
hamba-hamba-Ku. Satu yang lain untuk Aku, dan yang satu lagi untuk engkau.
Adapun yang untuk Aku, hendaklah engkau menyembah Aku, tidak menyengutukan
dengan Aku sesuatu pun. Yang menyangkut dirimu, maka apa saja kebajikan yang
engkau kerjakan, Aku akan memberikan balasannya. Yang menyangkut antara Aku
dengan engkau ialah hendaklah engkau memohon kepada-Ku (berdoa) dan Aku
mengkabulkannya. Dan yang menyangkut hubungan antara engkau dengan
hamba-hamba-Ku, hendaklah engkau merelakan bagi mereka apa yang engkau
merelakan bagi dirimu.” (Riwayat Abu Nu’aim)
Posted on April 9, 2011 by sitik
Berkata Abu Hind Ar-Razi r.a. bahawasanya Nabi
SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Ingatlah Aku dengan mentaati-Ku, nescaya Aku
akan mengingatimu dengan pengampunan-Ku. Barangsiapa yang mengingati-Ku, sedang
ia taat setia kepada-Ku, maka berhaklah dia akan Aku mengingatinya dengan
pengampunan-Ku. Dan barangsiapa yang mengingati-Ku, sedang ia derhaka dan
maksiat kepada-Ku, maka berhaklah dia akan Aku mengingatinya dengan
kebencian-Ku” (Riwayat
Dailami dan Ibnu Asakir)
Posted on April 18, 2011 by sitik
Berkata Ali r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda:
Allah Taala telah berfirman:
“Aku sangat murka ke atas orang yang melakukan
kezaliman terhadap seseorang yang tidak punya pembela selain Aku.” (Riwayat Thabrani)
Posted on April 21, 2011 by sitik
Berkata Abu Said r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Mintalah bantuan kepada orang-orang yang
bersifat belas kasihan daripada hamba-Ku, nescaya kamu akan hidup di bawah
lindungan mereka, sebab kepada merekalah turun rahmat-Ku. Dan jangan
sekali-kali meminta bantuan daripada orang-orang yang bersifat kejam, sebab
kemurkaan-Ku turun ke atas mereka.” (Riwayat Qudha’i)
Posted on April 30, 2011 by sitik
Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Aku telah menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang
salih kenikmatan yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga,
dan terlintas di hati manusia.” (Riwayat Thabarani)
Posted on May 1, 2011 by sitik
Berkata Qatadah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Aku telah memfadhukan ke atas umatmu (wahai
Muhammad!) sembahyang lima waktu, seraya Aku berjanji pada diri-Ku suatu
perjanjian, bahawasanya barangsiapa yang memeliharanya tepat pada waktunya,
akan Aku masukkannya ke dalam syurga. Dan barangsiapa yang tiada memeliharanya,
maka tiadalah perjanjian apa-apa dari Aku baginya.” (Riwayat Ibnu Majah dan Abu Na’aim)
Posted on May 7, 2011 by sitik
Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Aku telah menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang
beriman serta beramal soleh segala kenikmatan yang tidak pernah dilihat oleh
mata, di dengar oleh telinga, ataupun terlintas di hati manusia.” (Riwayat Ibnu Jarir)
Posted on May 15, 2011 by sitik
Berkata Wahab bin Munabbih bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesungguhnya semua petala langit dan bumi akan
menjadi sempit untuk merangkul Zat-Ku, akan tetapi Aku mudah untuk dirangkul
oleh qalbu seorang mu’min.” (Riwayat Ahmad)
Posted on May 19, 2011 by sitik
Berkata Abdullah bin Mas’ud r.a. bahawasanya Nabi
SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Demi Allah yang tiada ilah yang haq kecuali Dia,
tiada seorangpun berbaik sangka kepada Allah, melainkan Allah akan memberikan
sesuai yang disangkanya, karena kebaikan ada di tangan-Nya.” (Atz-Tadzkirah, Imam al-Qurthubi))
Posted on May 31, 2011 by sitik
Berkata Ibnu Mas’ud r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesungguhnya orang yang berkata, bahawasanya
kami telah dituruni hujan oleh bintang si anu dan bintang si anu, nescaya ia
telah mengkufuri Aku dan mempercayai bintang itu. Dan sesungguhnya orang yang
berkata bahawasanya Allah Taalalah yang telah menurunkan hujan, maka ia telah
mempercayai-Ku dan mengkufuri bintang itu.” (Riwayat At-Thabrani)
Posted on June 23, 2011 by sitik
Berkata Abu Dzar r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai hambaku, kalian semua adalah sesat kecuali
siapa yang Aku beri hidayah, maka mintalah hidayah kepada-Ku.”
Posted on October 16, 2011 by sitik
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesungguhnya yang sangat Aku kasihi di antara
hamba-hamba-Ku ialah yang menyegerakan berbuka puasa.” (Riwayat Ahmad dan Tarmidzi)
Posted on October 20, 2011 by sitik
Berkata Amru Ibnul-Jamuh r.a. bahawasanya Nabi
SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesungguhnya wali-wali-Ku dan kekasih-kekasih-Ku
dari para hamba-Ku ialah mereka yang disebut-sebut namanya apabila orang-orang
menyebut nama-Ku. Dan Aku disebut-sebut orang ketika menyebut nama
mereka.” (Riwayat Thabrani)
Posted on October 23, 2011 by sitik
Berkata Abu Said Al-Khudri r.a. bahawasanya Nabi
SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesungguhnya rumah-rumah-Ku di bumi ialah
masjid-masjid, dan sesungguhnya pengunjung-pengunjung-Ku di masjid-masjid ialah
orang-orang yang memakmurkannya.” (Riwayat Abu Nu’aim)
Posted on October 26, 2011 by sitik
Berkata Abu Darda r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesungguhnya seseorang hamba yang Aku berikan
kesihatan pada badannya, dan Aku melapangkannya dalam rezekinya, kemudian dia
tidak pula datang mengunjungi-Ku (naik haji) sesudah empat tahun sekali, maka
sungguh rugilah dia.” (Riwayat Thabrani dan Abu Ya’la)
Satu lagi Hadis Qudsi:
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesungguhnya seseorang hamba yang Aku berikan
kesihatan pada badannya, dan Aku melapangkannya dalam kehidupannya, maka
berlalu lima tahun dia masih belum berkunjung kepada-Ku, nescaya dia menjadi
rugi.” (Riwayat Ibnu Hibban,
Abu Ya’la dan Ibnu Asakir)
Posted on November 3, 2011 by sitik
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesungguhnya hamba-Ku yaang mu’min tetap berada
dalam kedudukan yang baik, dia sentiasa memuji-mujiKu, padahal Aku akan
mencabut nyawanya dari jasadnya.” (Riwayat Ahmad)
Posted on November 6, 2011 by sitik
Berkata Umarah bin Daskarah r.a. bahawasanya Nabi
SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesungguhnya hamba-Ku itu ialah setiap orang
yang mengingati-Ku di waktu dia sedang menemui lawannya (di medan
perang).” (Riwayat al-Tirmidzi)
Posted on November 8, 2011 by sitik
Berkata ‘Aisyah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
Sesungguhnya Aku telah berjanji kepada Zat-Ku
terhadap hamba-Ku bahawa apabila dia menunaikan solat tepat pada waktunya,
nescaya Aku tidak akan menyiksanya, dan bahawa Aku akan memasukkannya ke dalam
syurga tanpa hisab lagi.” (Riwayat Hakim)
Posted on November 11, 2011 by sitik
Berkata Abu Waqid Al-Laitsi r.a. bahawasanya Nabi
SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesungguhnya Kami (Allah) turunkan harta untuk
orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat. Sekiranya anak
Adam itu mempunyai satu lembah, nescayalah ia ingin mempunyai dua lembah.
Sekiranya ia mempunyai dua lembah, ia hendak pula mempunyai tiga lembah. Dan
tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah saja. Kemudian Allah akan
mengampuni siapa yang bertaubat.” (Riwayat Ahmad dan Thabrani)
Posted on November 16, 2011 by sitik
Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesungguhnya jika engkau terus-menerus mendoakan
kecelakaan atas orang lain yang telah menzalimi engkau, dan ada orang lain pula
yang terus-menerus mengharapkan kebinasaan atasmu disebabkan engkau telah
menzaliminya. Sekiranya engkau mahu, nescaya akan Aku kabulkan doa yang bagimu
dan doa yang atasmu, ataupun Aku tangguhkan saja kedua-dua doa kamu berdua
hingga ke Hari Kiamat lalu Aku memberikan keampunan kepada kedua kamu.” (Riwayat Hakim)
Posted on November 17, 2011 by sitik
Berkata Ibnu Abas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Hanyasanya Aku menerima Solat daripada orang
yang merendahkan diri kerana kebesaran-Ku, dan dia tiada pula menyombongkan
dirinya terhadap-Ku, tiada terus-menerus mengerjakan maksiat kepada-Ku, dia
menghabiskan semua harinya dengan berzikir kepada-Ku, dia sentiasa
berbelas-kasihan terhadap kaum fakir miskin, Ibnu sabil (musafir) dan
janda-janda. Dia berbelas kasih juga terhadap orang yang ditimpa musibah. Orang
ini bercahaya laksana cahaya matahari. Akan Aku lindunginya dengan
kebesaran-Ku, akan Aku memeliharanya dengan malaikat-malaikat-Ku. Akan Aku
berikannya cahaya ketika di dalam kegelapan, akan Ku berikannya
kesopan-santunan ketika di dalam kekerasan. Perumpamaannya di antara
makhluk-makhluk-Ku seperti perumpamaan Syurga Firdaus dengan syurga-syurga yang
lain.” (Riwayat Bazzar)
Posted on November 18, 2011 by sitik
Berkata Ali r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan
Aku. Barangsiapa mengakui Keesaan-Ku (Tauhid), nescaya masuklah ia ke dalam
benteng-Ku. dan barangsiapa yang masuk benteng-Ku, nescaya terselamatlah dia
dari siksa-Ku.” (Riwayat
Syirazi)
Posted on November 22, 2011 by sitik
Berkata Ibnu Abas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesungguhnya jika Aku mengambil kedua mata
seorang hamba (membutakannya), lalu dia bersabar dan rela, tiadalah Aku merelakan
baginya sesuatu balasan selain syurga.” (Riwayat Ibnu Majah)
Posted on November 26, 2011 by sitik
Berkata Amru Ibnul-Jamuh r.a. bahawasanya Nabi
SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesungguhnya wali-wali-Ku dan kekasih-kekasih-Ku
dari para hamba-Ku ialah mereka yang disebut-sebut namanya apabila orang
menyebut nama-Ku. Dan Aku disebut-sebut orang ketika menyebut nama mereka.”(Riwayat Hakim dan Abu Nu’aim)
Posted on December 1, 2011 by sitik
Berkata Abu Zar r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“SesungguhnyaAku telah mengharamkan penganiyaan itu atas diri-Ku,
dan Aku pun menjadikannya haram di antara sesama kamu, maka janganlah hendaknya
kamu aniaya-mmenganiyai sesama kamu sendiri!
“Wahai hamba-hamba-Ku! Kamu sekalian sesat, melainkan siapa yang
Aku hidayahkan (tunjukkan jalan yang benar), maka hendaklah kamu minta petunjuk
daripadaKu, nescaya Aku tunjuki kamu.
“Wahai hamba-hamba-Ku! Kamu sekalian lapar, melainkan siapa yang
Aku berikan makan, maka hendaklah kamu minta makan daripada-Ku, nescaya Aku
beri kamu makan.
“Wahai hamba-hamba-Ku! Kamu sekalian telanjang, melainkan siapa
yang Aku beripakaian, maka mintalah pakaian daripada-Ku, nescaya Aku berikan
kamu pakaian.
“Wahai hamba-hamba-Ku! Kamu sekalian membuat kesalahan pada waktu
malam dan siang, dan Aku sajalah yang boleh mengampunkan segala dosa (selain
syirik), maka mohonlah pengampunan daripada-Ku, nescaya mengampunkan semua
dosa-dosa kamu.
“Wahai hamba-hamba-Ku! Kamu sekalian tidak mampu merancang sesuatu
mudharat untuk memudharatkan Aku. Dan kamu pun tidak mampu merancang sesuatu
manfaat untuk memanfaatkan Aku.
“Wahai hamba-hamba-Ku! Andaikata orang-orang yang terdahulu dan
orang-orang yang terkemudian di antara kamu, sama ada dari manusianya mahupun
jinnya, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia yang paling
taqwa di antara kamu, tiadalah akam menambah barang sedikitpun di dalam
kerajaan-Ku.
“Wahai hamba-hamba-Ku! Andaikata orang-orang yang terdahulu dan
orang-orang yang terkemudian di antara kamu, sama ada dari manusianya mahupun
jinnya, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia yang
paling jahata di antaara kamu, tiadalah akan mengurangi barang sedikitpun di dalam
kerajaan-Ku
“Wahai hamba-hamba-Ku! Andaikata orang-orang yang terdahulu dan
orang-orang yang terkemudian di antara kamu, sama ada dari manusianya mahupun
jinnya berkumpul berdiri di atas sekeping tanah, lalu mereka memohon kepada0Ku,
lalu Aku akan mengabulkan tiap-tiap seorang apa yang dimintanya, nescaya tidak
akan terkurang sedikitpun dari apa jaum yang Aku miliki melainkan seperti
terkurangnya air yang membasahi sebatang jarum apabila dicelupkan ke dalam
laut.
“Wahai hamba-hamba-Ku! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan
kamu yang Aku catitkan untuk kamu sekalian, kelak di kemudian hari akan Ku
balas atas tiap-tiap satu daripadanya.
Oleh itu, barangsiapa menerima yang baik, maka
hendaklah ia bersyukur kepada Allah. Dan barangsiapa menerima sebaliknya, maka
janganlah ia menyalahkan orang lain, selain dirinya sendiri.” (Riwayat Muslim)
Posted on December 5, 2011 by sitik
Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesungguhnya Aku hampir-hampir akan menimpakan
siksa ke atas penghuni bumi, kemudian apabila Aku melihat kepada mereka yang
memakmurkan rumah-rumah-Ku (masjid-masjid-Ku), dan juga kepada mereka yang
beristighfar di waktu fajar, maka Aku pun mengalihkan siksa-Ku daripada
mereka.” (Riwayat Baihaqi)
Posted on January 1, 2012 by sitik
Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesungguhnya Aku malu kepada hamba-hamba-Ku,
yang pria mahupun wanitanya, mereka hidup hingga tua di dalam Islam, sampai
janggut prianya kelihatan putih dan rambut wanitanya penuh beruban di dalam
Islam, apakah Aku akan menyiksa mereka kedua lagi sesudah itu?.”(Riwayat Abu Ya’la)
Posted on January 6, 2012 by sitik
1. Rasulullah SAW bersabda:
“Ketika Allah Azza wa Jalla hendak menurunkan surat Al-Fatihah,
ayat Kursi, Ali-Imran 18, 26-27, surat dan ayat itu bergelantung di Arasy dan
tidak ada hijab dengan Allah. Surat dan ayat itu berkata: Ya Rabbi, Kau akan
turunkan kami ke alam dosa dan pada orang yang bermaksiat kepada-Mu, sementara
kami bergelantung dengan kesucian-Mu.
“Allah SWT. berfirman:
““Tidak ada seorang pun hamba yang membaca kalian setiap sesudah shalat kecuali Aku karuniakan padanya lingkaran kesucian di tempat ia berada, dan Aku memandangnya dengan mata-Ku yang tersembunyi setiap hari tujuh puluh kali pandangan. Jika tidak, Aku tunaikan baginya setiap hari tujuh puluh hajat yang disertai pengampunan. Jika tidak, Aku melindungi dan menolong-nya dari semua musuhnya. Dan tidak ada yang mengha-langinya untuk masuk ke surga kecuali kematian.” (Tafsir Majmaul Bayan 1/426)

“2. Rasulullah SAW bersabda bahwa Allah SWT. berfirman:
“Aku membahagi surat Al-Fatihah antara Aku dan hamba-Ku, separuh untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku. Bagi hamba-Ku ketika ia bermohon dan membaca: Bismillahir Rahmanir Rahim, Allah Azza wa Jalla menyatakan: “Hamba-Ku telah memulai dengan nama-Ku, maka berhaklah Aku untuk menyempurnakan urusannya dan memberikan keberkahan dari sisi-Ku untuk seluruh keadaannya.”

“Ketika hamba-Ku membaca: Alhamdulillahi Rabbil ‘alamin, Allah
Jalla jalaluh menyatakan: “Hamba-Ku telah memuji-Ku, mengakui bahwa semua
nikmat yang dimilikinya berasal dari sisi-Ku, dan semua bala’ Aku yang
menyingkirkan sehingga ia merasakan itu sebagai kurnia. Maka, hendaknya kalian
saksikan, Aku akan menjamunya dengan kenikmatan akhirat lebih dari kenikmatan
dunia yang telah Kuberikan, dan menyingkirkan bala’ akhirat sebagaimana Aku
telah menyingkirkan bala’ dunia.”
“Ketika hamba-Ku membaca: Ar-Ramânir Rahîm, Allah Jalla jalaluh
menyatakan: “Hamba-Ku telah bersaksi bahwa Aku Maha Pengasih dan Maha
Penyayang. Kalian saksikan, Aku akan melimpahkan rahmat-Ku padanya dan
mencurahkan karunia-Ku padanya.”
“Ketika hamba-Ku membaca: Maliki yawmiddîn, Allah SWT. menyatakan:
Kalian saksikan, sebagaimana ia telah mengakui Aku sebagai Raja pada hari
kiamat, Aku akan memberikan kemudahan baginya yaitu amalnya tidak dihisab, dan
Aku akan mengampuni semua kesalahannya.”
“Ketika hamba-Ku membaca: Iyyâka na’budu wa iyyâka nasta’in, Allah
Azza wa Jalla menyatakan: “Dia hanya memohon pertolongan kepada-Ku dan hanya
bersandar kepada-Ku. Kalian saksikan, Aku akan menolongnya dalam segala
urusannya, Aku akan melindungi-Nya dalam segala deritanya, dan Aku akan
memegang tangannya saat ia membutuhkan pertolongan.”
“Ketika hamba-Ku membaca: Ihdinash shirâthal
mustaqîm … (sampai akhir surat), Allah Jalla jalaluh menyatakan: Hamba-Ku telah
bermohon pada-Ku, Aku pasti mengijabah permohonan hamba-Ku, memberikan apa yang
diinginkan, dan menyelamatkannya dari apa yang ditakutkan.”(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 1/5 )
Posted on March 18, 2012 by sitik
“ALLAH berfirman dlm hadis Qudsi kpd para
Malaikat yg membahagi-bahagikan rezeki: “Hamba mana pun kamu jumpai, yang
cita-citanya hanya satu (iaitu semata-mata untuk akhirat), berilah jaminan
rezekinya yg baik dari langit mahu pun dari bumi. Dan manapun yg kamu jumpai
mencari rezeki dengan jujur kerana berhati-hati mencari keadilan, berilah dia
rezeki yang baik dan mudahkanlah baginya. Dan jika dia telah melampaui batas
kepada selain itu, biarkanlah dia sendiri mengusahakan apa yg dikehendakinya.
Kemudian tidak akan mencapai lebih dari apa yg telah Aku tetapkan
untuknya.” (Riwayat Abu Naim)
Posted on March 31, 2012 by sitik
Berkata Al-Muhajir r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesungguhnya Aku tidak pandang kepada apa yang dibicarakan oleh seorang hakim (bijaksana), tetapi yang Aku pandang ialah niatnya dan cita-citanya yang berhubungan dengan hal-hal yang dicintai Allah dan diredhaiNya. Aku menjadikan kebijaksanaannya itu pujian kepada Allah dan keteguhan hati kepadaNya, kendatipun ia tidak berkata apa-apa pun.”(Riwayat Ibnu Najjar)

Posted on April 2, 2012 by sitik
Berkata Abu Darda’ r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesungguhnya Aku dengan jin dan manusia dalam suatu berita besar (hari Kiamat). Aku yang mencipta, tetapi mengapa orang lain yang disembah? Aku yang memberi rezeki, mengapa pula orang lain yang disyukuri?” (Riwayat Baihaqi)

Posted on April 4, 2012 by sitik
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Akulah Ar-Rahman (Maha Pengasih) dan Rahim (kerabat) itu telah Aku ciptakan dan Ku ambil nama itu dari namaKu. Maka barangsiapa yang memperhubung silatur-rahim, nescaya Aku menghubunginya. Dan barangsiapa yang memutuskan silatur-rahim, nescaya Aku akan memutuskan hubunganKu dengannya. Dan barangsiapa yang menetapkan silatur-rahim, nescaya Aku akan menetapkanya. Sesungguhnya rahmatKu mendahului kemurkaanKu.” (Riwayat Ahmad)

Posted on April 6, 2012 by sitik
Berkata Ibnu Umar r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Akulah Allah! Telah Kucipta hamba-hamba itu dengan ilmuKu (pengetahuanKu). Maka barangsiapa Aku mahukan kebaikan baginya, Ku berikannya akhlak terpuji, dan barangsiapa Aku mahupun baginya kejahatan, Kuberikannya akhlak terkeji.” (Riwayat Abus-Syaikh)

Posted on April 8, 2012 by sitik
Berkata Abu Umamah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Akulah Allah! Tiada Tuhan melainkan Aku. Aku yang menjadikan kejahatan, maka celakalah orang yang telah Aku takdirkan kejahatan baginya, dan Aku meletakkan kejahatan itu di dalam tangannya.” (Riwayat Baihaqi)

Posted on April 9, 2012 by sitik
Berkata Abu Darda’ r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Akulah Allah! Tiada Tuhan melainkan Aku! Aku Penguasa segala kerajaan dan Raja dari segala raja. Hati sekalian raja di dalam genggamanKu. Dan sesungguhnya sekalian hamba, jika mereka mentaatiKu, nescaya Aku akan menjadikan hati raja-raja mereka berbelas kasihan kepada mereka. Dan sesungguhnya jika hamba-hamba itu menderhakaiKu, nescaya Aku akan menjadikan hati raja-raja mereka keras dan zalim, lalu menimpakan ke atas mereka berbagai-bagai siksa. Maka jangan bersusah payah untuk mendoakan ke atas raja-raja itu (lantaran kejahatan mereka), tetapi kerahkanlah diri kamu untuk memperbanyak zikir dan taqarrub (ibadat) kepadaKu, nescaya Aku akan lindungi kamu dari (kejahatan) raja-raja kamu.” (Riwayat Thabarani)

Posted on April 13, 2012 by sitik
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a.
katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.” [Hadis 40 susunan Imam Nawawi dalam kitab Matan Arba'in]

Posted on April 18, 2012 by sitik
“Dari Umar Ibnul-Khattab r.a. katanya: Sedang
kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba
muncul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih,
berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada
antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan
ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan
kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Si pemuda: Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah SAW: Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat – bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta’ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.

Si pemuda : Benar katamu.
(Berkata Umar r.a: Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya)
(Berkata Umar r.a: Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya)
Si pemuda: Khabarkanlah kepada ku tentang Iman?
Rasulullah SAW: Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.

Si pemuda: Benar katamu! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan?
Rasulullah SAW: Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Rasulullah SAW: Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Si pemuda: Khabarkan padaku tentang hari kiamat?
Rasulullah SAW: Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Rasulullah SAW: Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Si pemuda: Khabarkan padaku tentang
tanda-tandanya?
Rasulullah SAW: Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing (berbangga) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
(Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut)
Rasulullah SAW: Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal ku tadi?
Umar Al-Khattab: Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah SAW: Itulah Jibril a.s. yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.” [40 Hadis Qudsi susunan Imam Nawawi dalam kitabnya Matan Arba'in]

Posted on June 12, 2012 by sitik
Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Aku Al-Aziz (Maha Berkuasa)! Barangsiapa yang inginkan kemuliaan dunia dan akhirat hendaklah dia mentaati Yang Maha Berkuasa.” (Riwayat Khatib Bughdadi)
“Aku Al-Aziz (Maha Berkuasa)! Barangsiapa yang inginkan kemuliaan dunia dan akhirat hendaklah dia mentaati Yang Maha Berkuasa.” (Riwayat Khatib Bughdadi)
Posted on June 14, 2012 by sitik
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Akulah yang paling tidak perlu kepda sekutu untuk bersekutu dengan Aku. Maka barangsiapa yang mengerjakan sesuatu amalan yang dia menyengutukan yang lain dengan Aku, nescaya terlepaslah Aku daripadanya, dan biarkanlah dia tinggal dengan siapa yang dia sekutukan itu.” (Riwayat Muslim dan Ibnu Majah)

on June 18, 2012 by sitik
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Akulah pengongsi ketiga antara dua orang yang berkongsi, selama yang satu tiada mengkhianati temannya. Jika dia mengkhianatinya, keluarlah Aku dari antara keduanya.” (Riwayat Abu Daud dan Hakim)

on June 27, 2012 by sitik
Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Aku lebih Pemurah dan lebih Pengampun daripada kemungkinan Aku menutup rahsia kejahatan seorang muslim, kemudian Aku mendedahkannya pula (di hari kiamat) sesudah Aku menutupinya. Aku masih terus mengampunkan hambaKu selagi dia memohon keampunan kepadaKu.” (Riwayat Hakim)

on July 2, 2012 by sitik
Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Akulah yang patut ditakuti, dan tiada dijadikan di sampingKu Tuhan yang lain. Barangsiapa yang takut hendak menjadikan di sampingKu Tuhan yang lain, maka patutlah Aku mengampuninya.” (Riwayat Ahmad)

on July 5, 2012 by sitik
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Akulah Yang Mencipta Kebaikan dan Kejahatan. Maka berbahagialah siapa yang telah Ku takdirkan kebaikan di tangannya, dan celakalah siapa yang telah Ku takdirkan kejahatan di tangannya.” (Riwayat Thabrani)

on July 17, 2012 by sitik
“Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah
SAW bersabda: “Allah swt berfirman: “Barangsiapa yang menunjukkan permusuhan
dengan Wali-Ku maka Aku menyatakan perang dengannya.”
“Tidaklah hambaKu mendekatiKu dengan suatu
pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah
fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu
dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Ketika Aku
mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya,
menjadi penglihatannya yang ia melihat dengannya, menjadi tangannya yang ia
bergerak dengannya dan menjadi kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan
sesungguhnya, jika ia meminta kepadaKu, nescaya Aku berikan kepadanya; Dan
sesungguhnya, jika ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku berikan
perlindungan kepadanya.” (Riwayat Bukhari)
Posted on August 14, 2012 by sitik
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Hendaklah kamu mengingati Aku seketika selepas solat asar dan subuh nescaya Aku mencukupi kamu di antara keduanya. Disebutkan dalam satu hadis yang lain, “Hendaklah kamu mengingati Allah nescaya Dia akan membantu menyempurnakan hajat kamu.” (Riwayat Ahmad)

Posted on September 14, 2012 by sitik
Berkata Syaddad bin Aus r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Akulah sebaik-baik Pembagi kepada siapa yang
bersekutu dengan Aku. Barangsiapa yang menyengutuiKu dengan yang lain, maka
amalannya sedikit ataupun banyak adalah bagi sekutu yang ia bersekutu
dengannya, sedang Aku amat Kaya kepada apa yang disekutukannya.” (Riwayat Ahmad)
Posted on September 16, 2012 by sitik
Berkata adh-Dhahhak r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Akulah sebaik-baik sekutu! Barangsiapa yang
menyengutukan yang lain dengan Aku, maka hendaklah dia bergantung dengan siapa
yang disekutukannya itu. Wahai manusia! Ikhlaskanlah segala amalanmu itu untuk
Allah! Sebab Allah tiada menerima apa amalan pun, melainkan amalan yang diikhlaskan
untukNya. Dan janganlah kamu mengatakan yang ini untuk Allah, dan yang itu pula
untuk kerabat, kerana sebenarnya semua itu adalah untuk kerabat dan tiada
sedikitpun untuk Allah. Dan janganlah kamu mengatakan juga, semua ini adalah
untuk Allah dan untuk diri sendiri (supaya orang dapat melihat dan memuji),
kerana sebenarnya semua itu adalah untuk kepentingan diri kamu sendiri, dan
tiada sedikit pun untuk Allah.” (Riwayat Bazzar)
Posted on September 18, 2012 by sitik
Berkata Adh-Dhahhak r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Akulah Tuhan kamu! Akulah yang sepatutnya
ditakuti. Oleh itu janganlah kamu mengambil tuhan selain Aku. Dan barangsiapa
yang takut untuk mengambil tuhan yang lain selain daripada Aku, maka layaklah
dia mendapat pengampunanKu.” (Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
Posted on September 20, 2012 by sitik
Berkata Watsilah bin Al-Asqa’ r.a. bahawasanya
Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu. Jika dia
sangkakan yang baik, baiklah yang didapatinya. Dan jika dia sangkakan yang
buruk, maka buruklah pula yang didapatinya.” (Riwayat Thabrani dan Ibnu Hibban)
Posted on September 23, 2012 by sitik
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, maka
terserahlah dia hendak menyangka apa yang disukainya terhadap Aku.” (Riwayat Ibnu Abid-Dunya)
Posted on September 24, 2012 by sitik
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, maka
terserahlah dia hendak menyangka apa yang disukainya terhadapKu.” (Riwayat Ibnu Abid-Dunya)
Posted on September 30, 2012 by sitik
Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku
sentiasa Ada bersamanya ketika ia mengingatiKu.” (Riwayat Muslim dan Hakim)
Posted on October 10, 2012 by sitik
Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku
sentiasa Ada bersamanya ketika ia berdoa kepadaKu.” (Riwayat Ahmad)
Posted on October 13, 2012 by sitik
Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesiapa saja orang Mu’min yang bersin tiga kali
berturut-turut melainkan iman akan menetap di dalam hatinya.” (Riwayat Dailami)
Posted on October 16, 2012 by sitik
Berkata Amir bin Rabi’ah r.a. bahawasanya Nabi
SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Rahim itu berasal dari namaKu. Maka barangsiapa
menyambung silatrurahimnya, Aku akan menyambung taliKu dengannya, dan
barangsiapa yang memutuskan tali rahimnya, nescaya Aku pun akan memutuskan
taliKu dengannya.” (Riwayat
Thabrani dan Abu Ya’la)
Posted on October 21, 2012 by sitik
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesungguhnya Akulah Allah! Tiada Tuhan melainkan
Aku. telah mendahului rahmatKu dari kemurkaanKu. Maka barangsiapa menyaksi,
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu hambaNya dan
RasulNya, maka baginya syurga.” (Riwayat Dailami)
Posted on October 26, 2012 by sitik
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Belanjakanlah (hartamu), nescaya Aku akan
menambah perbelanjaan kepadamu.” (Riwayat Ahmad)
Posted
on November 9, 2012 by sitik
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu. Jika dia
menyangka yang baik, dia yang dapat. Dan jika dia menyangka yang buruk, dia
juga yang dapat.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Posted on November 17, 2012 by sitik
Berkata Ibnu Umar r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sesiapa saja dari hamba-hambaKu yang keluar
berjihad fi-sabilillah untuk memperoleh keredhaaanKu, nescaya Aku menjamin
kembalinya. Sama ada Aku kembalikannya dengan ganjaran atau ghanimah (harta
rampasan perang), ataupun, jika Aku menahannya (mengambil nyawanya), nescaya
Aku akan mengampuninya, merahmatinya serta memasukkannya ke dalam
syurga.” (Riwayat Ahmad)
Posted on November 21, 2012 by sitik
Berkata Abu Darda r.a. bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Aku Ada bersama hambaKu, ketika dia mengingatiKu
dan bergerak kedua bibirnya (untuk mengingatiKu).” (Riwayat Abu Daud)
Posted on November 22, 2012 by sitik
Berkata Abu Umamah r.a. bahawasanya Nabi SAW
telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai MalaikatKu! Pergilah kepada hambaKu (si
fulan), dan timpakan ke atasnya bala, maka para malaikat pun menimpakan bala ke
atasnya, dan orang itu memuji Allah. Para malaikat lalu kembali mengatakan:”
Wahai Tuhan kami! Kami telah timpakan bala ke atasnya sebagaimana yang Engkau
perintahkan. Berkata Tuhan: Kembali semula kepadanya, Aku ingin mendengar apa
katanya.” (Riwayat Thabrani)
No comments:
Post a Comment