ASSALAMUALAIKUM

Salam kepada pembaca budiman


Dalam Blog aku ni kebanyakkannya adalah hasil dari buah fikiran aku dan berdasarkan pengalaman merawat pesakit..


Makin lama berkecimpung sebagai perawat, makin banyak pengalaman dan pelbagai kes berat yang dihadapi... dan hasilnya aku luahkan dalam blog ni.. tapi... banyak yang tak dapat diceritakan terutama kaedah rawatan dan pengalaman....



CERITA CERITI RAWATAN ADA DLM BLOG
HTTP://DARULHANTU.BLOGSPOT.COM


sesiapa nak MP3 zikir download sini : http://www.mediafire.com/?6otvepamultvvoe

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.



وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنِ ابْنِ عَجْلاَنَ، حَدَّثَنِي صَيْفِيٌّ، عَنْ أَبِي السَّائِبِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ سَمِعْتُهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ هَذِهِ الْعَوَامِرِ فَلْيُؤْذِنْهُ ثَلاَثًا فَإِنْ بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ ‏"‏ ‏.‏

There is a group of jinns in Medina who accepted Islam, so he who would see anything from these occupants should warn him three times; and if he appears after that, he should kill him for he is a satan.



Sekiranga ada sesiapa yg bermasaalah gangguan jin syaitan tak kira sihir atau saka dll, dan ingin mencuba rawatan yg tiada belas kesian pada golongan jin, iaitu pembunuhan jin syaitan tersebut, sila hadirkan diri kealamat terpampang dikanan bawah......

Monday, August 12, 2013

DIALOG AZAZIL VS HK

RASUKAN AZAZIL

Ni Cuma petikan perbualan jin yg merasuk.... dari jenis azazil..... yg sebelum sebelum ini, azazil mengacau tak pernahpun beraksi, kemudian jumpa jumpa pula azazil yg beraksi ganas, siap terajang bagai tapi tak mau berbual, Cuma jerit jerit, tapi mungkin sebab dah terlalu banyak azazil azazil nih kene bunuh, masuk azazil yg agak nya ketua ketua azazil ni, barulah nak bersuara sebab terlalu marah dengan geng hantukiller’s ni ... hehe.... tapi jangan terlalu taksublah..... entah ye entah tidak .....hehe(kalau tak percaya cerita ni, bagus sangat, sebab tak logik langsung!, lagipun cerita tentang golongan jin dari jenis azazil nih tak tertulis dalam AlQuran (azazil bukan iblis ye)... anggaplah hanya cerita dongengan penglipur lara..hehe
Perbualan ni dirakam,3 julai 2011, Cuma aku tak dapat masukkan vedionya disini sebab banyak menunjukkan rupa paras pesakit, hantukiller and the geng dan beberapa penonton yg kebetulan dirawat atau menemani pesakit..... aku upload sikit jek di bawah tu ye....
Yg penting disini ialah apa yg di’kata’ bukan sapa yg ‘berkata’

PETIKAN VEDIO PERTAMA (AZAZIL PERTAMA YG BERBICARA- KU GELAR SITUA BANGKA)

AZAZIL:
AKU SUJUD PADA ALLAH, BERIBU RIBU TAHUN, AKU BERIBADAT BERRIBU TAHUN, TAPI AKU TAK AKAN BERSUJUD PADA ADAM

HANTUKILLER: TAPI KO DAH ENGKAR ARAHAN ALLAH(SUJUD PADA ADAM)... EH, KO NI SITUA BANGKA KE?(aku maksudkan ketua azazil yg pertama tu la), KENAPA KO MASUK DALAM BUDAK NI? NAK MAMPOS??

AZAZIL:
ANAK CUCU AKU RAMAI!!!!

HANTUKILLER:OLEH KERANA KO DAH MASUK KEDALAM BUDAK NIH, KAMI AKAN BUNUH KO, SEBAB JANJI ALLAH PADA KO IALAH JANGAN GANGGU MANUSIA(DIRECT),  DENGAN KO MASUK DALAM BUDAK NIH, JANJI ALLAH PADA KO DAH TERPADAM! KAMI AKAN BUNUH KO? BERANI KO MENCEMAR DULI YE? MATIKO KALI NI!

AZAZIL:
ANAK CUCU AKU RAMAI

HANTUKILLER: AKU TAK KIRA, OLEH KERANA KO DAH MASUK BUDAK NI, KAMI AKAN BUNUH KO, KO DAH KELUAR DARI ALAM KO, TERPADAMLAH JANJI ALLAH PADA KO, SEKARANG TIBA AJAL KO(ye ye aku nih, yakin sangat la konon, hehe)

AZAZIL:
WALAU BERJUTAPUN MANUSIA, HANYA 1 PERSEPULUH DARI KAUM KERABATKU, MEREKA(anak cucu azazil) AKAN DATANG MEMBALAS DENDAM, BERJUTAPUN KAUM KERABATKU MATI, TAPI KO TETAP TAK DAPAT MELAWAN KAUM KERABATKU, MEREKA AKAN DATANG MEMBALAS DENDAM.... JIN JIN AKAN DATANG, IBLIS AKAN DATANG, 1 PERSEPULUH DARI MANUSIA TIDAK DAPAT MENGALAHKAN AKU, BODOH!!!!, KAUM KERABATKU RAMAIIII, CUCU CICITKU RAMAI, KAMU TAK MAMPU MELAWAN KAMI...
KAMU TAK SUJUD PADA ALLAH, SEBAGAIMANA AKU DULU, SETIAP TAHUN, BERTAHUN TAHUN AKU SUJUD PADA ALLAH.... TAPI MANUSIA?????...KAMU MANUSIA SEBENARNYA YANG CUAI, SEBENARNYA LEKA, TAPI ALLAH MEMARTABATKAN KAMU.. ... KENAPA BUKAN AKU???????????
KAMU TIDAK MACAM AKU, AKU SUJUD PADA ALLAH, BERTAHUN TAHUN...NAMUN AKU DIKEHENDAKI SUJUD PADA ADAM, ADAM DARIPADA TANAH, AKU DISURUH SUJUD PADANYA, KAMU ANAK ADAM, DARI TANAH, TANAH YANG BUSUK, YANG JIJIK, SEDANGKAN AKU DARI API, TAPI AKU DIKEHENDAKI SUJUD PADA KAMU, AKU ENGKAR PERINTAH ALLAH UNTUK SUJUD PADA KAMU, SIAPA KAMU???????????
KAMU TAK AKAN DAPAT MELAWAN ANAK CICIT KU, KAMU TAK SETANDING DENGAN KEKUATANKU, INGATTTTTT!!!, ANAK CUCUKU AKAN MEMBALAS DENDAM!!!!!!!!!!!!!..

HANTUKILLER: ENGKAU SILAP, MENGAKU AJELAH, ANAK CUCU KO DAH BERAPA BANYAK YG MATI, TAK HERANPUN AKU

AZAZIL:
INGAT! JIKA KO DHARAB DENGAN BATU BATA, KO DHARAB DENGAN AIR, DAN KO DHARAB DENGAN MANUSIA, KO TETAP TAK AKAN DAPAT MENANDINGI JUMLAH CUCU CICITKU...BERJUTA JUTA, JUMLAH KO HANYA SATU PERSEPULUH DARI JUMLAH KU....KAMU KENE INGAT!!!!!!

HANTUKILLER: ALAHHHHHHH, ANAK KO DAH MATI BANYAK, CUCU KO DAH MATI BANYAK

AZAZIL:
ANAK CUCU CICITKU TERLALU BANYAK, TAK PERLU MENUNGGU LAMA UNTUK BERANAK....

HANTUKILLER: OK SAMPAI MASA UNTUK KO MATI.... KAMI PUN ZASST, TIUP DAN BUDAK TU PENGSAN(azazil situa bangka ni nampak je macam dah mati, tapi Cuma pengsan sebab janji Allah tetap ada, so setakat pengsan je lah, dan aku buatlah sesuai untuk makhluk yg tak leh mati ni, sama je macam nak rawat gangguan roh) ok settle 1 adengan


RASUKAN AZAZIL KEDUA

AZAZIL:
AKU TIDAK SEKALI MELANGGAR PERINTAH ALLAH, TIDAK SEKALI, KAMI SUJUD 8000 TAHUN, SUJUD,SUJUD KEPADA ALLAH, KAMI BERTAQWA KEPADA ALLAH, NAMUN KAMI DILAKNAT OLEH ALLAH HANYA KERANA MANUSIA, TAPI AKU INGIN MEMASTIKAN KEPADA MANUSIA, AKU INGIN MEMASTIKAN KEPADA KAUM KERABATKU, AKU SUJUD BERIBU TAHUN KEPADA ALLAH, TAPI MANUSIA TIDAKKKKKKKK, MANUSIA ENGKARRR, MUHAMMAD MENJANJIKAN UNTUK SUJUD 5 WAKTU PADA ALLAH, TAPI MANUSIA????(umat Muhammad)
YEEE, 5 WAKTU ITUPUN TIDAK SUKA SUJUD PADA ALLAH, APA LAGI UNTUK MENYEBUT NAMA ALLAH!!!!!

HANTUKILLER: SALAH SIAPA??? KAMU YG MENGGODA MANUSIA!

AZAZIL:
AKU TAK MAMPU MENGACAU MANUSIA YG MENYEBUT NAMA ALLAH

HANTUKILLER: YE, ABIS KO NAK SALAHKAN MANUSIA? SEDANGKAN KAMU YG MENGHASUD MANUSIA?

AZAZIL:
SEPERTI YG KETUAKU KATAKAN KEPADAMU, SEPERTI JANJIKU PADA ALLAH!! ALLAH TELAH BERFIRMAN” KAMU TIDAK AKAN DAPAT MASUK KETUBUH MANUSIA JIKA MANUSIA ITU SUJUD KEPADAKU, IKHLAS MELAKUKAN IBADAH KEPADA AKU, AKU(AZAZIL) TIDAK DIBENARKAN UNTUK SEKALI KALI MASUK KETUBUH MANUSIA.. TANPA IZIN AKU” ITU JANJI ALLAH KEPADAKU. MAKANYA JIKA MANUSIA YANG LEKA, MANUSIA YANG ENGKAR, MANUSIA YANG MENGAMALKAN ILMU SYAITAN, IBLIS,MAKA, CUCU CICITKU, AKAN BERGEMBIRA, MASUK KEDALAM MEREKA, MENGGUNAKAN MEREKA UNTUK MENYESATKAN MANUSIA(yang lain)...

HANTUKILLER:BAIK, JIKA ITU YANG KO CAKAP, SEKARANG RAMAI SANGAT MANUSIA YANG SUJUD PADA ALLAH, MENGAPA JIN JIN MASIH BOLEH BERKUMPUL PADA DIA??

AZAZIL:
USTAZ USTAZ ULAMA, KAMU LIHAT, CARA MEREKA MELAKUKAN PENGUBATAN, AKU BOLEH MEMANDANG, JIN PENUH DIKELILINGNYA, MELAKUKAN PENGUBATAN KERIS, MENGASAPKAN KERIS, ADAKAH ALLAH MENGAJARKANNYA KEPADA KAMU???

HANTUKILLER: ITU BOMOH, AKU KATA USTAZ!

AZAZIL:
YEEE, USTAZ JUGA ADA!! MEMPERCAYAI ILMU SIHIR!!

HANTUKILLER:SEDANGKAN USTAZ USTAZ MEMBACA ALQURAN!!!

AZAZIL:
BACA ALQURAN DENGAN HATI YG IKHLAS, DENGAN HATI YANG TAQWA, KERANA ALLAH, KERANA ALLAHHHH, AKU JUGA MAMPU MEMBACA ALQURAN, AKU JUGA MAMPU MELAKUKAN IBADAH, AKU JUGA MAMPU MENG’AZAN’KAN, AKU JUGA MAMPU MENYEBUT NAMA TUHAN, ALLAHHHHHHH
ALLAH BERFIRMAN, MENGGUNAKAN AYAT AYAT ALQURAN DENGAN NIAT YG JAHAT, DENGAN NIAT YG LAIN, UNTUK MENYAKITI MANUSIA, UNTUK MENGUBATI MANUSIA, TIDAK SEKALI KALI, KALAU DULU, NABI NABI, MALAIKAT, MENDOAKAN KESEJAHTERAAN UMMATNYA, HANYA BERSERAH KEPADA ALLAH, DENGAN IZIN ALLAH, TIDAK SEKALI KALI BERPEGANG PADA AYAT ALQURAN... TIDAKKAH KAMU KETAHUI BAHAWA AYAT ALQURAN ITU DATANGNYA DARI ALLAH??? MENGAPA MENGGUNAKAN AYAT ALQURAN HANYA UNTUK MEMBANTU MANUSIA YG LAIN TAPI TIDAK DINIATKAN PADA ALLAH?? BUKANKAH ITU HANYA DIIZINKAN OLEH ALLAH?? MANUSIA TELAH JAUH TERPESONG......
BENARKAH KATAKU INI????

HANTUKILLER DAN HANTUKILLER’S: BENAR, BENAR SEKALI!

AZAZIL:
KENAPA MANUSIA TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA KAUM KAUM YANG LAIN, KAUM FIRAUN, DIMANA KAUM NABI NUH TENGGELAM KERANA TIDAK MENSYUKURI.... KAMU TIDAK PERNAH TAKUT PADA ALLAH, SEDANGKAN ALLAH ITU TERLALU AGUNG, TERLALU TINGGI KUASANYA,
AKU SEBAGAI AZAZIL, DULU SENTIASA SUJUD PADA ALLAH, ISLAMMMM, ISLAM BAGIKU, NAMUN AKU DILAKNAT OLEH ALLAHHHHHH, KERANA SATU, KERANA SATU, DIBALING OLEH ALLAH, DIKELUARKAN OLEH ALLAH(DARI SYURGA), LALU AKU JADI KAFIR, KAFIR LAKNATULLAH, TIDAKKAH KAMU MENGAMBIL IKTIBARR???

HANTUKILLER: KAMI MENGAMBIL IKTIBAR

AZAZIL:
MANUSIA TIDAK TAKUT PADA ALLAH, TIDAK TAKUT PADA ALLAH,TIDAK TAKUT PADA ALLAHHHH, ITU YANG AKU PERTIKAIKAN, YANG AKU TAK HABIS HABIS BERTANYA KEPADA ALLAH, MENGAPA AKU PERLU SUJUD PADA ADAM, CUCU CICIT ADAM, SEDANGKAN AKU HANYA MELANGGAR HANYA SATU PERINTAHNYA, TIDAK SUJUD PADA ADAM???

HANTUKILLER:MANUSIA SEMUANYA AKAN SUJUD PADA ALLAH, IKUT DAN TAAT PERINTAH ALLAH, KALAU KAMU TAK KACAU MANUSIA ITU, TAPI ITU KERANA KAMU, KAMU YANG HASUD MANUSIA

AZAZIL:
BUKAN SEMUA KERANA AKU, BUKAN SEMUA

HANTUKILLER:TAPI KEBANYAKKANNYA KERANA KAMU!!!

AZAZIL:
LAHIRNYA SEORANG ANAK CUCU ADAM IAITU MANUSIA ITU SUCI BERSIH, ADAKAH KAMU SEBAGAI BAPA, ADAKAH KAMU MEMBISIKKAN KALIMAH KALIMAH SUCI ALLAH KEPADA BAYI KETIKA BAYI ITU MASIH SUCI?? TIDAKKAH KAMU, TIDAKKAH KAMU??

HANTUKILLER: ADA, ADA

AZAZIL:
JIKA ADA, JIKA ADA, AKU TIDAK AKAN MASUK KEDALAM TUBUH ANAK CUCU CICIT ADAM

HANTUKILLER DAN GENG: ADA ADA

AZAZIL:
ITU KAMU, ITU KAMU, TAPI YANG LAIN LAIN?, YANG BERJUTA JUTA? YANG HANYA NAMA ISLAM TAPI TIDAK MENGGUNAKAN ITU, TIDAK MENGGUNAKAN SEBAIK BAIKNYA, TIDAKKAH KAMU TERFIKIR, TIDAKKAH KAMU TAKUT KEPADA ALLAH? AKU DULUNYA AMAT TAKUT DENGAN SETIAP SURUHAN ALLAH, LALU AKU SUJUD SUJUD SUJUD KEPADA ALLAH, SENTIASA SUJUD KEPADA ALLAH, TIDAK KIRA WAKTU, HIDUPKU HANYA SUJUD PADA ALLAH, SUJUD KEPADA PENCIPTAKU, TAPI KAMU, TAPI KAMU, TIDAK SEKALI AKU LIHAT.... HANYA KERANA 5 WAKTU, 5 WAKTU YANG TUHAN SURUH SUJUD KEPADANYA, ITUPUN SUSAH UNTUK KAMU MELAKUKANNYA..
SELAGI MAMPU KAMU MELAKUKANNYA, KAMU HARUS MELAKUKANNYA, TIDAK KIRA MASA, WAKTU, SAAT, DETIK SUJUDLAH KEPADA ALLAHHHHH, SUJUDLAH KEPADA ALLLAHHHH
TUHAN TERLALU BANYAK BAGI KAMU KELONGGARAN, TIDAK SEPERTI KAMI, NAMUN KAMU TAK GUNAKAN ITU SEBAIK BAIK KEADAAN UNTUK SUJUD KEPADA ALLAH
APA KELEBIHAN MANUSIA? APA KELEBIHAN MANUSIA? MALAIKAT JIBRIL, MALAIKAT MIKAIL MENANGIS KETIKA ALLAH MEMBURUKKAN RUPAKU, DULU AKU SEBAIK BAIK MAKHLUK CIPTAANNYA, HINGGA AKU DISINGKIR, DISINGKIR DARI SYURGA, LALU AKU MENJADI BURUK RUPARASKU, SEBURUK BURUK CIPTAAN ALLAH, JIBRIL DAN MIKAIL MENANGIS, TIDAKKAH KAMU TAU???

HANTUKILLER: AKU TAU, ITU AKU TAU, TAPI YANG ITU AKU BOLEH JAWAB... ALLAH JADIKAN KAMU MACAM ITU, MEMANG ITU PERANCANGANNYA, KAMU TAK SUJUD PADA ADAM ITU, MEMANG ITU ADALAH PERANCANGANNYA, KAMU ENGGAN SUJUD PADA ADAM BUKAN KERANA KEINGKARAN KAMU, TAPI ALLAH YG MENJADIKAN HATI KAMU UNTUK INGAR PERINTAH ALLAH ITU, ALLAH YANG JADIKAN KAMU TAK MAU SUJUD ITU, SEMUANYA BERBALIK PADA ALLAH

AZAZIL:
AKU BOLEH MENYERUPPAI MANUSIA, AKU BOLEH MENYERUPAI BINATANG BINATANG, MALAH AKU BOLEH MENYERUPAI APA SAJA, AKU BOLEH JUGA MENYERUPAI MANUSIA SEPERTI KAMU, ITU KELEBIHAN AKU
WALAU AKU KINI CIPTAAN YANG HODOH, YANG PALING BURUK, AKU MASIH MAMPU MENYERUPAI KAMU!!!
DIKELILING KAMU DAN DIMANA MANA SAJA ANAK CUCUCICITKU SENTIASA ADA, MENCARI PELUANG UNTUK MENGHASUD KAMU....
SELAGI KAMU MENYEBUT NAMA ALLAH, SELAGI KAMU BERZIKIR ATAS NAMA ALLAH, BERTASBIH BERTASBIH MEMUJI ALLAH, AKU TIDAK AKAN DAPAT MEMASUKI KAMU.
JIKA AKU ADA DISEBELAH KAMU PUN, DIKELILING KAMU PUN, DIKAKI KAMU, DIATAS KAMU, TAPI JIKA KAMU BERTASBIH ATAS NAMA ALLAH, BERZIKIR ATAS NAMA ALLAH, AKU TAKKAN DAPAT MENGUASAI KAMU, TIDAK AKAN DAPAT MASUK DIRI KAMU...

HANTUKILLER: HABIS JIKA KAMU DAH MASUK DALAM MANUSIA ITU???

AZAZIL:
JIKA AKU DAH MASUK, TERLAMBAT BAGI MEREKA.....INGAT SELAGI ROH KAMU MASIH KUAT, AKU TAKKAN MAMPU...
SATU INGIN AKU PESAN PADA KAMU, DIMANA TUHAN MEMBERI PERINGATAN KEPADA MU, MEMBERI AMARAN KEPADA MU, JANGAN SESEKALI KAMU MELUPAKAN ALLAH, MENGAPA? MENGAPA? MENGAPA KAMU TIDAK MENGAMBIL PERINGATAN, TIDAK MENGAMBIL SEBAIK SEBAIK PELUANG? TIDAKKAH KAMU MEMIKIRKAN BAHAWA HIDUP KAMU TAK SELAMA LAMANYA?
KAMU TAHU, KAMU TAHU APA ITU AL-HIN????? DIMANA MEREKA TIDAK LAGI BERPELUANG UNTUK MELAHIRKAN ZURIAT, HANYA TINGGAL BERJUTA JUTA TAHUN MERATAPI, MENANGISI HIDUP TERLALU LAMA, MEREKA INGIN MATI, MEREKA INGIN MATI, TAPI TIDAK DIIZINKAN ALLAH, DIMANA MEREKA JUGA MELANGGAR PERINTAH ALLAH!!!!!!!
TIDAKKAH KAMU KETAHUI, JIKA DIBANDINGKAN DENGAN AKU, MEREKA LAGI HIDUP TERLALU LAMA, LAMAAA!!!LAMA....HINGGA MEREKA MENANGIS, MENANGIS, MENANGIS, MERATAPI SETIAP HARI, SETIAP SAAT, SETIAP DETIK, TETAPI TIDAK DIDENGARKAN OLEH ALLAH...
AMBIL IKTIBAR WAHAI MANUSIA, AMBIL IKTIBAR WAHAI MANUSIA!!!! AMBIL IKTIBARRRRR!!!
SELAGI KAMU BERPELUANG UNTUK BERSUJUD KEPADA ALLAH, SELAGI ALLAH ITU MEMBUKA PINTU HATI KAMU, UNTUK MENDEKATI ALLAH, DEKATILAH ALLAHHH!!!!!!!
KAMU INGINKAH MENJADI SEPERTI AKU???? SEPERTI AL-HIN????? INGINKAH KAMU???????

HANTUKILLER’S: TIDAKKKKKKK

AZAZIL:
JADI JIKA KAMU INGIN HENTIKAN HASUTAN DARI ANAK CUCU CICITKU, LAKUKANLAH IBADAH KEPADA ALLAH, DENGAN HATI YANG IKHLAS!!!, JIKA KAMU MENGALUNKAN AYAT SUCI ALLAH, ALUNKANLAH DENGAN HATI YANG IKHLAS!!!!! HANYA KERANA ALLAH, HANYA KERANA ALLAHHHHH!!!!!!!!!!
KALAU KAMU INGIN TAHU, HARI INI AKU INGIN SAMPAIKAN KEPADA KAMU, KAMU SELALU MENYALAHKAN , MENYALAHI, MENYALAHI AKU DAN KAWAN KAWANKU, TAPI SEBENARNYA INI BERPUNCA DARI KAMUSENDIRI
INI ADALAH JANJIKU PADA ALLAH UNTUK MENGHASUD KAUM ADAM, TAPI ALLAH TIDAK MEMBENARKAN AKU MASUK KEDALAM MANUSIA YANG DIHATINYA SENTIASA MENGINGATI , SENTIASA MENYEBUTNYA(ALLAH)..ITULAH KERJA AKU!!!!!!!!
APA LAGI YANG KAMU INGIN TAHU?KAMU TAHUKAH ADA LAGI KEJADIAN ALLAH YANG TIDAK TERPIKIR OLEH AKAL KAMU????

HANTUKILLER: SEBELUM AL-HIN, SIAPA MAKHLUK SEBELUM ALHIN??

AZAZIL:
TERLALU BANYAK, TERLALU BANYAK!!!TIDAK MAMPU KU HURAIKAN SATU PERSATU, TERLALU BANYAK KAUM KAUM YANG LAIN YANG DILAKNATI ALLAH...
AL-HIN ITU TERLALU MULIA, MEMPUNYAI SAYAP YANG CANTIK SEPERTI CIPTAAN AKU, MALAIKAT JUGA, JIBRIL JUGA MEMPUNYAI SAYAP......
BENARKAH MAULIDUR RASUL ITU DILAKUKAN DENGAN BERARAK????TIDAKKKKKK, MANUSIA JAUH TERPESONG!!!HANYA DENGAN BERSELAWAT KEATAS NABI, ITU SUDAH MENCUKUPI UNTUK KAMU MENGINGATI NABI, NABI MUHAMMAD S.A.W..
AKU SUJUD PADA SEMUA YANG ALLAH CIPTAKAN, NAMUN KENAPA?, KENAPA?, KENAPA? ADAM(MANUSIA) YANG BEGINI BURUK AKHLAKNYA, YANG DICIPTA DARI TANAH YANG BUSUK, DAHLAH TANAH BUSUK, TERUK AKIDAHNYA, AKHLAKNYA BURUK!!!!! TAPI KAMI KENE BERSUJUD KEPADANYA.... MENGAPA??????
KATAKAN KEPADAKU, KATAKAN KEPADAKU!!!!KATAKAN KEPADAKUUUUUUU!!!!

HANTUKILLER: ITU HANYA DUGAAN KEPADA KAMU

AZAZIL:
YA, YA... ITU DUGAAN KEPADAKU, KEPADA KAUM KERABATKU.... TAPI JIKA AKU MERAYU, JIKA AKU MERAYU SEKALIPUN(KEPADA ALLAH), ALLAH TETAP TIDAK AKAN MEMAAFKAN AKU, AKU DILAKNAT ALLAH HINGGA HARI KIAMAT NANTI, ITU JANJI ALLAH JATUH KEPADAKU....
TIDAK SEPERTI KAMU MANUSIA, JIKA KAMU MELAKUKAN KEJAHATAN SEKALIPUN, LALU MEMOHON AMPUN KEPADA ALLAH, BERSUJUD KEPADA ALLAH, ALLAH MASIH AKAN MENGAMPUNKAN KAMU!!!!
TAPI MENGAPA KAMU TIDAK MELAKUKAN SEMUA ITU?
AKU MENANGIS, AKU MENANGIS, AKU MENANGIS, MEMOHON AMPUN KEPADA ALLAH, TETAPI MENGAPA ALLAH TIDAL MEMBERI KELEBIHAN(KEAMPUNAN) ITU KEPADA KAUM AKU???
MENGAPA HANYA KERANA ITU(TIDAK SUJUD PADA ADAM) AKU DILAKNAT OLEH ALLAH????..
AKU SEBAIK BAIK CIPTAAN ALLAH, AKU SUJUD PADA ALLAH, AKU SANGGUP BERSUJUD PADA ALLAH TAPI TIDAK ADAMMMMMM!!!!!!!!, AKU MENANGIS, MENANGIS, MENANGIS MELIHAT ADAM, MELIHAT KAUM ADAM BEGINI KEHIDUPANNYA, NAMUN ALLAH MASIH INGIN MAHU MENGAMPUNKANNYA... MENGAPA? MENGAPA? MENGAPA? BERIKAN AKU JAWAPANNNNNN!!!!!!!!!

HANTUKILLER: HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI

AZAZIL:
YA, ALLAH MAHA MENGETAHUI, TAPI KETIKA AKU DILAKNATI ALLAH, AKU MERAYU KEPADA ALLAH, NAMUN ALLAH TIDAK SEKALI MENGAMPUN AKU, MENGAPA? MENGAPA????

HANTUKILLER: ITU KO KENE TANYA ALLAH!

AZAZIL:
MENGAPA MANUSIA MASIH ENGKAR MENGIKUT PERINTAH ALLAH TAPI MASIH DIAMPUNKAN OLEH ALLAH???

HANTUKILLER: TU KO KENE TANYA ALLAH, JANGAN TANYA AKU, ITU HAK MUTLAK ALLAH

AZAZIL:
MENGAPA MANUSIA TIDAK MENGGUNAKAN KELEBIHAN INI, MELAKUKAN IBADAH NAMUN TIDAK SEKALI KALI SEPERTI AKU(SANGGUP SENTIASA BERSUJUD PADA ALLAH 8000 TAHUN), TAPI MANUSIA DIBERI BANYAK KELEBIHAN???

SKIP HEHEHE... tak leh tulis, rahsia HEHE...(penipuan jin)... OK SAMBUNG

AZAZIL:
TAPI DULU AKU TIDAK LANGSUNG DIBERI PELUANG SEPERTI ITU???(PERINGATAN DARI ALLAH DALAM APA CARAPUN)
MANUSIA TERLALU BANYAK ALLAH BERI KELEBIHAN, DISAMPAIKAN AMANAT DENGAN BERBAGAI CARA, TAPI MANUSIA TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR!, IKTIBAR!!!!!!!
MENYALAHI (MENYALAHKAN) ALLAH JIKA DITIMPA BENCANA, JIKA DIDUGA, MENYALAHI TAKDIR ALLAH, TIDAK BERSYUKUR MENIKMATI APA YANG ALLAH BAGI!!!!!
KAMU TAHUKAH GANJARAN ITU TERLALU BESAR JIKA KAMU SUJUD PADA ALLAH??????? KAMU BUKAN HANYA HIDUP DIMUKABUMI, KAMU AKAN DINILAI, DIHISABBBBB!!!!!!!! DIMANA AKU AKAN DISIKSA KETIKA ITU, TIDAK SEPERTI KAMU YANG BERTAQWA, AKAN DIBERI LAYANAN, DIJANJIKAN OLEH ALLAH, DITEMPATKAN DITEMPAT YANG INDAH.......................TIDAK DAPAT AKU BAYANGKAN DIMANA AKU DULU DUDUK DISITU, MENGHUNI DISITU, BEBAS MELAKUKAN APA SAJA...
DIHARI KIAMAT NANTI AKU AKAN DISIKSA BERSAMA DENGAN ORANG KAFIR, BERSAMA ORANG ISLAMMMMMMM YANG MURTAD, YANG TIDAK MENGENAL ALLAH, TIDAK LANGSUNG MENGINGATI ALLAH... TIDAKKAH KAMU TAKUTTTTTTT??????????
JIKA AKU INGIN KEMBALI KEPADA ALLAH SEKALIPUN, ALLAH TIDAK AKAN MENERIMA AKU..
GUNAKANLAH UNTUK KAMU, GUNAKANLAH UNTUK KAMU, JIKA KAMU MENYEBUT ALLAH, INGAT SATUUU, AKU TIDAK AKAN DAPAT MENGGANGGU KAMU, AKU TIDAK AKAN MASUK KAMU.
ITU ADALAH TUGAS AKU, KAMU INGAT, KAMU INGAT, SELAGI AKU MENGGANGGU MANUSIA, (INI BERMAKNA) MANUSIA ITU TERLALU JAUH DARI ALLAHHHH!!!
WALAUPUN AL-HIN ITU TIDAK PERNAH MENGGANGGU MANUSIA, KERANA DIMURKAI ALLAH, TAPI AL-HIN TIDAK PERNAH DITUGASKAN UNTUK MENGGANGGU MANUSIA, TAPI BERBEZA DENGAN AKU, ALLAH TELAH MENGIZINKAN , ALLAH TELAH MENGIZINKAN!!
INI ADALAH TUGAS AKU, MENYESATKAN ADAM, MAKA INILAH YANG AKAN AKU LAKUKAN SETELAH AKU DILAKNAT OLEH ALLAH, INILAH KERJA AKU

HANTUKILLER: BAIK, SEKARANG AKU JAWAB...
ALLAH JADIKAN KAMU UNTUK MENYESATKAN MANUSIA, ALLAH JUGA YANG MENJADIKAN HATI KAMU SUPAYA ENGGAN SUJUD PADA ADAM, INI ADALAH PERANCANGAN ALLAH, ALLAH DAH MENETAPKAN SUPAYA KAMU MENGACAU MANUSIA, ITU BUKAN SALAH KAMU, DAH MEMANG TUGAS KAMU MACAM ITU, TETAPI ALLAH MAHA ADIL, ALLAH MAHA TAHU, ALLAH MAHA MERANCANG SEGALA GALANYA, KEMUNGKINAN KAMU JUGA AKAN DIBALAS DENGAN KEBAIKAN DIAKHIRAT NANTI

AZAZIL:
AKU TIDAK TAHU, AKU TIDAK TAHU, TAPI ALLAH TELAH KATAKAN KEPADA AKU, KEPADA KAUM KERABATKU, KAMU TIDAK LAYAK UNTUK DISINI(SYURGA), KAMU ADALAH KAFIR YANG AKAN DISIKSA, YANG AKAN DILAKNAT AKU HINGGA HARI KIAMAT

HANTUKILLER: HABIS, ADAKAH KAMU TERSIKSA SEKARANG??

AZAZIL:
YA, TERSIKSA, YA...... SETIAP MASA AKU MEMOHON KEPADA ALLAH NAMUN ALLAH TIDAK MENGENDAHKAN AKU, TIDAK SEPERTI KAUM KAUM YANG LAIN, KERANA SATU KESALAHAN AKU, SATU KESILAPAN AKU, ALLAH TIDAK MENDENGAR PERMOHONANKU, AKU INGIN KEMBALI KEPADA ALLAH, NAMUN ALLAH TIDAK MEMBENARKAN AKU, AKU SUJUD PADA ALLAH, NAMUN ALLAH TIDAK MENGENDAHKAN AKU
MANUSIA!!!!, MANUSIA!!!!! KAMU BANYAK KELEBIHAN MANUSIA!!!!!!YANG TIDAK AKU PEROLEHI!!!!!WALAU AKU BOLEH MENYERUPAI BERBAGAI BENTUK
NAMUN ALLAH MASIH MENGAMPUNKAN SETIAP KESALAHAN KAMU, JIKA KAMU MASIH MENGINGATI ALLAH, SUJUD PADA ALLAH, TAUBAT PADA ALLAH, MELAKUKAN TAUBAT KEPADANYA, ALLAH MASIH MAHU MENGAMPUNKAN KAMU.
TAPI MANUSIA TIDAK PERNAH MENGAMBIL IKTIBAR, SEBANYAK MANAPUN YANG ALLAH BAGI, BAGI CUBAAN KEPADANYA, TIDAK LANGSUNG DIAMBIL IKTIBAR
MENYALAHKAN ALLAH, MENYALAHKAN ALLAH, MEMBUATKAN CUCUCICITKU KETAWA GEMBIRA!!!!!!!!!
MENANGISLAH KAMU WAHAI MANUSIA, MENANGISLAH KAMU KETIKA SUJUD KEPADA ALLAH, MOHONLAH KEREDHOANNYA, MOHONLAH KEREDHOANNYA...
TAPI MANUSIA TERLALU KERAS HATINYA, KERAS, KERAS, KERAS, KERAS
MEMINUM ARAK, BERJUDI...... KAMU TAHUKAH BAHAWA MENGHISAP ROKOK ITU JUGA KAWAN JIN?????? JIN SUKA ASAP, JIN SUKA ASAP, TIDAKKAH KAMU KETAHUI???? BUKAN HANYA MEMBAKAR KEMENYAN, BENDA YANG MELIBATKAN ASAP SEPERTI KAFIR MELAKUKANNYA, MEMBAKAR COLOK!!!! MEMANGGIL JIN MENJAGA RUMAH, TEMPAT IBADAT MEREKA..
TIDAKKAH KAMU TAHU WAHAI MANUSIA, CETEK ILMU KAMU WAHAI MANUSIA...DALAMILAH SEGALANYA, KAMU AKAN KETAHUI SEBAGAIMANA KAMI MENGETAHUI...
SALAH KAMI HANYA TIDAK SUJUD PADA ADAM, ITU SAJA SALAH KAMI, SATU SATUNYA SALAH KAMI HINGGA AKU DILAKNAT ALLAH, HINGGA AKU DILAKNAT ALLAH, HINGGA AKU TIDAK DIAMPUNKAN OLEH ALLAH....
APA LAGI YANG INGIN KAMU KETAHUI???
INGATLAH KAMU, INGATLAH KAMU WAHAI MANUSIA, SELAGI BELUM KIAMAT, CUCU CICITKU AKAN SENTIASA CUBA MENYESATKAN KAMU, JIKA KAMU MENGINGATI ALLAH, CUCU CICITKU TIDAK AKAN MEMASUKI KAMU....INGAT YE, INGAT YE
WALAUPUN KAMU MELAKUKAN SOLAT 5 WAKTU, MEMBACA AL QURAN BERKALI, MENGHAFAL ALQURAN, TETAPI JIKA KAMU TIDAK IKHLAS KERANA ALLAH, KAUM CUCUCICITKU AKAN DATANG KEPADA KAMU.....

HANTUKILLER: AKU TAU, AKU TAU, DAN AKU DAH INGATKAN BANYAK MANUSIA, YANG JUMPA AKU, DAN MELALUI APA YANG BOLEH SEPERTI FORUM INTERNET DLL
MINTA AMPUNLAH KAMU KEPADA ALLAH UNTUK KALI TERAKHIR SEBELUM KAMI BUNUH....

(DAN DIAPUN BERSUJUD PADA ALLAH SAMBIL MINTA KEAMPUNAN KEPADA ALLAH, KAMI PUN ZASST SEHINGGA PENGSAN JASAD BUDAK YG DITUMPANGNYA TERSEBUT) TAMAT RIWAYAT AZAZIL YG INI..........


RASUKAN AZAZIL KETIGA

Azazil:
Janjiku pada Allah, selagi hari belum kiamat, aku dan cucucicitku akan tetap mengganggu manusia

Hantukiler: Tapi kalau ko mengganggu manusia, kami boleh membunuh ko

Azazil:
Ko tak tau alam aku, ko tak ada kelebihan macam aku, ko tak ada kelebihan macam kaum kerabat aku

Hantukiller: apa kelebihan ko?

Azazil:
Ko tak dapat masuk ke alam aku, sepertimana aku dan kaum kerabatku dapat masuk ke alam ko, masuk kedalam tubuh kamu, masuk disetiap denyut nadi kamu, aku boleh duduk!!!(ditubuh manusia)

Hantukiller: lagi???

Azazil:
Disetiap penjuru(tubuh manusia) aku boleh duduk bersama berjuta juta kaum kerabatku. Aku hebat, aku boleh beribadah, bersujud pada Allah, tak seperti manusia(Azazil boleh sentiasa bersujud walau beribu tahun)

Hantukiller: Ya, aku beribadah tak sehebat ko, sebab tu ketua ko pernah dilantik sebagai ketua malaikat

Azazil:
Tapi aku tak terima untuk sujud pada adam!!!

Hantukiller: Tapi manusia juga sujud pada Allah

Azazil:
Aku juga sujud pada Allah

Hantukiller: tapi ko langgar perintah Allah!!

Azazil:
Aku langgar perintah Allah kerana manusia!!

Hantukiller: Habis, ko ingat, ko tu lebih hebat dari Allah atau lebih hebat dari Adam?

Azazil:
Aku lebih hebat dari adam!

Hantukiller: habis kenapa ko tak dengar perintah Allah?

Azazil:
Kerana adam itu rendah, SIAPA DIAAAA??????????

Hantukiller: Dia tu atuk, moyang aku yg first!!!

Azazil:
Adam dibuat dari tanah yang kotor, yang jijik, hanyir!!!

Hantukiller: Ko kata aku tak dapat masuk ke alam ko ye, hehe... ok.... ko cari aku sekarang!!!!!!.....akupun guna makrifat(keluarkan sebahagian roh aku memasuki alam dia sambil merosakkan apa yang patut... hehe jangan percayalah, tipu je nih)

Azazil:
Adam dari tanah

Hantukiller: hahaha habis istana ketua ko, moyang ko, padan muka!!! Ko kata aku tak leh masuk, apa pasal aku leh masuk??? Apa pasal aku leh bunuh kawan kawan ko disana??

Azazil:
Berjuta kaum ku mati, beratus, berbilion juta akan muncul!!! Aku bukan macam anak cucu adam, perlu menunggu lama untuk melahirkan satu manusia(anak)

Hantukiller: Pertama kali azazil merasuk (berbual) ye??

Azazil:
Manusia sekarang banyak terpesong, hati busuk!!! Jika dibandingkan dengan kaum aku, kaum kamu jijik, hina!!!

Hantukiller: tu kan disebabkan ko, ko yang ganggu manusia(menghasud)

Azazil:
Tapi janjiku pada Allah, jika manusia itu taat beribadah kepada Allah, aku takkan masuk kedalam badan manusia itu,
jika manusia tidak menyuruh aku(sihir), untuk menghianati manusia (lain), aku tidak akan datang, itu janjiku pada Allah. Janjiku pada tuhan, jika tuhan tidak membenarkan aku masuk kedalam manusia(tertentu) aku tak akan masuk!!!

Hantukiller: Abis ko dah masuk sekarang( ketubuh budak tu), ko bakal mati!!

Azazil:
Berjuta juta boleh datang, berjuta juta boleh masuk kedalam manusia, berjuta juta boleh duduk dalam manusia, hanya satu manusia, berjuta juta kaumku(azazil dan jin yg lain) boleh duduk didalamnya, anak cucuku ramai, manusia ini jika dibandingkan dengan aku, hanya takat hujung jari kami(jumlahnya)

Hantukiller: hujung jari, hujung jari ye? Hehe.... aku nak bunuh kaum mu berjuta sekaligus boleh??

Azazil:
KO bunuh!!!!, ko bunuh!!!!, seperti ketuaku katakan, ko (manusia) hanya 1/10 daripada kami, tapi jika dibandingkan dengan malaikat, jin hanya 1/10 dari malaikat

Hantukiller: 1/10 ye, bukan 1/100 ye... 1/10 taklah banyak sangat jin... hahaha(sebenarnya yang aku tau nisbah jin dengan manusia takat tahun 2011 ni ialah 1 manusia nisbah 40 jin, bukan 10 jin)

Azazil:
Tapi aku bukan lawan dengan malaikat, aku berlawan dengan manusia, aku berlawan kamu selagi belum kiamat!

Hantukiller: Aku akan minta bantuan Allah dengan tenteranya(malaikat){ lalu akupun berdoa dengan kuat pada Allah untuk membantu kami mengalahkan azazil azazil itu dan segala jin dan ber teriak AllahuAkbar!!!}

Azazil:
Aku sujud pada ALLAH, aku tak lawan malaikat, aku dulu(kat syurga) imam kepada para malaikat, semua malaikat hormat kepadaku kerana aku sentiasa sujud pada tuhan... aku akan datang... aku akan datang lagi...
Jika kau benar ingin membantu manusia, kau ajari manusia supaya tidak melakukan syirik(bertuhankan selain Allah), tidak membakar kemenyan, membakar kemenyan adalah makanan aku, api adalah makanan aku, jika manusia tidak memanggil aku dengan membakar kemenyan, aku tidak akan datang

Hantukiller: Tak bakar kemenyanpun jin boleh datang, baca baca pun(mentera, jampi, ayat AlQuran yg tak ikhlas kerana Allah) jin boleh datang

Azazil:
Kerana itu janjiku pada Allah, janjiku pada Allah, janjiku pada Allah, aku akan mengganggu manusia selagi aku hidup, aku akan terus mengganggu manusia

Hantukiller: Janji ko pada Allah, ko akan kalah pada siapa???

Azazil:
Aku akan kalah pada ulama’, orang yang sujud pada Allah

Hantukiller: Ulama’ yang macamana yang ko akan kalah?

Azazil: Orang/ulama’ yang sujud pada Allah dengan sepenuh hati... aku akan kalah pada manusia seperti itu....
(tiba tiba tombang azazil tu, mati sebelum dizasstttt hehe)


RASUKAN AZAZIL SETERUSNYA( KE 4)

Azazil:
Aku tak nak sujud pada Adam, anak cucu cicit adam tak nak sujud pada Allah, kenapa aku harus sujud pada Adam???
Aku ingin sampaikan kepadamu, manusia kini jauh terpesong, lebih jijik daripadaku, lagi busuk daripada syaitan!!!..... sekurang kurangnya iblis sujud pada Allah, tapi manusia?????

Hantukiller: mana ko tau manusia tak sujud???????

Azazil:
Aku tau, aku nampak!!, jika tidak, tidak ada manusia berjudi, tidak ada manusia melakukan kejahatan, tidak ada manusia menghasilkan pendapatan dari perbuatan yang haramm... itu semua jahat, kejiiii.....
Manusia paling keji, manusia paling keji, hanya sebahagiannya aje yang sujud pada Allah, tidak seperti aku, tidak seperti kaum kerabatku!!!!! Sentiasa sujud pada Allah... siapa adammmmmm????? siapa cucu cicit adam?? Beritau aku, apa istemewanya cucu cicit adam sehingga aku kene sembah adam?? Katakan padaku!!!!!!!!!katakan padaku!!!!

Hantukiller: keistemewaannya (manusia).... Allah dah janjikan manusia ni senang, mudah(dalam beribadah), boleh bunuh jin, boleh hapuskan azazil, boleh menguasai dunia ( alam haiwan, tumbuhan dan teknology dll)

Azazil:
Tapi mengapa manusia tidak sujud pada Allah??

Hantukiller: manusia sujud, aku juga sujud, tapi manusia dihasud , ditipu oleh kamu dan anak cucucicit kamu

Azazil:
Itu janjiku pada Allah

Hantukiller: ye, manusia enggan sujud sebab kamu dan anak cucucicit kamu yang mengacau. Kamu menyalahkan manusia sedangkan ia datangnya dari kamu.

Azazil:
Kerana Allah telah berfirman “ jika manusia bersujud kepadaku, mengerjakan apa yg aku suruh, aku (azazil) tidak akan sudi masuk kedalam badannya, aku tidak akan melakukan kejahatan, aku tidak akan duduk didalam tubuhnya.... kecuali ada manusia yang menyuruh aku(sihir)....

Hantukiller: Ok, budak ni(yg dirasuk) selalu sujud, tapi ko masih masuk kedalam badannya, kenapa??

Azazil:
Aku disuruh oleh manusia, manusia yang jahat, yang terpedaya dengan ilmu, ilmu bodohhh!!!!! Kenapa aku kene sujud pada manusia???

Hantukiller: tu ko tak leh tanya manusia, ko tanyalah Allah!!!!(sebab Allah yg mengarahkannya sujud)

Azazil:
Kenapa manusia tidak seperti aku? Manusia banyak diberi kelebihan duduk dimuka bumi ini, dulu aku duduk dimuka bumi ini sebelum aku diangkat kesyurga, kerana dulu aku sentiasa sujud pada Allah, tapi kamu manusia, adakah kamu sujud pada Allah???

HANTUKILLER’S: ya, ya, kami sujud, kami sujud!!!(solat)

Azazil:
Itu kata kamu, bagaimana manusia yang lain lain??

Hantukiller: ramai yang sujud, ramai lagi manusia yang sujud!!

Azazil:
Aku ingin menyampaikan kepada kamu, agar kamu tau akan dunia aku

HANTUKILLER’S: Terimakasih banyaklah, bukan aku tak tau tentang dunia ko, dalam blog aku pun aku dah cerita tentang dunia ko

Azazil:
Aku makan api!!

Hantukiller: ade ke makan api.... hehehe

Azazil:
Kamu lihat, kamu lihat!, manusia yang ingin mengubatkan manusia membakar kemenyan, memanggil aku, apakah itu tidak salah???

Hantukiller: benar, ye itu memang aku akui, memang itu salah, bukan aku!!

Azazil:
Jika dibandingkan 1/1000 (perawat), hanya 1 menggunakan jalan Allah( dalam merawat), namun 1000 tidak menggunakan jalan Allah, membakar kemenyan, tahukah asap itu memanggil aku? Memanggil kaum cucucicitku, tahukah kamu??

Hantukiller: itu aku tahu, sebab tu aku dah tegur banyak kali dalam forum, dalam internet, aku dah terangkan pada ramai...

Azazil:
Mengapa mereka tak percaya????

Hantukiller: pasal kamu yang menghasud!!!, anak cucu cicit kamu dah ada pada mereka kan???, sebab kamu juga kan??? Anak cucu cicit kamu yang datang pada mereka kan???(tampa disedari)

Azazil:
Jika kamu betul hatinya ikhlas pada Allah, aku tidak akan masuk kedalam mereka, cucucicit aku tidak akan masuk kedalam mereka!!

Hantukiller: ye, ok..... 1 daripada 1000, yang 1000 tu tak leh sujud pada Allah(ikhlas) sebab kamu yang menghasud mereka, ko dah kuasai mereka... betul kan??? Anak cucu cicitko dah kuasai mereka, betul kan???

Azazil: jika mereka adanya iman, adanya ikhlas melakukan ibadah, aku tidak akan masuk kedalam mereka, begitu juga kaum keturunan ku, kaum kerabatku(jin jenis lain iblis, jin, hantu dan dewa)
Kamu kene ingat, bersujudlah kamu kepada Allah. Dimana aku dulu sujud 8000 tahun, aku diangkat naik hingga langit ke 7, tidakkah kamu ingin menjadi seperti aku sebelum aku dimurkai Allah?
Hanya 1, kerana tak mau sujud pada adam, aku dimurkai Allah, dihalau daripada syurga, menjadi imam kepada malaikat, tidakkah kamu tau????

Hantukiller: tu bukan ko, tu ketua ko tadi.... ko hanya menyampaikan apa yang dia ingin sampaikan, kan????

Azazil:
Aku menyampaikan apa yang ingin aku sampaikan, aku mau ko manusia mengkaji, memahami....

Hantukiller: aku tau, aku faham, sebab tu aku telah sampaikan dimana mana(tentang betapa perlunya ikhlas dalam setiap ibadah, jika berpeluang) untuk menyelamatkan manusia(sebenarnya bukan tugas akupun)

Azazil:
Hanya ada 2 jenis jin, jin kafir dan jin islam.... ada 2 jenis jin islam, jin yang taat dan jin yang tak taat

Hantukiller: Jin yg soleh(taat) macamana???

Azazil:
Bila nabi Muhammad mengalunkan dan membaca AlQuran, aku mengikuti setiap bait bait AlQuran, jika kamu melaungkan azan, aku akan melaungkan azan......
Dulu kamu dengan aku(umat islam terdahulu), tidak jauh berbeza, malah aku lebih mulia daripada kamu,jika dibandingkan manusia, tapi hanya 1 kesalahanku(tidak sujud pada adam), aku dibuang dari syurga, aku dijadikan makhluk yang keji, yang buruk, yang hodoh( rupa azazil : berkepala lonjong, tubuh spt manusia tapi bersayap, telinga kecil, kulit seluruh tubuh hitam legam menggerutu, sangat hodoh dan tiada tanduk)
Sampaikan kepada kaum cucucicitMU, sebagaimana aku menyampaikan kepada kaum cucucicitku, aku tidak akan mengganggu manusia jika manusia tidak memanggil aku, mohonlah pada Allah, sujudlah pada Allah... aku tidak akan mengganggu manusia, aku tidak akan masuk manusia....
Malaikat menyampaikan kepada manusia(ilham) hanya dengan masuk dalam mimpi pada manusia, masuk dalam tubuh manusia, begitu juga aku, jika aku ingin sampaikan kepada kaummu, aku akan merasuk dalam badan manusia, bawa iman mereka jauhhhh
Kamu(manusia) terlalu banyak kelebihan, alam kamu terlalu banyak kelebihan tapi kamu tidak gunakan( guna teknology maklumat, tv internet, buku dll), seperti aku, hanya bercakap sesamaku, hanya itu yang mampu aku lakukan, tapi kamu!!!!!!!!!(alam jin hanya boleh berbual sesama mereka, tiada teknology canggih spt manusia)
Menyampaikan firman Allah, adakah kamu kamu gunakan kelebihan yang Allah berikan kepada kamu? Tidak, tidak!

Hantukiller: InshaAllah kami akan gunakan untuk masa akan datang

Azazil:
Macamana ingin aku sampaikan dimana alam malaikat, nabi????

Hantukiller: mana aku tau, aku bodoh sangat

Azazil:
Belajar!!!, AlQuran diturunkan bukan untuk dilihat, dimana cukup tentang manusia, jin semua ada didalamnya, tahukah kamu???

Hantukiller: itu aku tau

Azazil
Itu kamu, yang lain lain????
Alah pengsan pulak, mati sebelum sempat kene zasst hehe


RASUKAN AZAZIL KE LIMA

Hantukiller: pelik tak, ramai sangat azazil ketua ketua ko mati dirumah aku?

Azazil:
Ketua aku ingin sampaikan, hidup dialam kami, kami membenci adam, kami membenci anak adam, cucu cicit adam. Kami di ajar “ketika nabi adam dicipta, aku ada, aku yg menghasud nabi adam memakan apa yang dilarang oleh Allah”

Hantukiller: apa nama makanan itu?

Azazil: sejenis pokok, sejenis buah!!

Hantukiller: Apa nama buah itu

Azazil: Apa?

Hantukiller: durian????

Azazil:
Bodohh!!!!!!, menjadi halkom kaum lelaki kamu. Menjadi buah dada kaum wanita
Kamu nyatakan kepadaku, kamu nyatakan kepada ku. Kamu nyatakan kepadaku!!!!!!!!!

Hantukiller: apa????

Azazil:
Apa istimewanya manusia? Biar kami mendapat jawapan, sehingga kini kami tidak tau kenapa kami dikehendaki sujud pada adam, mengapa kami perlu sujud pada kamu
Apa kamu nak tau tentang kami?

Hantukiller: sekarang kamu mengakulah bahawa banyak ketua kamu telah mati, betul?

Azazil: yaaaaaaaaa!!!!!!!!!

Hantukiller: dan azazil bukan seekor

Azazil: bukannnnnnn

Hantukiller: azazil banyak

Azazil: banyakkkkkkkkkkk

Hantukiller: itu yang penting sekali aku nak tau dari ko

Azazil:
Aku ingin nyatakan kepada kamu, azazil, jika ingin mencipta 1 azazil(beranak), 1 hari boleh mencipta berjuta juta azazil hanya dengan bersentuh lelaki dan perempuan boleh menjadi tak sampai 1 saat boleh menjadi 1 azazil, beribu azazil.....
Iblis, ifrit, Cuma bergesel kanan dan kiri paha lalu mencipta 33 ifrit, kamu kalikan, kamu dharabkan dengan apapun dimukabumi ini, tidak akan dapat samakan dengan apa yang ada didunia ini dengan kami, kamu terlalu kecil(jumlahnya) dibandingkan kaum kerabatku..

Hantukiller: ok, Iblis sekali beranak berapa ekor???? 70,000 ekor, betul????

Azazil: betul, terlalu banyak!!

Hantukiller: Azazil pulak?

Azazil: Azazil pulak tidak terkira, dalam 1 saat sekalipun, jika azazil bersentuh lelaki dengan perempuan, boleh menghasilkan berjuta juta azazil

Hantukiller: Ok, azazil berjuta, ifrit 33, iblis 70,000..... hantu pulak???

Azazil: hantu tidak terkira, banyakkkkkkk

Hantukiller: tidak terkira, tapi lagi banyak dewa kan!!!!!!

Azazil:
Dewa terlalu rendah kastanya, dibawah hujung tapak kaki kami
Dewa ada dimana mana, dimana mana ada dewa, dipokok pokok, dibelantara, dilombong, dihutan rimba.... dimana mana ada dewa(ORB tu dewa la)
Apa lagi yang ingin kamu tau

Hantukiller: sekarang kamu mengakulah bahawa manusia banyak yang lebih hebat daripada kamu

Azazil:
Memang manusia banyak yang hebat, tapi manusia tidak banyak seperti kamu(boleh bunuh jin)....entah apa lagi...rakaman terputus sebab full memory hehe.... kamipun zasst ajelah
Tamatlah perbualan bersama azazil, budak itu pengsan dan kami zasst lagi beramai ramai.... beberapa minit kemudian baru sedar, tapi terlalu sakit kerongkongnya kerana digunakan azazil untuk menjerit.... kesiannnnnnnnnnn
Sekian seadanya..... fikir fikirkan apa yg diperkatakan kami itu....

1 comment:

Unknown said...

Tahyul toyol baca pat satu dah tahu reka cerita