Rawatan islam
Apa dia rawatan islam? Adakah
agama islam diturunkan Allah beserta
pengajaran tentang perawatan pada setiap penyakit yang menyakiti manusia??
Adakah juga nabi nabi kita ada
mengajar bab bab merawat penyakit penyakit samada penyakit zahir atau batin yg
ada pada manusia?
AlQuran :
“Dan Kami turunkan dengan
beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan
rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak
menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan
kerugian jua. Al-isra’ 82
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya
telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan
kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam
dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa
rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
Yunus 57
Dari kedua dua ayat AlQuran ini,
menunjukkan bahawa Al Quran boleh dijadikan ubat penawar, serta menjadi penawar
bagi penyakit penyakit batin.
Ada juga ungkapan mengatakan
bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali tua dan mati….
Persoalannya disini, apakah
setiap penyakit itu boleh diubati dengan ayat ayat AlQuran? Atau adakah ayat
ayat khas tertentu sahaja boleh mengubati penyakit? Jika jawapannya ya, ayat
yang mana surah yang mana untuk sakit yg mana???? Adakah jawapannya???? Adakah
ada dalil soheh atau tak soheh menerangkannya????
AlQuran sebagai penawar penyakit
batin, apa pulak sakit batin tu???? Adakah sakit gangguan jin???? Atau sakit
sakit hati seperti riak, takbur, ujub, sombong dll tu???????
Bila aku keluarkan persoalan
persoalan di atas, agak agak ada tak yg membaca tulisan aku ni boleh memberikan
jawapan yg tepat? Contohnya apakah penawar sakit canser, atau apakah penawar
sakit gila, atau apakah penawar sakit nak kawin dua?????eh, nak kawin 2 tu kira
sakit jugak kan? Hehe
Jika adalah jawapan pada setiap
persoalan aku tu, dengan terperinci, barulah, ni aku punya fikiran la, barulah
boleh dinamakan rawatan islam…
Kalau dilihat, klinik atau pusat
yang menjalankan rawatan islam kat Malaysia nih, rata ratanya menggunakan
pembacaan ayat ayat suci AlQuran dalam perawatannya, bagus, islamik… tapi ianya
hanya untuk rawatan penyakit penyakit misteri sahaja, penyakit tak misteri tak
de…. Kalau adapun pakai boh jek, ikut suka dia, sesuai ke tidak sapa peduli?
Pesakit peduli??? Pesakit pun tak peduli sebab tak reti, perawat yg reti pun
Cuma reti membacanya, atau dengar dengar untuk reti lepas tu cuba cuba…. Cuba
cuba jek tu, kan???? Atau tohmahan aku salah???? Eh tohmahan la pulak… hehehe,
apa la aku melalut nih….
Jadik, mana yang dinamakan
rawatan islam sebenarnya??? Takkan setakat baca ruqyah je dah dikira rawatan
islam???? Abis, perawatan yg dipelopori oleh Ibnu Sina tu bukan islam ka????
Adakah rawatan yg hanya menggunakan bahan alami dan hanya berdoa dengan bahasa
sendiri kepada tuhan semesta alam(Allah) tu tak termasuk rawatan islam?
Bagaimana pulak pada rawatan yang
juga menggunakan ruqyah(jampi AlQuran), tapi dilakukan oleh perawat kampong
yang sambil sambil tu dibaca jugak mentera atau guna pulak bahan bahan yg sah
sah memanggil makhluk ghaib untuk membantunya mengubat? Islam jugak kan? Cuma
islam campur aduk… hehe
Bagaimana pulak bagi rawatan yang
tak panggil jin, tak baca ruqyah, tak guna bahan alami tapi hanya doa, doa doa
pada Allah, sambil zikrullah dlm hati yg tak langsung didengari oleh semua
orang disekelilingnya???? Tak islam jugak kan rawatan sebegitu, sebab tak de
bunyi baca AlQuran, tak bunyi zikirnya dan tak de sijil?????
Pada akulah, asal jek perawat tu
beragama islam, dan dia merawat pun minta tolong dari tuhan yang satu iaitu
Allah, samada guna bahan alami atau tidak, tak kiralah dia dibantu jin ke(tanpa disedari
atau disedari), minta izin pada roh roh nabi ke(biasanya nabi ilias, nabi
hidir, entah nabi mana lagi tak ingat,
minta bantuan rijalulghaib ke, minta bantuan manusia ke…..minta bantuan
malaikat ke….. masih dinamakan rawatan islam walau berbeza tahap keislaman dan
keimanannya…. Eh betul ke fikiran aku nih???? Entah…..
Kalau sah sah orangnya bukan
islam, seru pulak terang terang panggil mambang ke dewa ke…hehe, tu jelas la
bukan rawatan islam…
Tapi kalau rawatan hantu….
??????????????????? hehehe ada ke??? Ada kottt hehehe
No comments:
Post a Comment