ASSALAMUALAIKUM

Salam kepada pembaca budiman


Dalam Blog aku ni kebanyakkannya adalah hasil dari buah fikiran aku dan berdasarkan pengalaman merawat pesakit..


Makin lama berkecimpung sebagai perawat, makin banyak pengalaman dan pelbagai kes berat yang dihadapi... dan hasilnya aku luahkan dalam blog ni.. tapi... banyak yang tak dapat diceritakan terutama kaedah rawatan dan pengalaman....



CERITA CERITI RAWATAN ADA DLM BLOG
HTTP://DARULHANTU.BLOGSPOT.COM


sesiapa nak MP3 zikir download sini : http://www.mediafire.com/?6otvepamultvvoe

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.



وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنِ ابْنِ عَجْلاَنَ، حَدَّثَنِي صَيْفِيٌّ، عَنْ أَبِي السَّائِبِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ سَمِعْتُهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ هَذِهِ الْعَوَامِرِ فَلْيُؤْذِنْهُ ثَلاَثًا فَإِنْ بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ ‏"‏ ‏.‏

There is a group of jinns in Medina who accepted Islam, so he who would see anything from these occupants should warn him three times; and if he appears after that, he should kill him for he is a satan.



Sekiranga ada sesiapa yg bermasaalah gangguan jin syaitan tak kira sihir atau saka dll, dan ingin mencuba rawatan yg tiada belas kesian pada golongan jin, iaitu pembunuhan jin syaitan tersebut, sila hadirkan diri kealamat terpampang dikanan bawah......

Sunday, August 18, 2013

AL QURAN HANYA PERINGATAN





Zaman sekarang manusia banyak lebih percaya pada kehebatan Ayat ayat AlQuran tertentu, kononnya boleh buat pendinding, boleh buat lembut hati, boleh buat orang suka kita, boleh buat orang sayang, boleh buat orang hormat, boleh buat orang sembuh, boleh buat orang sihat, boleh buat orang kuat, boleh buat halau jin, boleh buat hapus sihir, boleh buat ubat penyakit, boleh buat rezeki tampah tambah, boleh boleh itu ini dan sebagainya, persoalannya, betul ke????????????
Contoh:
Amal surah wakeah 1000x dlm seminggu sambil puasa mutih nyireh untuk kaya raya…
Amal surah yassin boleh dapat macam macam
Amal surah yusuf boleh cantek seperti nabi yusuf
Amal beberapa ayat awal surah Taha, boleh lembutkan hati anak
Amal ayat 9 & 10 surah yasin boleh tutup pandangan dan macam macam punya lah banyak…. Banyak buku buku penerangan tentang kelebihan ayat tertentu tu…antaranya… ah malas lah tulis, kang kene saman… hehe… aku tulis ni pun aku pasti ramai sangat yang sentap nih… ampun ya ibu, ya bapak bapak… gua ni sengaja menulis ikut pandangan gue aja, jangan dimarahin… ya ampunin saja… hehe

Pengajaran dari AlQuran ditolak tepi, tapi bacaan AlQuran dilakukan hanya semata mata inginkan kelebihannya..

Masing masing pun ada sandarannya, tapi kene ingat, kalau sandarannya tu kontra dengan AlQuran, tentunya sandaran tu tertolak sama sekali, kerana kemungkinan besar hanya cerita atas cerita atas cerita atas cerita bukan ajaran nabi atau senang cakap, nabi tak suruh buat, atau nabi memang tak buat, Cuma  konon ada yg cerita cerita yang kononnya nabi ada buat… hadis kan tak terpelihara, senang sangat dipusing, direka reka, di balik balik untuk menyesatkan manusia….

Ali Imran 007
Dialah yang menurunkan kepada mu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Qur'an. Sebahagian besar dari Al-Qur'an itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata ma'nanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Qur'an. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat  “mutasyaabihaat” (yang samar- samar , tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecederungan kearah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Qur'an untuk mencari fitnah dan mencari-cari Ta'wilnya (memutarkan maksudnya menurut yang di sukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Ta'wilnya  (tafsir maksudnya yang benar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata : "Kami beriman kepadanya ,  semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami". Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran .
Al A’raf 02
(Al-Quran ini) sebuah kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan kepada orang yang beriman.
Al-An’am 90
Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka. Katakanlah: Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya.
Al-An’am 92
Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummulqura" (Mekah) serta orang-orang yang tinggal di sekelilingnya dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya.
Yusuf 104
Padahal engkau tidak meminta kepada mereka sebarang upah tentang ajaran Al-Quran, sedang Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan dan pengajaran dari Allah bagi umat manusia seluruhnya.
Thaha 113
Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab dan kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia seluruhnya) bertakwa atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan dari faedah mereka.
Al;Furqan  1
Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.

Shad 01Saad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran.

Shad 87
Al-Quran tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam.
Asy-shura 07
Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummulqura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka.
Al-Qamar 17
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
Al-Qamar 32
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
Qalam 52
Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.
Al Muddasir 54
Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
At Takwir 27
Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam.
Al-Isra’ 82
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
Yunus 57
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Fusshilat 44
Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).

Daripada petikan petikan ayat Quran di atas, Nampak tak, umat islam kat rantau sini kini jauh dah lari dari ajaran sebenar yang Allah ajarkan dari AlQuran.

Kelebihan yg ada pada Quran Cuma apa???? Peringatan peringatan peringatan!!!! Pengajaran, amaran, pada seluruh penduduk alam, Tak de kuasa tersendiri!!! Tak de kelebihan tertentu yang dipastikan  kecuali  berkat dan sedikit untuk ubat penyakit batin seperti sombong, riak, takbur tu(penyakit penyakit hati)….dan untuk beberapa penyakit zahir tertentu sahaja….

Oleh kerana Allah ada beritau, AlQuran tu ada berkatnya, tentulah ada berkatnya, Oleh kerana Allah ada beritau, AlQuran itu sebagai penawar penyakit, tentu ada ada penawarnya, Oleh kerana Allah  banyak kali beritau AlQuran itu TIDAK LAIN HANYALAH PERINGATAN, tentulah ini tujuan utama ayat Quran diturunkan untuk dipelajari, diamalkan apa yang diajarkannya, difahami apa maksudnya….itu yang utama.

Bila Allah kata untuk peringatan sekelian penduduk alam, tentulah juga untuk kaum jin jin, betul tak?

Ini bermakna AlQuran juga untuk dibaca oleh jin jin…. Iaitu jin jin pun memang baca Quran, yg bacalah, macam juga kita manusia, ada yg baca, tapi banyak yang tak baca…. hehe

Ok, berbalik pada persoalan aku yang mula mula tadi “kehebatan Ayat ayat AlQuran tertentu, kononnya boleh buat pendinding, boleh buat lembut hati, boleh buat orang suka kita, boleh buat orang sayang, boleh buat orang hormat, boleh buat orang sembuh, boleh buat orang sihat, boleh buat orang kuat, boleh buat halau jin, boleh buat hapus sihir, boleh buat ubat penyakit, boleh buat rezeki tampah tambah, boleh boleh itu ini dan sebagainya, persoalannya, betul ke?”, daripada ayat ayat Quran tu tadi, banyak tak yg kontra sangat??

AlQuran memang ada rahmatnya, ada kelebihannya, tetapi bukan itu sebenarnya  tujuan sebenar umat islam disuruh membaca AlQuran, melainkan diambil pelajaran dan peringatan. Untuk kegunaan manusia, memang Alquran tu ada kelebihannya, tetapi bukanlah kelebihan itu sama pada setiap manusia yang nak menggunakannya. Contohnya kalau untuk ubat sesuatu penyakit, bukan ada ayat khas tertentu yang sesuai untuk mengubat penyakit yang sama untuk pesakit yang berbeza… tak sama… dan kalau untuk ubat penyakit akibat gangguan jin, ingat, jin pun disuruh Allah untuk baca quran, jadi hanya manusia yang Allah beri keizinan guna ayat quran tertentu untuk mengalahkan jin, baru jin tu kalah… contohnya kalau ada orang kerasukan, ada 10 orang disekelilingnya, suruh lah setiap sorang bacakan ayat qursi pada jin merasuk tu sorang sorang, bukan serentak, tengok apa reaksinya… rata rata tak datangkan apa riaksipun, kecuali diantara mereka tu yg memang Allah dah beri izin sebab dia memang sentiasa membaca ayat qursi tu, barulah jin tu menjerit terbakar bagai….

Kesimpulannya, Alquran tak de kuasa apa apa, tak de power, tak de kekuatan, tak de kelebihan melainkan dibaca oleh orang orang yang Allah dah beri keizinan menggunakannya… so, kalau nak guna Alquran untuk tujuan apapun, jangan anggap ayat tu ada kuasa tersendiri, tetapi mintalah izin Allah untuk menggunakannya terlebih dulu, mintalah Allah beri penyebab dengan bacaan kita tu untuk kita boleh gunakannya untuk apapun tujuan….

Kalau anggap kita baca. Contohnya 4 Qul sapu seluruh tubuh konon diri terpelihara dari gangguan syaitan jin, tanpa minta izin Allah dulu, ini bermakna kita dah menganggap ayat 4 Qul tu ada power… salah tu!!!, ingat!!!, syaitan jin pun biasa baca Quran, ni kita hanya baca 4 Qul nak halang jin kacau kita????? Sah kita tertipu jek….. so yg berlaku ialah jin jin syaitan yg makin menghampiri…. Dan jika kita baca baca untuk tujuan yang ada kaitan dengan orang yang lain seperti kasih sayang, penunduk, dihormati bagai, pastinya kita dah jadi penyihir tanpa kita sedari…

SO, TAK PAYAHLAH BACA BACA AYAT QURAN UNTUK MELARISKAN PRODUCT KITA SEPERTI KOSMETIK LA, MAKANAN LA, MINUMAN LA...DAN MACAM MACAM TU... TU DAH MASUK JUAL AYAT ALLAH DENGAN HARGA YANG MURAH, TAK DE KESAN APAPUNNNNNNNN, MENIPU JE TU.......

No comments: