ASSALAMUALAIKUM

Salam kepada pembaca budiman


Dalam Blog aku ni kebanyakkannya adalah hasil dari buah fikiran aku dan berdasarkan pengalaman merawat pesakit..


Makin lama berkecimpung sebagai perawat, makin banyak pengalaman dan pelbagai kes berat yang dihadapi... dan hasilnya aku luahkan dalam blog ni.. tapi... banyak yang tak dapat diceritakan terutama kaedah rawatan dan pengalaman....



CERITA CERITI RAWATAN ADA DLM BLOG
HTTP://DARULHANTU.BLOGSPOT.COM


sesiapa nak MP3 zikir download sini : http://www.mediafire.com/?6otvepamultvvoe

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.



وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنِ ابْنِ عَجْلاَنَ، حَدَّثَنِي صَيْفِيٌّ، عَنْ أَبِي السَّائِبِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ سَمِعْتُهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ هَذِهِ الْعَوَامِرِ فَلْيُؤْذِنْهُ ثَلاَثًا فَإِنْ بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ ‏"‏ ‏.‏

There is a group of jinns in Medina who accepted Islam, so he who would see anything from these occupants should warn him three times; and if he appears after that, he should kill him for he is a satan.



Sekiranga ada sesiapa yg bermasaalah gangguan jin syaitan tak kira sihir atau saka dll, dan ingin mencuba rawatan yg tiada belas kesian pada golongan jin, iaitu pembunuhan jin syaitan tersebut, sila hadirkan diri kealamat terpampang dikanan bawah......

Monday, August 12, 2013

PERINGATAN



Dari Abu Al ‘Abbas, ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu anhu, ia berkata : Pada suatu hari saya pernah berada di belakang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda : 
"Wahai anak muda, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat : Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjaga kamu. Jagalah Allah, niscaya kamu akan mendapati Dia di hadapanmu. Jika kamu minta, mintalah kepada Allah. Jika kamu minta tolong, mintalah tolong juga kepada Allah. Ketahuilah, sekiranya semua umat berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu keuntungan, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain dari apa yang sudah Allah tetapkan untuk dirimu. Sekiranya mereka pun berkumpul untuk melakukan sesuatu yang membahayakan kamu, niscaya tidak akan membahayakan kamu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu. Segenap pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering." (HR. Tirmidzi


Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.


Tahukah anda bahawa doa seorang yang soleh sangatlah luar biasa kerana ia boleh merobah dunia dan membuka pintu langit. Berapa banyak orang yang pada pandangan kita hidup biasa-biasa dan selekeh lagi tidak mampu bersaing dari segi rupa paras, kedudukan serta pangkat di sisi manusia tetapi ternyata dia menewaskan kita dari segi doa dan malah dekat dengan Allah.

Ada satu cerita di zaman para sahabat tentang seorang manusia bernama Uwais Al-Qarni. Dia seorang yang pandai beribadah dengan Allah. Malahan Baginda Rasulullah sebelum kewafatannya telah berpesan kepada para sahabat supaya mencari Uwais dan pintalah doanya supaya dia mendoakan untuk kamu kerana dia seorang yang mustajab doanya. Maka, sahabat-sahabat pun mulalah mencari-cari Uwais namun belum berjumpa. Dikatakan Uwais ini datangnya dari Suku Qaran di Yaman. Semasa suatu musim haji ketika Umar R.A menjadi Khalifah, terdengarlah olehnya kedatangan satu rombongan suku Qaran dari Yaman yang datang untuk mengerjakan haji. Lalu Umar pun pergi menemui ketua rombongan dan bertanyakan kalau-kalau ada di antara mereka bernama Uwais. Malangnya dijawab, "Tiada ada yang bernama Uwais di kalangan kami. Akan tetapi, cubalah tanyakan budak suruhan kami di belakang sana. Dia menjaga dan memberi makan unta kami. Kayaknya dia bernama Uwais".

Begitu keterasingan Uwais. Hanya suruhan orang dan pengembala unta.Kehadirannya langsung tidak dipeduli malahan namanya juga tidak diketahui orang. Itulah yang dikatakan 'orang-orang yang tersembunyi' di dunia ini yang lebih baik dari separuh penduduk dunia.

Maka, Umar pun pergi menemui Uwais dan bertanya, "Kamukah yang bernama Uwais?". Jawabnya, "Ya, saya bernama Uwais. Ibu saya memberikan saya nama Uwais". Lalu kata Umar, "Kalau begitu, doakanlah untuk aku wahai Uwais". Apa kata Uwais? "Tidak, wahai Amirul Mukminin. Kamu seorang Khalifah. Saya ini apa? Cuma pengembala unta.Saya tidak layak untuk mendoakan kamu." Namun tetap juga didesak oleh Umar. Lalu Uwais pun mengangkat tangan dan berkata, "Allahummagfirli Umar" terus dipeluk oleh Umar, seorang Khalifah yang mulia yang Allah janjikan Syurga untuknya.

No comments: