ASSALAMUALAIKUM

Salam kepada pembaca budiman


Dalam Blog aku ni kebanyakkannya adalah hasil dari buah fikiran aku dan berdasarkan pengalaman merawat pesakit..


Makin lama berkecimpung sebagai perawat, makin banyak pengalaman dan pelbagai kes berat yang dihadapi... dan hasilnya aku luahkan dalam blog ni.. tapi... banyak yang tak dapat diceritakan terutama kaedah rawatan dan pengalaman....



CERITA CERITI RAWATAN ADA DLM BLOG
HTTP://DARULHANTU.BLOGSPOT.COM


sesiapa nak MP3 zikir download sini : http://www.mediafire.com/?6otvepamultvvoe

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.



وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنِ ابْنِ عَجْلاَنَ، حَدَّثَنِي صَيْفِيٌّ، عَنْ أَبِي السَّائِبِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ سَمِعْتُهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ هَذِهِ الْعَوَامِرِ فَلْيُؤْذِنْهُ ثَلاَثًا فَإِنْ بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ ‏"‏ ‏.‏

There is a group of jinns in Medina who accepted Islam, so he who would see anything from these occupants should warn him three times; and if he appears after that, he should kill him for he is a satan.



Sekiranga ada sesiapa yg bermasaalah gangguan jin syaitan tak kira sihir atau saka dll, dan ingin mencuba rawatan yg tiada belas kesian pada golongan jin, iaitu pembunuhan jin syaitan tersebut, sila hadirkan diri kealamat terpampang dikanan bawah......

Monday, August 12, 2013

PERSAUDARAAN SESAMA MUSLIM

ISLAM BERSAUDARA


APA YG DIMAKSUDKAN BERSAUDARA?


Bersaudara dalam islam adalah bersaudara dalam persamaan keimanan, kepada seluruh rukun iman dan rukun islam. Kita semua beriman dengan sesungguhnya bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.


Itu bagi umat Muhammad, bagaimana pula dengan umat islam yg beriman pada nabi nabi sebelumnya dari nabi adam sehingga nabi Ismail? Tidakkah kita juga bersaudara dengan mereka? Jawabnya tentulah bersaudara juga kerana kita juga beiman pada nabi nabi sebelum nabi Muhammad.

Adakah kita tidak bersaudara dengan yg bukan umat islam? Dari segi beragama memang kita tidak bersaudara, tapi dari segi pertalian darah, kita masih bersaudara kerana kita dari keturunan yg sama iaitu Adam dan Hawa, malah ada diantara kita ibu dan anak juga berlainan agama, tapi pertalian darah tetap sama... tak caya sila semak DNA! Warna darah dsb... adakah diantara kita manusia ni darahnya tidak berwarna merah? Hijau ke? Biru ke?Tak de kan! Bila darah tu colour pun dah sama, unsur pun sama, kita tu sama le... so kene le berbaik sesama manusia, bukan yg sama agama je!


MENGAPA PULA DIANTARA KITA ADA YG MENUDUH SESAT SESAMA KITA ?

Sebagai umat islam, tidak sepatutnya kita berpecah belah dan mengkafirkan sesama islam yg lain sedangkan mereka juga islam. Walau kita berlainan mazhab, berlainan fahaman dan kaedah beramal (mengikut mazhab dan aliran), kita semua masih islam dan bersaudara selagi kita berpegang teguh pada kalimah shahadah.

Mengapa memecahbelahkan perpaduan sesama umat hanya atas perkara ranting yg remeh temeh? Atas bisikan siapa? Pastinya atas bisikan syaitan yg bisa membisikkan kejahatan dihati kita...

Mengapa sewenang wenang ada diantara kita menuduh aliran dan mazhab yg tak sealiran dengan kita sebagai sesat? Ada yg menuduh fahaman wahabi sesat, ada yg menuduh fahaman syiah sesat, ada yg menuduh aliran tarikat sesat, ada yg menuduh yg tak sama pati dengannya sebagai sesat, ada yg menuduh aliran beragama yg lain seperti tabligh, kumpulan kumpulan zikir dll sebagai sesat dan banyak lagi tuduhan tuduhan menjurus menuduh aliran yg tak selari dengan kita sebagai sesat, mengapa? Siapa kita? Iman dan taqwa bolehkah dilihat dengan matakasar? So yg tau siapa yg sebenarnya sesat dan munafik hanya Allah.. dialah pengadil yg seadil adilnya...

Oleh yg demikian, sebagai umat islam, kita harus bersatu dalam memperjuangkan agama yg suci murni ini, kita harus sama berganding bahu dan ingat mengingati sesama kita kemana arah tujuan kita yg sebenarnya.. lupakan sengketa dan perbalahan yg merugikan kerana seleuruh umat islam adalah bersaudara. Jangan sesekali mengkafirkan dan menuduh sesama umat islam sebagai sesat kerana yg menuduh akan mendapat balik apa yg dituduh! Kalau kita menuduh sesaorang sebagai sesat, maka kitalah yg sesat sebenarnya!

Bagi pihak berkuasa agama pula, amat bagus memantau seluruh perjalanan beragama umaat islam, sentiasa memantau dan terus memperbetulkan jika terdapat kesilapan, perbaiki kelemahan mereka dengan nasihat yg baik dan bertimbangrasa.. jika terdapat sesuatu kumpulan yg disyaki menyimpang dari landasan agama, cepat cepat memperbetulkan mereka dengan berhemah dan memberi tunjukajar yg berkesan, bukan terus buat tangkapan kerana nakkan popular kerana masuk akhbar atau media elektronik, kerana itu akan lebih menjurus kepada perpecahan sesama umat. Yg paling penting jangan hanya mendengar tohmahan dan tuduhan dari pihak ketiga atas kesesatan sesuatu perkumpulan, siasat sendiri dengan bersemuka dan meninjau sendiri apakah tohmahan tersebut hanya berupa fitnah atau yang sebenar benarnya kesesatan.

Banyak sangat kejadian kesesatan dalam beragama (dari segi syariatnya) hanya digempur setelah ia menjadi besar dan berakar umbi..... kalau nak memadam api, padamlah sejak ia kecil, jangan tunggu rumah dah hangus baru sibuk nak memadamnya, dah terlambat..... yg penting pastikan umat islam seluruhnya selamat dari segala anasir jahat terutama hasil bisikan syaitan....

Ada kumpulan kumpulan yg ingin mendekati dan menghampiri Allah dengan kaedah yg lain dari yg kita biasa buat seperti berkhalwat( bersuluk) dll yg melupakan dunia buat sementara demi mencari Allah, adakah golongan seperti ini sesat????? Inilah yg perlu dikaji dan dikaji dengan keimanan dan ketulusan....

ADAKAH JIN ISLAM JUGA SAUDARA KITA?

Jin jin asal kejadiannya dari lidah api, sedangkan kita manusia dari tanah , tentulah amat berbeza asal kejadian kita ini, Walaupun jin dan manusia dijadikan oleh Allah semata mata untuk beribadah kepada Allah, kejadian kita amat berbeda, kita mempunyai jasad kasar, manakala mereka berjasad halus, roh kita juga tak sama dengan roh mereka walaupun puncanya sama dari Nur Allah. Alam kita juga tak sama dengan alam mereka,

Jin jin yg islam, walau betapa warak dan tinggi keimanan mereka, mereka tetap dari golongan jin yg asal kejadiannya tak sama dengan kita. Oleh itu Jin walaupun mereka tu islam, mereka bukan saudara kita... Ada hadis lebih kurang begini” setiap orang islam itu bersaudara” , dari hadis tersebut adakah termasuk dari golongan jin islam? Adakah ‘orang bunian’ itu boleh dimasukkan sebagai orang walau mereka mempunyai perwatakan yg hampir sama dengan manusia??? Jawabnya tentulah tidak, sebab ‘Orang” yg dimaksudkan pada hadis tersebut hanya pada manusia... so jin islam bukan saudara manusia yg islam....

Janganlah beranggapan selepas ini jin islam itu bersaudara dengan kita, kelak dikalangan mereka mendekat pada kita yg mengganggapnya saudara, takut seterusnya menjadi dampingan...yg akan menjurus kepada kejahatan juga, walaupun asalnya bertopengkan kebaikan....

MENGAPA ISLAM DIGELAR PENGGANAS

Adakah benar islam menggalakkan keganasan? Siapa yg ganas sebenarnya? Sekiranya sesaorang islam yg ditindas mengganas akibat ditindas, adakah itu juga keganasan?

Seseekor binatang buas akan menjadi ganas ketika ia mencari makanan, tetapi ada juga binatang yg tak buas seperti lembu atau kambing menjadi ganas akibat diusik atau terasa diancam... bagaimana pula dengan manusia? Adakah memang ada jenis manusia yg memang buas dan sentiasa ganas? Ataukah semua manusia ini hanya menjadi buas dan ganas akibat faktor ancaman dan tekanan???? Fikir fikirkan....... (ada manusia memang buas... nafsunya!!!) hehehe

Sebagai orang islam yg telah diajar dengan kesucian agama islam, tindakan keganasan sesama manusia dan makhluk yg lain(kecuali jin) tanpa sebab adalah dilarang malah ada balasannya di akhirat nanti... jangan merosakkan keharmonian dan kesejahteraan sesama manusia tak kira apa agama mereka, kkita semua manusia masih juga bersaudara kerana asal keturunan yg sama...adam dan hawa... so mengapa harus ada keganasan, penindasan (bagi yg mampu menindas seperti pihak yg ada kuasa tak kira apa kuasanya).... contohnya kalau kita meletupkan diri hanya semata mata nak membalas dendam pada musuh seperti yg kerap berlaku diiraq dan afganistan sedangkan yg mati ialah orang orang islam itu sendiri yg tak terlibatpun... apa hukumnya???? Adakah itu juga dinamakan jihad??? Jawabnya tentulah tidak, malah dia boleh digelar pembunuh!
ALI IMRAN 103 :
"Dan berpengan teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan jangalah kamu becerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersepadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikialan Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat pertunjuk dan hidayahNya. "



Al Hujurat 9-13 (PERINGATAN PADA ORANG BERIMAN, JANGAN BERMUSUHAN, JANGAN BERSANGKA BURUK DLL)

9. Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

10. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

11.Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

12.Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

13.Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

No comments: