ASSALAMUALAIKUM

Salam kepada pembaca budiman


Dalam Blog aku ni kebanyakkannya adalah hasil dari buah fikiran aku dan berdasarkan pengalaman merawat pesakit..


Makin lama berkecimpung sebagai perawat, makin banyak pengalaman dan pelbagai kes berat yang dihadapi... dan hasilnya aku luahkan dalam blog ni.. tapi... banyak yang tak dapat diceritakan terutama kaedah rawatan dan pengalaman....



CERITA CERITI RAWATAN ADA DLM BLOG
HTTP://DARULHANTU.BLOGSPOT.COM


sesiapa nak MP3 zikir download sini : http://www.mediafire.com/?6otvepamultvvoe

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.



وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنِ ابْنِ عَجْلاَنَ، حَدَّثَنِي صَيْفِيٌّ، عَنْ أَبِي السَّائِبِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ سَمِعْتُهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ هَذِهِ الْعَوَامِرِ فَلْيُؤْذِنْهُ ثَلاَثًا فَإِنْ بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ ‏"‏ ‏.‏

There is a group of jinns in Medina who accepted Islam, so he who would see anything from these occupants should warn him three times; and if he appears after that, he should kill him for he is a satan.



Sekiranga ada sesiapa yg bermasaalah gangguan jin syaitan tak kira sihir atau saka dll, dan ingin mencuba rawatan yg tiada belas kesian pada golongan jin, iaitu pembunuhan jin syaitan tersebut, sila hadirkan diri kealamat terpampang dikanan bawah......

Monday, August 12, 2013

AL QURAN TU JELAS DAN TERANG MAKSUDNYA...COPY


_______________________

Bukti2 bahawa Quran itu Jelas dan Terang. Ini terjemahan
ayat2 Allah dalam Quran. Kalau tak percaya dgn ayat2 Allah ini,
taktau la nak percaya ayat mana lagi? Tanyalah diri sendiri.
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; 
(Al-Baqarah 2:2) 
Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik. 
(Al-Baqarah 2:99) 
(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. 
(A-li'Imraan 3:138)
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. 
(An-Nisaa' 4:82)
Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. 
(An-Nisaa' 4:136)
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). 
(An-Nisaa' 4:174)
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)", mereka menjawab: "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya". Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk? 
(Al-Maaidah 5:104)
Dan mereka pula melarang orang ramai dari mendengar Al-Quran dan mereka juga menjauhkan diri daripadanya, padahal mereka (dengan perbuatan yang demikian) hanyalah membinasakan diri sendiri (dengan bala bencana dan azab yang disediakan untuk mereka di dunia dan di akhirat kelak), sedang mereka tidak menyedarinya. 
(Al-An'aam 6:26)
Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat. 
(Al-An'aam 6:155)
Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman. 
(Al-A'raaf 7:52)
Alif, Laam Raa' ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh. 
(Yunus 10:1)
Alif, Laam, Raa'. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. 
(Hud 11:1) 
Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. 
(Yusuf 12:1) 
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. 
(Yusuf 12:2)
Padahal engkau tidak meminta kepada mereka sebarang upah tentang ajaran Al-Quran, sedang Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan dan pengajaran dari Allah bagi umat manusia seluruhnya. 
(Yusuf 12:104)
Alif, Laam, Miim, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran); dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman. 
(Ar-Ra'd 13:1)


45.6 (Al-Jatsiah ayat 6)
Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?

http://www.quransmessage.com/images/welcom4.jpg


"These are the verses of God that We recite to you with truth. Then in what 'Hadith' (statement / narrative) after God and His 'Ayat' (verses) will they believe?"

(Quran: 45:6)


Zaman ini, banyak orang kita suka sangat membaca hadith, dan quote hadith itu dan ini. Ada yg quote dari celah mana pun kita taktau. Orang penulis buku pun dikatanya hadith. Asal perkataan dia start dgn "Riwayat At-Termizi, Rasulullah telah berkata..." terus percaya ianya hadith. Padahal sapa2 pun boleh tulis hadith ini. 

Dan perkataan Hadith ini bermaksud "narration" atau "cerita". Maknanya cerita orang sipulan sipulan terdengar sahabat nabi terdengar Nabi berkata begini dan begini.

Namun, ramai lebih suka depend pada hadith2 Sahih. Namun, hadith Sahih pun ada kandungan yg agak pelik, dan agak tak masuk akal.. seperti ada hadith dimana Nabi suruh bunuh anjing2 sebagainya. 

Ini mmg tak masuk akal sebenarnya kerana Allah melarang kita membunuh makhlukNya. Nyawa semua makhluk Allah adalah milik Allah. Lain lah musuh2  Islam yang mana nak perang dengan kita ugut kita supaya tinggalkan Islam, maka barulah kita boleh berjihad memerangi mereka.

Dan banyak lagi hadith lain yg kononnya Sahih, tapi kandungannya mmg bertentangan dengan ajaran Quran.

Allah sendiri telah bagi warning dalam Al Quran... supaya membaca dan belajar  tentang Islam dari Quran itu sendiri. Bukannya dari Hadith dsb. Kerana Allah telah berjanji menjaga Quran (dgn meletakkannya di dalam Lauh Mahfuz), tetapi tiada pula Allah berjanji menjaga hadith2.

Allah juga suruh kita ikut Quran dan Rasul (Sunnah). Tapi itulah misconception  yg berlaku - iaitu Hadith itu bukan Sunnah. Sunnah ialah perbuatan Nabi yg boleh diikuti sekiranya Nabi itu masih hidup. Tapi bila Nabi telah wafat, maka  berbaliklah kita pada Al Quranul Karim!


"These are the verses of Allah which We recite to you in truth. Then in what
  hadith after Allah and His verses will they believe?"

Ramai juga kalangan bijakpandai mempercayai hadis melebihi batasan, Allah banyak kali kata Al Quran tu hanya peringatan, maksudnya tak de apapun kuasa!!!!, tapi golongan bijakpandai ni guna hadis pulak untuk menyatakan ayat ayat Quran ada kelebihan tertentu yg pasti pulak tu..... tu yg banyak amalkan ayat pendinding dsb....


No comments: