IKTIBAR
Al-a’raf
27
Wahai anak-anak Adam! Janganlah
kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan ibubapa kamu
dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk
memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutup).
Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan kamu tidak dapat
melihat mereka. Sesungguhnya kami telah mnejadikan Syaitan-syaitan itu teman
rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
28
Dan (orang-orang yang tidak
beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka
berkata: "Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah
perintahkan kami mengerjakannya". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang
keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak
mengetahuinya?".
29
Katakanlah: "Tuhanku
menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu)
hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali
mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu
kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana ia telah menjadikan kamu pada
mulanya, (demikaian pula) kamu akan kembali (kepadaaNya).
Apakah iktibar dari ayat ayat
diatas???
Syaitan telah Berjaya membisikkan
tipudaya pada ibubapa pertama kita, Adam dan Hawa sehingga mereka dikeluarkan
dari syurga.
Apakah kita masih suka terus terusan ditipudaya oleh syaitan?Syaitan sentiasa membisikkan agar kita melakukan segala perbuatan yang keji, tidak mahu berlaku adil, dan sentiasa memalingkan muka dan hati daripada menghadap kepada Allah dengan seikhlas hati.
Allah menyuruh kita mengikhlaskan segala amal hanya kepadaNYA semata mata….
Macamana nak mengikhlaskan segala
amal hanya kepadaNYA semata mata????? Walhal
setiap amal kita dah diberitau akan ganjaran yang bakal diperolehi jika
melakukannya????? Bolehkah kita ikhlas sedangkan ganjaran itu yang menjadi
tumpuan atau tujuan utama dalam beribadah????? Bolehkah???
Apakah yang dimaksudkan ikhlas
dalam beribadah? Jika kita masih terdetik sedikit riak pun, luput ikhlas
tersebut, inikan pula kalau dari awal beribadah tu kita dah target akan
ganjarannya???tentunya jauh dari ikhlas bukan???
Ikhlas beribadah ialah ibadah
yang dilakukan sejujurnya ibadah, iaitu jika bersolat, sejujurnya bersolat
untuk menundukkan diri bersolat dan bersujud pada Allah dengan penuh tawadduk.
Jika berpuasa, sejujurnya puasa untuk merendahkan diri untuk menikmati rahmat makanan kurniaan Allah, jika berzikir,
berzikirlah dengan sejujurnya ingatan dan pujian pada Allah…
Ambillah iktibar dari Ayat Alquran tersebut, syaitan sebolehnya menjauhkan diri kita dari ikhlas, supaya semua anak cucu Adam ini terus terusan terkeluar dari syurga, sebagaimana Adam dan Hawa terkeluar dulu. Sebab walaupun kita beribadah, tetapi tiada keikhlasan, pastinya tiada satupun yang bakal diterima Allah, walaupun terlalu banyak amalan kita, jika tanpa keikhlasan, di Padang Makhsyar nanti, semasa timbangan amal perbuatan dibuat, rata rata amalan tersebut dilontar semula ke muka kita ibarat dilontar kain buruk! Sebab kain buruk tak diperlukan, kotor…. Mahukah kita yang segala amalan kita pun di lakukan sedemikian oleh Allah nanti???
Ingat, Larangan Allah pada nabi
Adam dan Hawa dilanggar hanya disebabkan oleh bisikan syaitan(iblis) pada
mereka, dan bisikan syaitan tetap ada pada kita semua, sebab kita takkan
terlepas dari bisikan syaitan(jin yg jahat terutama jin Qarin) kecuali kita
telah mencapai makam ikhlas… so carilak ikhlas, kerana orang yang
ikhlas(mukhlisin) sahaja yang jin syaitan takkan mampu menewaskan dan
membisikkan kejahatan…..
Ambil juga iktibar yang bahawa
jika melanggar arahan Allah, seperti adam dan hawa yg telah menghampiri pokok
larangan, Azazil yg enggan sujud pada Adam, Al-hin yg merosakkan alam mereka,
Kisah umat umat nabi nabi yg telah
dibinasakan terdahulu akibat kemungkaran dan kerosakkan dimuka bumi, tentunya azab Allah amat berat, dan yang Allah
nyatakan banyak kali dalam Al Quran, beribadahlah seikhlas mungkin hanya kerana
Allah, bukan kerana diri sendiri….itulah Arahan Allah pada kita…. Hanya ibadah
yang sebenar benarnya ikhlas yang diterima Allah…
Banyak lagi arahan Allah pada kita didalam AlQuran tu…. Banyakkkkkk…. Berbuat baik sesama manusia, jangan sesekali melakukan kejahatan….
An-nisa’ 125
“Dan tidak ada yang lebih baik
agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas),
sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan dan dia pula mengikut agama Nabi
Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah
menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.”
No comments:
Post a Comment