PERJALANAN ROH
Al Hijr 29
Kemudian apabila Aku
sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari Ku maka hendaklah
kamu sujud kepadanya.
AL Isra’ 85
Dan mereka bertanya kepadamu
tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak
diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.
Maryam 17
Kemudian Mariam membuat
dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh
dari kami lalu dia menyamar diri
kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.
Al Anbia 91
Dan (sebutkanlah peristiwa)
perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya; lalu Kami tiupkan
padanya dari Roh Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya sebagai satu tanda (yang
menunjukkan kekuasaan Kami) bagi umat manusia.
As Sajadah 09
Kemudian Dia menyempurnakan
kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan
kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu
bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
Al Wakeah 83
Maka alangkah eloknya kalau
semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya;
Al Wakeah 87
Kamu kembalikan roh itu
(kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar?
At Tahrim 12
Dan juga (satu misal
perbandingan lagi, iaitu): Mariam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan)
yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki;
tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan
Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami dan
(sekalipun Mariam itu hidup di antara kaum kafir) dia mengakui kebenaran
Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya dan dia menjadi dari orang-orang
yang tetap taat.
Al Qiamah 26
Sedarlah (janganlah
mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak
mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
Al Maidah 110
(Ingatlah) ketika Allah
berfirman: Wahai Isa Ibni Mariam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu,
ketika Aku menguatkanmu dengan Rohulqudus, iaitu engkau dapat berkata-kata
dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa dan
(ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca dan hikmat pengetahuan,
khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari
tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya,
lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinku dan (ingatlah ketika) engkau
menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinku dan (ingatlah) ketika
engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu dan (ingatlah) ketika
Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada
mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang yang
kafir di antara mereka berkata: Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata.
Al Baqarah 87
Dan sesungguhnya Kami telah
memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat dan Kami iringi kemudian daripadanya
dengan beberapa orang Rasul dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Mariam
beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Rohulqudus . Maka
patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu
(kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong
takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan
sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?
Az Zumar 42
Allah (Yang Menguasai
Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya,
jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati:
Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya
dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang
ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang
membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).
Al Isra’ 84
Katakanlah (wahai Muhammad):
Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu
lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya.
An-nisa’ 97
Sesungguhnya orang-orang yang
diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri
(kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir
musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: Apakah yang kamu telah
lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang
yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi Allah itu luas,
yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka orang-orang yang
sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam dan Neraka
Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
An-Nahl 111
(Allah akan mengampunkan
dosa-dosa mereka itu pada hari kiamat), hari tiap-tiap diri datang membela
dirinya semata-mata dan tiap-tiap diri disempurnakan balasan apa yang dia telah
kerjakan (samada baik atau jahat), sedang mereka tidak akan dianiaya sedikit
pun.
Al A’raf 54
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah
Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa (hari), lalu bersemayam
di atas 'Arasy; Ia melindungi malam dengan siang dengan meningiringinya dengan
deras (silih berganti), dan (Ia pula menciptakan) matahari dengan bulan serta
bintang-bintang, (semuanya)
tunduk kepada perintahNya.
Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makluk) dan
urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian
alam.
Setiap Roh dicipta oleh
Allah dari Nur iaitu cahayaNYA. Adapun makhluk lain yg dijadikan dari
NurAllah(cahaya Allah) adalah seperti jasad para malaikat, Agama Islam, Ilmu
pengetahuan, Kitab kitab Allah seperti Alquran dll, ilham, serta hidayah Allah(iman). Syurga, neraka,
alam roh, alam barzakh, padang makhsyar juga dijadikan dari NurAllah. Tidak
berjisim dan hanya dalam bentuk cahaya.
Adapun NurMuhammad adalah
NurAllah juga, cumanya NurMuhammad adalah cahaya yg menjadi asas kepada
kejadian yg dapat dilihat atau dirasa, berjasad atau berjisim seperti langit
dan bumi, jasad manusia, jasad jin dan segala makhluk bernyawa atau hidup. Atau
apa saja yg dapat dirasa, dilihat, dihidu, dinikmati sewenang wenangnya. Cahaya
api atau mentol juga dari Nur Muhammad kerana ianya ujud dari jisim api atau
mentol itu. Apa saja yg dicipta dari NURMUHAMMAD boleh hancur dan musnah
sebaliknya yg dari NurAllah, rata rata kekal abadi….
Setiap yg hidup atau yg
bernyawa ada rohnya kecuali malaikat. Malaikat itu sendiri adalah
roh(rohulkudus), cahayaAllah sepenuhnya. Tumbuhan ada roh, binatang ada roh,
virus ada roh, kuman pun ada roh…. Jin juga ada roh, tetapi jasadnya dari lidah
api, manakala kita ada roh sedangkan jasad kita dari tanah yg diadun.
Baiklah, kita bincangkan bab
roh manusia sahaja… tapi janganlah dijadikan sandaran, sebab ianya hanya
penulisan aku yg tak jelas juga sandarannya….hanya coretan….
Seperti dalil dalil yg
dinyatakan di atas sana, rata rata mengatakan disempurnakan jasad, kemudian
ditiupkan roh dariKU…. Kenapa Allah
beritau, roh itu dariNYA??? Sebabnya ialah ciptaan Roh kita itu adalah dari
cahaya(NUR) Allah itu sendiri.
Alam Roh
Tak pasti mana yg Allah
cipta dahulu, samada langit dan bumi, atau para malaikat, atau roh roh… tapi yg
aku ketahui atau pelajari, Roh kita ni pun Allah cipta awal awal lagi dan
ditempatkan kat alam roh manusia. Alam roh yg lain ikut jenis jasad
merekalah….rohnya pun ikut alam mereka sendiri… kalau roh pokok, ye alam roh
pokok, kalau roh jin, ye alam roh jin, kalau virus, ye rohnya dialam roh
virus…. Cuma kejadian jasad manusia je Allah cipta terkemudian dari jasad jin, jasad
al hin bagai… dan mungkin ada juga alam roh makhluk lain yg bakal Allah
ciptakan selepas Allah binasakan kita ni semua, siapa tau kan!!!! Kuasa dan
perancangan Allah jua…..
Roh tidak berupa, tidak
berwajah, tapi hanya seperti butiran cahaya….
Semua roh roh yg dipertanggungjawabkan semasa didunia seperti roh manusia, roh jin-jin, roh Al Hin dll adalah kekal abadi, ada permulaan tiada pengakhiran, kerana ada balasan semasa kehidupan didunia. Bagaimanapun bagi roh roh yg tak dipertanggungjawabkan seperti roh jin jin dari golongan yg tak berakal seperti hantu dan dewa, rohnya akan terhapus begitu saja ketika mereka mati, bagitu juga roh tumbuhan, haiwan, serangga dan apapun hidupan lainnya… akan musnah ketika kematian.
Alam Roh manusia…. Biasalah
roh pun berbeza beza darjatnya, roh para nabi dan rasul, para wali ye dah awal
awal lagi Allah dah bezakan dengan roh manusia biasa lainnya, takkan sama….
Tapi setiap roh di alam roh adalah suci murni, bersih dari segala dosa, terang
benderang cahayanya…. Kesemua Roh roh di alam roh sentiasa berzikir memuji
Allah ….. jumlahnya terlalu banyak tak terkira…. Dan Roh manusia ini jauh lebih kuatnya jika dibandingkan jin kerana
kehebatan cahaya Allah pada roh manusia itu sendiri.
Alam kandungan dan alam tubuh
Dari air mani sehingga jasad sesaorang cukup sifat iaitu selama 120 hari, akan secara automatic satu roh dari alam roh akan memasuki jasad tersebut, tidak berebut, dan tidak ada dua atau tiganya, hanya satu roh untuk satu jasad… amat pelik aturan Allah ini, hebat sangatttt… dan roh tersebut akan menghuni jasad…. Bergantung pada kekuatan jasad… samada sihat atau sakit dsb…. Jika tak sihat, mungkin tak sampai dilahirkanpun roh dah terpisah dari jasad(mati)… ada yg waktu kelahiran, waktu bayi, waktu kanak kanak, waktu remaja, waktu bujang dan dara, waktu dewasa atau waktu tua….ada juga roh terpisah masa jasad terlalu tua hingga nyanyuk….kerana ajal maut ditentukan oleh yg maha Esa… Ada juga roh roh yg dah ditentukan oleh Allah akan jasadnya, seperti roh para nabi dan rasul dan para wali Allah….
Baginda Rasullullah SAW (cukup famous hadis ini):
" Dari Abu Abdul Rahman,Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami,sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : 'Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itupula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari.Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dandiperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya,celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selaindaripadaNya, sesungguhnya seseorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalanahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehastasahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir )sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamneraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahlineraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tibadia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahlisyurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "
Semasa roh suci dari alam
roh ni memasuki jasad manusia, ianya adalah suci murni, gilang gemilang cahayanya, dan
jika siibu yg mengandungkan jasad baby tersebut mempunyai gangguan jin
ditubuhnya, jin jin tersebut berapa banyakpun takkan mampu mengganggu roh suci
yg ada pada jasad bayi itu… Roh didalam jasad adalah sebagai penyebab hidupnya
jasad tersebut, tanpa adanya roh, jasad tidak akan bernyawa… Nyawa adalah lain
perkataan hidup bagi yg bernyawa, tetapi bagi kenderaan contohnya, tak
dipanggil bernyawa jika enjinnya dihidupkan.
Setelah dilahirkan kedunia,
roh hanya mengikut kehendak jasadnya, manakala cahaya roh yg terang benderang
tadi mula pudar dan terus pudar bergantung sangat pada siibu bapa bayi tersebut
akan zikrullah mereka…. Jika si ibubapa sentiasa berzikrullah, kehebatan cahaya si anak akan kekal lama
malah boleh bertambah, kerana makanan roh adalah zikrullah….zikrullah ibubapa
boleh member kesan pada roh si anak anak….
Mengikut kebiasaan roh pada
jasad baby manusia melayu ni, roh mereka akan pudar terus ketika mereka berumur
5 tahun keatas, tika ini, jin syaitan sudah boleh memasuki tubuh mereka samada
menyakitkan atau membisikkan kejahatan…. Sebelum umur 5 tahun itu, jika ada jin
ingin mengacau merekapun, hanya dari luaran, tak boleh menguasai tubuh….
Roh didalam jasad manusia
adalah satu, tetapi roh boleh juga berpecah kepada beberapa bahagian malah
sebahagiannya boleh dikuasai oleh jin atau orang lain yg berniat jahat malah
boleh dikunci ditempat lain, bagaimanapun roh yg dikunci itu hanya bahagian roh
yg bukan utama, iaitu roh utama adalah tetap dalam jasad…. Sama seperti kita
tidur… roh boleh melayang kemana mana, siap boleh berjumpa roh roh lain atau
berjumpa roh para nabi atau para wali atau para setan juga…
Az Zumar 42
Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan
memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa
matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia
menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang
lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum
yang berfikir (untuk memahaminya).
Makanan roh adalah
zikrullah, bagi orang orang yg sentiasa zikrullah, rohnya adalah sihat, gemuk
dan amat bercahaya terutama jika zikirnya ikhlas semata mata kerana Allah.
Tetapi bagi yg kurang zikirnya, roh akan lemah dan terus melemah. Jika
sesaorang telah diganggu oleh syaitan jin, biasanya walaupun mereka banyak
zikirnya, cahaya rohnya tetap melemah sehinggalah jin jin syaitan tersebut
dihapuskan sama sekali oleh perawat. Ini kerana zikir orang yg tubuhnya ada jin syaitan,
pastinya bisikan syaitan tersebut mampu mengubah niat amalannya, lantas keikhlasan
amat sukar didapati sehingga cahaya zikir tidak diperolehi. Setiap sebutan
zikir adalah cahaya(NurAllah). Bagaimanapun cahaya ini biasanya tak sampai
pada Allah kerana factor niat kita yg selalunya tak jujur dalam berzikir…tak ikhlas
Jika jasad melakukan
perbuatan dosa, jahat walau apapun kejahatan, ia akan menggelapkan cahaya roh
tersebut secara mendadak.
Ada juga roh roh dalam jasad
yg sentiasa terpelihara, Allah yg pelihara, seperti roh para nabi dan rasul, roh
para walinya dan roh roh manusia yg Allah pilih untuk Allah pelihara, malah
tubuh mereka inipun penuh dengan cahaya, akibat terangnya cahaya roh tersebut…,
tubuh mereka secara hakikatnya dipenuhi dengan kalimah kalimah Allah…dan mereka
ini maksum…sehingga setelah kematian pun, roh mereka boleh turun kebumi;
Al Qadar 4
Pada Malam itu, turun malaikat dan roh dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Al Qadar 4
Pada Malam itu, turun malaikat dan roh dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Bagi manusia yg walaupun
tidak diganggu jin, tapi sibuk nak berkawan dengan jin, nak bersaudara dengan
jin islam ke semasa hidupnya, pastinya roh mereka juga melemah akibat pengaruh
jin jin tersebut. Dan biasanya roh mereka akan dikawal oleh jin jin tersebut.
Kesimpulannya, kekuatan roh
manusia di dalam jasad adalah amat bergantung pada perlakuan jasad itu sendiri,
jika jasad sibuk nak enjoy, nak jadi kafir, nak kawan dengan jin, nak hidup
senang lenang didunia, nak bergembira sentiasa tanpa memberi makanan roh itu
sendiri(berzikir), akibatnya roh mereka itu akan melemah dan terus melemah hingga hampir hilang
cahayanya….
Tetapi jika jasad sibuk
mendekatkan diri pada Allah, dengan banyak bersolat malam, membaca AlQuran, dan
yg paling utama dia sentiasa mengingati Allah dengan lidah dan hatinya iaitu
ketika duduk, ketika berbaring, ketika berdiri dan ketika berjalan siang dan
malam, inshaAllah cahaya rohnya akan terang benderang sehingga ditakuti oleh
segala jin syaitan….
Kehidupan didunialah yg
mencorakkan keadaan roh, iaitu semasa hidup terutama selepas kematian...
Ketika kematian,
Ketika menjelang kematian,
roh akan keluar dari tubuh menghala ke ubun ubun, sebab tu ada dalil mengatakan
ketika roh sampai dikerongkong… Roh di dalam tubuh bukanlah ada tempat khas,
sebab roh hanya bentuk cahaya, tapi ia berpusat di jantung kita….dan meliputi
seluruh tubuh..
Ketika kematian, tidak
semestinya malaikat pencabut nyawa yg mencabut roh tersebut dari tubuh,
kebiasaannya roh itu keluar sendiri kerana organ jasad dah tak berfungsi, ada
kala roh masih dalam jasadpun, tapi segala organ dah mati, tak berfungsi, tetap nyawa dah tak
ada.
Bagi golongan manusia yg
baik baik, yg sentiasa beramal yg ikhlas
semata mata kerana Allah, kebiasaannya
ketika kematian telah hadir beberapa malaikat terutama malaikat izrail dan
isrofil untuk membawa roh ini terus ke alam barzakh Manusia. Bagi kematian orang
yg baik walaupun tak beramal ataupun amalnya tak ikhlas tapi semasa
hidupnya tidak bersekongkol dengan jin jin, malaikat malaikat tadi tidak serta merta mengambil roh mereka
untuk dimasukkan ke alam barzakh, ada sedikit tempoh.. begitulah… lagi kurang
amalnya, lagi bertempoh mereka dimasukkan kealam barzakh sehingga selewat
lewatnya 100 hari….. jika lebih 100 hari pun malaikat tak masukkan roh itu ke alam
barzakh, biasanya roh tersebut dikira sebagai roh jahat, gelap cahayanya, tergantung tidak bertempat dan digelar
gentayangan dalam bahasa indon…
Roh yg tergantung ini pun
ada kategorinya, bukan semuanya sama…. Yg sangat jahat seperti ahli sihir ke,
firaun ke, atau sapa sapa yg masa hidupnya sangat jahat, rohnya sangat gelap
dan akan terus tergantung… bagi roh yg jahat tapi tak berapa jahat, masih ada
peluang masuk ke alam barzakh bergantung pada doa ahli keluarganya dan harta
bendanya untuk dinafkahkan pada yg layak…
Katalah ada yg terhutang zakat di dunia sebanyak 10k, dan ada hartanya yg
banyak lalu ahli keluarganya menafkahkan bagi pihaknya, roh ini akan terlepas
jua ke alam barzakh tu… 10k tu banyak la, kekadang hutang zakat,atau hutang
lainnya, asal namanya hutang, roh akan tergantung, kecuali jika dilunaskan oleh
ahli keluarganya…. Tetapi hutang yg lebih berat, seperti hutang hartatanah
iaitu contohnya mengalih batu sempadan rumah/tanah, hutang puasa, hutang darah
akibat membunuh atau memfitnah, mensihir, hanya akan terlepas rohnya ke alam
barzakh sesuai dengan nilai hutang tersebut…mungkin jejak ratus ribu, siapa
tahu….kan…
Hadis nabi:
روى
أبو هريرة رضى الله عنه قال " قال رسول الله صلى الله عليه وسلم نفس المؤمن
معلقة بدينه حتى يقضى
Abu Hurairah r.a meriwayatkan, bahawa rasulullah s.a.w bersabda: ruh orang beriman itu tergantung kerana hutangnya sehinggalah ia diselesaikan.
- hadis
diriwayatkan oleh imam at-tirmizi dan ibn majah, dengan sanad yang sahih atau
hasan menurut imam an-nawawi. Kata imam at-tirmizi ianya hadis hasan.
Hadis tu untuk orang beriman, bagi yg kafir pulak, tentunya lagi teruk kan???
Al Mukminun 099
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia).
1
100
Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)..
Hadis tu untuk orang beriman, bagi yg kafir pulak, tentunya lagi teruk kan???
Al Mukminun 099
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia).
1
100
Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)..
Bagi roh orang yg masa
hidupnya asik nak berkawan dengan jin, tentunya rohnya pun dikawal oleh jin jin
tersebut. Setelah kematian, rohnya itu akan dimasukkan ke alam barzakh jin,
bukan alam barzakh manusia….Jin pun ada alam barzakhnya sendiri…. Lain dari
alam barzakh manusia….
Ingat, roh, malaikat, ilmu,
AlQuran, Nur Hidayah, Agama islam, atau apa saja yg Allah cipta dari NUR ALLAH,
akan terus hidup sampai bila bila tapi hidupnya taklah bernyawa seperti
hidupnya tika ada tubuh dan jasad…. Dan akan ada balasan syurga dan neraka…
Roh di Alam barzakh
Bagi roh roh yg dapat masuk
ke alam barzakh, hanya dalam bentuk cahaya, tidak berupa, ada kehidupan mereka sendiri, iaitu kehidupan di alam kubur@barzakh, tak
seperti kehidupan masa berjasad. Keadaannya bergolongan atau berperingkat
sepertinya syurga yg berperingkat… golongan roh yg sangat baik tentunya
walaupun belum sampai hari pertimbangan amal, roh ini dah ditempatkan ditempat
istimewa kerana cahayanya yg berkilauan gilang gemilang, begitulah seterusnya hingga yg paling
bawah dimana rohnya yg malap bersama roh yg malap lainnya… roh di alam barzakh tak
perlu makan minum disana, akan terus hidup…. Dan tidak ada lagi zikir untuk
mereka membolehkan cahaya roh itu terang kembali..terlambat dahhhhhhh….yg boleh
tolong hanya doa anak yg soleh, harta yg dinafkahkan, dan ilmu yg bermenafaat…..roh
ini kekal dialam barzakh sehinggalah hari perhitungan amal baik dan buruk
dipadang Makhsyar nanti….
Roh roh yg baik di alam barzakh dan roh suci yg berada di alam roh boleh turun kebumi semula...
Pada Malam itu, turun malaikat dan roh dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);Al Qadar 4
Dipadang makhsyar pula, dipanggil bermulanya alam akhirat, (hari kebangkitan) kita akan dibangkitkan, tapi kebangkitan roh tidak akan bersama jasad, sebab jasad dan dunia atau bumi hancur dah, tak de tanah tanah dah, padang ini hanya dalam bentuk cahaya, dan roh roh kita juga dalam bentuk cahaya, tetapi kebangkitan kita kali ini akan menyebabkan roh kita menyerupa jasad kita masa hidup didunia dulu, roh ini akan ditimbang segala amalan baik dan buruknya semasa hidup di dunia. Kemudian akan melalui proses perjalanan sirotol mustakim.... nasib la, syurga ke neraka ke tempat kita....
"(Setelah mereka melihat dan memerhatikan makhluk-makhluk yang Kami ciptakan itu) maka adakah Kami telah lemah dengan ciptaan yang pertama itu (sehingga Kami tidak dapat mengadakannya semula? Tidak! Dan merekapun tidak mengingkari kekuasaan Kami). Bahkan mereka berada dalam keadaan keliru dan ragu-ragu tentang ciptaan makhluk-makhluk (hidup semula) dalam bentuk yang baru". Qaf 15
Roh roh yg baik di alam barzakh dan roh suci yg berada di alam roh boleh turun kebumi semula...
Pada Malam itu, turun malaikat dan roh dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);Al Qadar 4
Dipadang makhsyar pula, dipanggil bermulanya alam akhirat, (hari kebangkitan) kita akan dibangkitkan, tapi kebangkitan roh tidak akan bersama jasad, sebab jasad dan dunia atau bumi hancur dah, tak de tanah tanah dah, padang ini hanya dalam bentuk cahaya, dan roh roh kita juga dalam bentuk cahaya, tetapi kebangkitan kita kali ini akan menyebabkan roh kita menyerupa jasad kita masa hidup didunia dulu, roh ini akan ditimbang segala amalan baik dan buruknya semasa hidup di dunia. Kemudian akan melalui proses perjalanan sirotol mustakim.... nasib la, syurga ke neraka ke tempat kita....
"(Setelah mereka melihat dan memerhatikan makhluk-makhluk yang Kami ciptakan itu) maka adakah Kami telah lemah dengan ciptaan yang pertama itu (sehingga Kami tidak dapat mengadakannya semula? Tidak! Dan merekapun tidak mengingkari kekuasaan Kami). Bahkan mereka berada dalam keadaan keliru dan ragu-ragu tentang ciptaan makhluk-makhluk (hidup semula) dalam bentuk yang baru". Qaf 15
Kalau masuk syurga, ingat,
roh yg dah masuk alam barzakhpun belum tentu dapat masuk syurga, apa lagi roh
yg tergantung tu, lagi jauhhhhhhhhh dari syurga.. ye kalau masuk syurga la,
gambarannya Allah dah jelaskan banyak kali terutama dalam surah Al Wakeah tu…
baca ye…. Hehe, tapi kalau masuk neraka, roh ni takkan binasa, kekal
di dalamnya, kene siksa terus menerus, sakittttttttttttttttttttttttt tuuuuuuuu
“Pada hari ROH dan para malaikat berdiri berbaris-baris, mereka sekalian tidak berkata-kata …” (An-Naba’ : 38)
Apapun ini semua perancangan
Allah jua, dia yg mentadbir sekelian makhluk, terserahlah DIA nak buat apapun….. dan hanya Allah yg lebih mengetahui kebenaran coretan aku ini....
Waulohuaklam…..
kalau salah coretan aku nih,
sila betulkan ye, jangan hanya tegur tapi tak beri pembetulan…. Hehehe
Tom : 14 Ogos 2013
No comments:
Post a Comment