Hampir semua orang didampingi jin, samada jin islam atau kafir, juga tak
kira apa pun taraf sesaorang, jin akan sentiasa menghampiri bertujuan
untuk mengacau atau menyesatkan. Kalau dampingan saka atau dampingan
sebab menuntut sesuatu ilmu, tujuan baik jin tu biasanya untuk
sementara, tetapi pada jangkamasa panjang dia akan membuat kerosakan
terutama pada keturunan. Ulama atau nabi sekalipun ada jin mendampingi
yg disebut Jin Qarin, apa lagi macam kita manusia biasa ni.
Kalau ada jin yg suka pada kita, baik minta dia jauhkan diri dari kita,
jangkamasa panjang merosakkan juga walau islampun mereka..
Ni ada 1 kisah, lebih kurang 3 tahun yg lepas (tahun 2006)... manusia
didampingi jin islam!! Aku ada merawat sorang budak pompuan, tingkatan 3
masa tu... dipendekkan cerita... setelah aku bunuh jin jin saka dan
sihir sebelum tu, masuk lagi jin lain, jin islam pulak... aku tanya laaa
apa pasal ko pulak masuk? dia kata saja suka sebab dia tengok aku dah
bunuh banyak jin sebelum tu... aku cakap lagi, ko ni dari dekat dekat
sini je kan... ye, lat(selang) 1 rumah je, katanya... kebetulan rumah yg
dimaksudkan tu rumah kawan aku juga, pak sedara pulak dgn budak tu,
duduk pulak kat sebelah aku masa tu! so terkejutlah dia... so aku tanya
jin tu, kenapa pulak ko berada kat rumah dia, kan aku pernah clearkan
tumah tu dulu? jin tu kata alah, sambil tangan dia tunjuk member aku tu,
dia tu yg panggil aku!!!
Terkejut member aku tu sebab dia tak pernah panggil jin pun malah dia
adalah ahli zikir dan sorang yg kuat Tabligh! Member tu sergah jin tu,
bila masa aku panggil ko? jin tu kata selalu, tiap kali ko baca (zikir)
ko baca salah, jadi alam jin (jin islam) seolah diseru untuk berkumpul
dirumah ko, beribu-ribu tu jumlah kawan kawan aku, kata jin tu lagi!
Setiap kali ko baca datang 10-20 ekor begitu seterusnya...
Aku tanya balik member tu, ko baca apa kat rumah? dia kata biasa je
zikir zikir tu, aku cakap balik, ada ni ko baca lain ni.. baru dia cakap
dia amal 1 potong ayat AlQuran tu, ayat lazim yg selalu orang baca.
Pelik kan?
Ya pelik sebab baca ayat AQ pun jin boleh berkumpul cam tu banyaknya!
nak tau apa sebab sebenarnya? Haha Sebab dia baca bukan ikhlas kerana
Allah tapi baca agar diberi perlindungan Allah! tu yg aura bacaan bukan
berwarna putih...yg memanggil jin kononnya untuk melindungi mamat ni
huhu.
So aku suruhlah jin islam tu keluar, tapi dia tak nak, aku ugut kalau ko
degil, segala kawan ko tu (yg kat rumah member aku tu) aku hapuskan?
dia kata peduli apa aku.. ko nak bunuh bunuhlah! so aku rembat kat rumah
tu, banyak ge yg lari bertempiaran sebab tak dikepung! tapi dapat ge
aku habiskan! sebab kalau tak abis, leh masuk menggantikan yg kat dlm
badan budak tu!
Bila dah abis tu, aku pun bunuhlah jin kat badan budak tu..... settle 1 cerita
Kesimpulannya disini, walau kita berzikir apapun, tapi niatnya bukan
kerana Allah iaitu kerana diri kita sendiri seperti perlindungan,
keselamatan, kesihatan, rezeki, penyeri dll, akan menghasilkan aura yg
memanggil jin (JIN islam) dan ingat walau jin islam sekalipun mereka,
jin tetap jin.... Jahat tu!
7 comments:
Jangan bunuh jin sewenang2nya, haram.
Bunuh yg zalim / degil saja.
Kenal pasti yg rasuk tu ruh jahat/jin.
Ruh jahat (minyak dagu, anak kerak) jasadnya dah alami mati dan kebal/tak boleh mati (mati sekali saja). Jadi buang saja ke penjara 'tasik pauh jangi'.
Jika jin kafir, Islamkan dan hantar ke kg jin2 islam di mekah. Saka jin org2 islam selalunya mudah terima hidayah masuk islam. Jika degil, tangkap buang. Masalah, jin tu balik rasuk pesakit terutama jin ifrit/hantu raya. Solusi, hantar ke penjara.
Jangan botolkan jin dan buang. Bila botol pecah, jin tu balik rasuk pesakit.
Jika jin islam/dah diislamkan hantar ke pesentren jin di mekah.
Perawat jangan zalim, bunuh jin2 sewenang2nya
Ni cerita nyata atau cerita buat2 ni..mcm main2 saja..
Hye sahabat Nur. Setiap makhluk didunia ini akan menuntut hak atas kematian mereka. Mana yg zalim kita hapuskan. Pulangkan ketempat asal mereka jika tidak.
Hye sahabat Nur. Setiap makhluk didunia ini akan menuntut hak atas kematian mereka. Mana yg zalim kita hapuskan. Pulangkan ketempat asal mereka jika tidak.
Hye sahabat Nur. Setiap makhluk didunia ini akan menuntut hak atas kematian mereka. Mana yg zalim kita hapuskan. Pulangkan ketempat asal mereka jika tidak.
Hiii .... buat kamu yang suka BOLA, yuk mari gabung di fans__bett__ing ^_^
Komunitas sepak bola terbesar di indonesia :) 5.E.E.8.0.A.F.E | banyak kejutan menanti | fans | :)
Post a Comment