ALQURAN
SEBAGAI PENAWAR?
Kebanyakkan product tersebut
adalah sebagai pengawal penyakit yg dihidapi, contohnya bagai pesakit kencing
manis, ubat ubatan yg ada dipasa
Setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali sakit tua dan mati
Bagaimanapun banyak lagi
penyakit penyakit didunia ini masih belum dijumpai ubatnya, mengapa?Banyak kes
kes penyakit zahir utama seperti barah, buah pinggang, darah tinggi dan kencing
manis masih lum ada penawarnya
boleh dikatakan sebagai yg sebenar nya penawar sedangkan ia adalah penyakit
utama dan hampir semua manusia terdedah padanya!
Ini bermakna kita sebagai
manusia berkewajipan dengan fardu kifayah untuk mencari penawar penyakit
penyakit tersebut. Itu lum lagi kes kes penyakit yg sukar dikesan seperti
hilangnya nafsu shahwat pada pasangan, penyakit aids, penyakit tidak mampu mengadakan zuriat dll.....
Walaupun banyak product
dipasaran yg claim boleh menyembuhkan penyakit penyakit tersebut, benarkah seperti yg diclaim itu? Atau hanya
satu andaian.... katalah dah diuji dan dicuba pada manusia, katalah yg
menggunakannya 100 orang, katalah yg sembuh sebenar benarnya hanya tak sampai
20 orang, bolehkah ia dikira sebagai ubat yg paling sesuai dengan penyakit
tersebut? Tentulah tidak bukan!
Kencing manis
ran walaupun pengeluarnya dan penjualnya claim
boleh menyembuhkan, tapi bila berhenti dari pengambilan ubat tersebut, penyakit
hadir semula, so adakah itu ubat atau hanya sebagai pengawal gula(mengambilalih
tugas pankreas)? Pada akulah, kalau nak claim sebagai ubat, guna lah pada sukatan
tertentu, pada masa tertentu untuk tempoh tertentu, bila dah capai tempoh dan
syarat tersebut, berhenti dan pastikan kencing manis tersebut dah hilang terus,
barulah boleh diclaim sebagai ubat!!!! Maaf ye kalau ada yg terasa... ini hanya
pandangan peribadi!!! Kebanyakkannya
ubat itu hanya sebagai pengganti insulin yg mengawal gula dalam darah, bukan
merawat punca mengapa kegagalan sistem tubuh tersebut berlaku! Kencing manis
bukan hanya disebabkan kegagalan pankereas sahaja, banyak lagi organ dalaman
tubuh tu yg bersama bertindak dlm penyerapan gula tersebut!
Darah
Tinggi
Penyakit ini pun banyak
melata... dari dulu dah ada, kalau pergi kedokter, ubat yg diberi hanya ubat
merendahkan tekanan darah... bila dah rendah, dikira dah ok, walhal sipesakit
itu darahnya tetap tinggi terus terusan, hanya turun jika makan ubat, tak makan
je, naik balik!
Ubat ubatan dipasaran pun
lebih kurang je macam tu, rendah bila dimakan, ada tekanan perasaan sikit
akibat tension ke, sibuk sangat ke, anak bising ke, darah terus naik mendadak!
Mana yg dinamakan ubat sebenar??? Mana perginya ahli ahli professional dlm
berubatan kita? Mengapa hanya dan terlalu bergantung pada ubatan luar?????
Buah Pinggang
Ada ke ubat yg bole
memperbaiki buah pinggang sebelum ia rosak atau rosak teruk? Bila pergi dokter
biasanya kes dah teruk, buah pinggang dah kecut, boleh ke diubat lagi? Kene
ganti je lah jawabnya! Yg tak mampu kene
dialisis saban minggu sampai akhir hayat!!
Sakit sakit lain pun cam tu
juga, hanya pengawal pengawal pengawal! Mana yg dinamakan ubat? Kalau penin
kepala tu makan panadol terus sembuh, tapi air badan kene cukup juga, tu baru
dinamakan ubat! Tapi kalau migrain??? Bukan panadol la ubatnya!
Katalah kebanyakkan penyakit
tu lum jumpa penawar yg sebenarnya penawar, so bagaimana pada ilmuan islam yg
mengatakan AlQuran adalah sebagai shifa’? takkan perawat islam hanya tau halau
jin macam halau ayam je! Ni aku bukanlah nak hina perawat yg mengaku sebagai
perawat islam sangat tu, bukan, Cuma sama nak ingatkan, tugas kamu@kalian belum
selesai! Rawatan akibat gangguan jin pun banyak lagi kaedahnya yg jauh lebih
berkesan dari hanya bergantung pada ayat ayat ruqyah tersebut, so kene
tingkatkan pengetahuan dan kepakaran!!!
UBATAN ALTERNATIF
PENYAKIT ZAHIR-AL QURAN DAN ZIKIR
Bagi pembaca blog aku ni, ni
aku perturunkan sedikit sumbangan, itupun kalau yakin la... untuk ubatan sakit
zahir guna kaedah islam
Sakit kencing manis :
Ayat AlQuran :
surah Al-Munafiqun sekurang kurangnya 601X
Kalau tak suka baca ayat tu,
bolehlah zikir dengan zikir Lahaulawala
quata illabillahil aliyilazim paling kurang pun 300,000x mungkin lagi
banyak kalau sakitnya dah teruk!
Ubat makan herba? Makanla bende benda yg pahit pahit, tapi ni tak
berapa bagus sangat sebab tak menyembuhkan total, nantilah aku cuba buat satu
ubatan herba khas untuk kencing manis ni, tapi bahannya banyak sangat dan amat
sukar dicari pulak tuh! Kalau dapat nanti, ia akan memulihkan semua sistem yg
mengawal pengambilan gula dalam darah termasuk tiriod, perut, hati, pundi hempedu
dan yg penting sekali pankereas... doa doalah aku berhasil mendapatkan bahan
bahannya tu, banyak tu 17 jenis!!!
Darah Tinggi? : tiada surah khusus dlm Alquran untuk ubat penyakit ni,
zikir pun tak de... tapi baca ajelah mana mana ayat pun, zikir lah apa pun,
mana tau Allah kasi sembuh juga, ye tak!
Ubat utama pesakit darah
tinggi ni ialah senangkan hati! Ha,
pelik kan? Senangkan hati ni bergantung
pada individu tersebut, tengok apa minat dia, kalau dengan menyanyi pun leh
senangkan hati, itulah ubatnya, kalau dengan mengaji ALQURAN boleh menyenangkan
hatinya, banyakkan mengaji, kalau memancing tu boleh menyenangkan hatinya,
pergilah dan keraplah memancing! Pilih je la apa yg disukainya...... Susah ke? Senang aje kan..... tapi kalau nak
cuba guna teknik ni, boleh juga, minum air rebusan daun pokok ceri... ambil
daun ceri agak agak 1 periuk kecil, tambah air 3 gelas, dan rebus sampai air tu
tinggal 1/3, minum....buat selalu sampai darah tinggi tu hilang terus!!!
Ubat barah???
Pun tiada yg specifik, bergantung
pada individu terbabit! Tapi kebanyakkannya hanya zikir zikir taubat......... Paling mudah dan amat sesuai pada ramai
orang ialah banyakkan selawat nabi,
target la satu hari paling kurangpun 5000x, buatlah sampai setahun ke, 2 tahun
ke... sampai sembuh sebab biasanya penyakit zahir yg sukar cari ubatnya ni,
selawat la paling ampuh, tapi bukanlah setakat 100x sehari je, tak jalan tu!
Ubat ubat yg lain???? Entah
lah... sebab bergantung pada kesesuaian badan individu itu sendiri... contohnya
kalau 4 orang ada panyakit resdung nak guna rawatan cara zikir, pastinya bukan
zikir yg sama walaupun sakitnya tu sama, ia bergantung pada individu memasing,
contohnya ada yg kene baca 2 ayat akhir surah yassin, ada pula yg kene baca
alfatihah, yg lain pula ada yg kene baca
zikir huruf huruf (alif sampai Ya) malah mungkin org yg terakhir tu kene baca
selawat nabi je.........
UBAT PENYAKIT MISTIK
Adakah benar bacaan Alquran
mampu memulihkan segala penyakit mistik akibat gangguan jin tak kira sumber
sihir, saka atau jin liar?
Kalau aku yg jawab: jawabnya
Ya dan tidak
Kenapa Ya? Jika AlQuran
tersebut mampu dibaca oleh pesakit, dengan jumlah yg banyak contohnya 4x khatam
atau lebih ke, atau boleh membaca satu satu surah spt surah yassin atau Almulk
katalah 600x dan sebagainya, biasanya sipesakit akan sembuh secara perlahan
lahan kerana jin ditubuhnya akan beransur ansur lemah lalu mati bergantung
berapa banyaknya jin tersebut....... Bagaimana pun, bolehkah orang yg ada jin
ditubuhnya mampu membaca Alquran sbanyak itu? Tentunya amat sukar kerana baru
je baca biasanya jin ditubuh dah memberontak yg mengakibatkan sipesakit akan
kesakitan dan rasa tak tentu arah....... logoknya macamana dia nak baca kalau ada gangguan
sebegitu!
Katalah perawat yg merawatnya
mampu mengeluarkan jin ditubuh dan menyuruh sipesakit membaca Alquran seperti
kaedah tersebut, sebenarnya apa yg berlaku ialah bacaan AQ sendiri oleh
sipesakit itu akan menghasilkan aura dalam dirinya sendiri yg boleh menghalang
jin jin lainnya dari memasuki tubuhnya... dan jika pembacaan berterusan akan
menghasilkan kekuatan dalaman(aura) yg mampu menghalang terus dari jin jin
mendekati...... inilah yg dinamakan AlQuran sebagai ubat(shifa).........
Kesan Mendengar CD/MP3
ruqyah.... adakah mampu mengubat??
tentulah tidak!!!! Sebab
perlu dibaca sendiri oleh sipesakit!!! Pendengaran CD/MP3 tu hanya mampu
memberi gelombang disekitar kawasan pendengarannya sahaja, tetapi tidak mampu
menghasilkan aura pada sipendengar/pesakit... so adakah aku bermaksud bahawa
memperdengarkan CD itu sebagai sia sia? Tak juga! Ia mampu menghalau jin, Cuma
tidak mampu memberi kekuatan roh pada diri sipesakit.... Bagaimana pula jika
bacaan tersebut dibaca oleh pak pak ustaz ketika sesi rawatan???
Semasa sesi rawatan islam
berlaku, pak ustaz yg membaca ayat ayat ruqyah tersebut sebenarnya mempunyai
kekuatan dalaman tersendiri tetapi pembacaan tersebut ygnya sebagai alat atau
suiz yg mengeluarkan kekuatan dalaman itu seterusnya mampu membakar/
menyembelih dll jin jin ditubuh pesakit... sebab tu, walau ayat nya sama,
kekuatan dan lagunya sama, tapi dibaca oleh ustaz yg berbeza, kesan pada jin
dalam tubuh pesakit akan berbeza... ada yg kuat ada yg tak berapa kuat
bergantung kesesuaian ayat tersebut pada siperawat/pembacanya...
Kenapa pula tidak??
Sebab banyak juga penyakit
mistik, jinnya tak terkesan langsung dengan bacaan AlQuran dan zikir
zikir........ contohnya jin islam, iblis, azazil dan yg paling liat ROH
GENTAYANGAN....bacalah ayat apapun ,,,,, zikirlah zikir apapun... depa buat
BODOH........
OBAT HATI
Obat hati atau lebih senang difahami sebagai obat jiwa....
Aku teringat 1 lirik lagu nyanyian opick(kalau tak silap)
Obat Hati
Ada 5 perkara
Yg Pertama baca Quran dan maknanya
Yg kedua, solat malam istiqamah
Yg ketiga zikir malam berpanjangan
Kg keempat, perbanyakkan berpuasa
Yg kelima berkumpullah dengan orang soleh..........
Ya benar... obat jiwa yg
utama ialah perbanyakkan membaca AlQuran dan Maknanya@ terjemahannya.......
lebih kita memahami dan mendalami apa kata kata Allah dlm Aq tersebut, makin
baiklah hati kita.............
Pengalaman aku merawat pesakit yg melibatkan penyakit mistik
ni ialah makin rajin sipesakit berzikir dengan apa apa zikir yg aku ajarkan,
makinlah dia cepat sembuhnya.... dan yg selalu aku ajarkan adalah zikir Laillahaillauloh...
tapi kalau akibat sihir, aku kene banyak juga membantu terus terusan sampai
sihir tu berakhir.... kekadang amat penat dan memenatkan.... apa nak buat, dah
tugas!!!
Apa tak penatnya, kalau jin sihir datangnya berduyun duyun
macam kita panjat pokok yg banyak sarang kerengga!! Kerengga terusan menyerang
walaupun dah banyak dibunuh!!!!! Rasa nak terjun pun ada.. hehehe
No comments:
Post a Comment