ASSALAMUALAIKUM

Salam kepada pembaca budiman


Dalam Blog aku ni kebanyakkannya adalah hasil dari buah fikiran aku dan berdasarkan pengalaman merawat pesakit..


Makin lama berkecimpung sebagai perawat, makin banyak pengalaman dan pelbagai kes berat yang dihadapi... dan hasilnya aku luahkan dalam blog ni.. tapi... banyak yang tak dapat diceritakan terutama kaedah rawatan dan pengalaman....



CERITA CERITI RAWATAN ADA DLM BLOG
HTTP://DARULHANTU.BLOGSPOT.COM


sesiapa nak MP3 zikir download sini : http://www.mediafire.com/?6otvepamultvvoe

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.



وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنِ ابْنِ عَجْلاَنَ، حَدَّثَنِي صَيْفِيٌّ، عَنْ أَبِي السَّائِبِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ سَمِعْتُهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ هَذِهِ الْعَوَامِرِ فَلْيُؤْذِنْهُ ثَلاَثًا فَإِنْ بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ ‏"‏ ‏.‏

There is a group of jinns in Medina who accepted Islam, so he who would see anything from these occupants should warn him three times; and if he appears after that, he should kill him for he is a satan.



Sekiranga ada sesiapa yg bermasaalah gangguan jin syaitan tak kira sihir atau saka dll, dan ingin mencuba rawatan yg tiada belas kesian pada golongan jin, iaitu pembunuhan jin syaitan tersebut, sila hadirkan diri kealamat terpampang dikanan bawah......

Wednesday, August 28, 2013

SIAPA BERIMAN ?????

Allah banyak beritau dlm Quran, wahai orang orang yg beriman.....


Soalannya, siapakah orang yg beriman tu??? adakah hanya orang islam???? atau adakah orang lain???


Siapa pula golongan yg tidak beriman????


hehehe.... kaji ye, jangan tak kaji




AL ANKABUT 63
 Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Ucapkanlah (wahai Muhammad): Alhamdulillah (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

AL MAIDAH 69
 Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Saabiin dan orang-orang Nasrani, sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

AL BAQARAH 62
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasaara (Nasrani) dan orang-orang Saabiin, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

ALI IMRAN 110
  Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik dengan mereka. (tetapi) di antara mereka yang beriman, dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.



Al Hujurat 14
"Orang-orang "A'raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "


Islam tu mudah.... mengucap kalimah syahadah jer dah islam... tapi islam yg lengkap ialah yg buat segala rukun islam


Manakala beriman tu susah.... perlu meresap masuk dalam hati.... beriman ialah percaya... lagi dalam iman lagi teguh kepercayaan... lagi kuat pekercayaan pada segala rukun iman.... iman tu bertingkat tingkat lebih 60 atau 70 lebih lapisan.... yg terendah ialah yg sanggup buang rintangan di jalanan, sedangkan orang yg malu tu pun tanda beriman


iman yg tertinggi ialah orang yang mengucapkan kalimah syahadah... LaillahailAllah.... so beruntunglah orang yg mengucapkan kalimah syahadah sepenuh hati dengan lidah dan hati mengesakan ALLah... Tiada Tuhan Selain Allah.

So jangan semudah nya menuduh bukan islam sebagai kafir,   ye!!!!


Dari keterangan di atas, yg percaya pada Allah dan hari akhirat dipanggil beriman walaupun mereka bukan islam............

1 comment:

platun peninjau.. said...

Salam..nice entry...ttg Dari keterangan di atas, yg percaya pada Allah dan hari akhirat dipanggil beriman walaupun mereka bukan islam............

pendapat pribadi saya...Semua Agama dtg dari Allah jua...Keperluan hidup dtg dari kebijaksanaan beragama...Tujuan hidup untuk Selamat bila tiba masa balik kpd Allah ...Ritual agama boleh berbeza beza...tp tujuan dan matlamatnya hanya utk mengesakan Allah..tidak boleh mengadakan sekutu/perantara baginya...Agenda Dajjal(pendusta agama) telah menyesatkan manusia melalui agama yg mana mewujudkan sekutu bg Allah...huhu