KERANA ALLAH
SEMATA MATA
Adakah kita berbuat
kebajikan, kita melakukan kehiduan di dunia, kita menjalankan urusan seharian,
dan yang utama berbuat amalan agama pada setiap
amalan tersebut adalah KERANA ALLAH SEMATA MATA???
Didalam beramal agama seperti bersolat, kenapa kita bersolat
tu???? Kerana tanggung jawab? Kerana disuruh? Kerana berubat? Kerana hajat?
Kerana nak petunjuk? Kerana takut gangguan jin? Kerana takut dosa? Kerana nak
pahala? Kerana nak syurga, Kerana tuntutan agama islam? Kerana tugas? Atau
kerana apa sebenatnya???? Cuba tengok apa niat kita sebenarnya tu…. Jika kita
lakukan amalan bersolat tu atas sebab sebab tu semua, adakah namanya kerana
Allah???
Jawabnya ya!!!!, betul kerana Allah!!!, masih kerana Allah, tetapi
lebih kepada kerana diri sendiri… sebab kita masih berkepentingan untuk diri
kita sendiri akan kelebihan amalan tu. Betul?????
Ikhlas tak amalan tu??? Tentunya amat kurang ikhlasnya,
kurangggggggg sangat. Atau lebih pada tak ikhlas langsung!!!!!
An-Nisa 146
Kecuali orang-orang
yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang
salah) dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan
agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu
ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah
akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.
Az-Zumar 14
Katakanlah lagi: Allah
jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya.
Ghafir 14
Oleh itu maka sembahlah
kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan
syirik), sekalipun orang-orang kafir
tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).
Al- Hajj 31
(Amalkanlah
perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak
mempersekutukan sesuatu pun denganNya dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu
yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar
oleh burung atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang
membinasakan).
Al-Baqarah 139
Katakanlah (wahai
Muhammad): Patutkah kamu (wahai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan
terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya? Padahal Dialah Tuhan
kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah)
amal kamu (kalau diikhlaskan) dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas
kepadaNya.
Al-Ankabut 56
Wahai hamba-hambaKu
yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat);
oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu
ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.
Al-A’raf 29
Katakanlah:
"Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya
kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap
kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama
kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana ia telah menjadikan kamu pada
mulanya, (demikaian pula) kamu akan kembali (kepadaaNya).
Al Isra’ 23
Dan Tuhanmu telah
perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan
hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya
atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah
mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan
santun).
Ghafir 65
Dan Tuhanmu telah
perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan
hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya
atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun
perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,
tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Al-Jin 18
Dan bahawa sesungguhnya
masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru
dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.
Al Jin 20
Katakanlah (wahai
Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata dan
aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun.
Al Insan 09
(Sambil berkata dengan
lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana
Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau
ucapan terima kasih,
Al Kausar 2
Oleh itu, kerjakanlah
sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai
bersyukur).
Saba 46
Katakanlah (wahai
Muhammad): Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara
sahaja, iaitu: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran
kerana Allah semata-mata, samada dengan cara berdua (dengan orang lain) atau
seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk
mengetahui salah benarnya ajaranKu). Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang
menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); dia
hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab
yang berat (di akhirat).
Didalam petikan ayat ayat Quran yang tersebut di atas, ianya
menekankan tentang amalan yang ikhlas kerana Allah, kerana Allah semata mata
iaitu amalan yang dilakukan langsung tanpa sebab untuk diri sendiri, hanya
kerana Allah sahaja, untuk mengabdikan diri ini yg hanya sebagai hamba untuk
tunduk sujud padanya tanpa berharap langsung akan apapun balasan yg bakal
diperolehi. Balasan itu pasti, tapi pedulilah…. Itu hanya hak mutlak Allah…..
tak payah difikirkan langsung, tak payah ditagih tagih, tak payah dikira dan
dihitung…. Beramal beramal dan terus beramal… terutama pujian dan ingatan
padaNYA dengan tulus ikhlas dengan hati dan lidah, sambil baring, sambil duduk,
sambil jalan, sambil berdiri dsb…. Dlm tandas pun masih boleh mengingatinya,
memujinya…..
JIKA NAKKAN KEREDHOAN, ATAU APAPUN PERMOHONAN, DOALAH SEBANYAKNYA TANPA MALU DAN SEGAN, JANGAN JADIKAN IBADAH KITA SEBAGAI SANDARAN UNTUK ATAU AGAR ALLAH KABULKAN PERMINTAAN TU.... SILA BEZAKAN... BERDOA YE BERDOALAH, BERAMAL YE BERAMAL LAH, JANGAN SEKALI KALI BERAMAL UNTUK DIKABULKAN DOA.... TAK IKHLAS NAMANYA TU
JIKA NAKKAN KEREDHOAN, ATAU APAPUN PERMOHONAN, DOALAH SEBANYAKNYA TANPA MALU DAN SEGAN, JANGAN JADIKAN IBADAH KITA SEBAGAI SANDARAN UNTUK ATAU AGAR ALLAH KABULKAN PERMINTAAN TU.... SILA BEZAKAN... BERDOA YE BERDOALAH, BERAMAL YE BERAMAL LAH, JANGAN SEKALI KALI BERAMAL UNTUK DIKABULKAN DOA.... TAK IKHLAS NAMANYA TU
1 comment:
Like....
Post a Comment