NIAT : HURAIAN VERSI HANTUKILLER
NIAT
Dari
Amirul Mu’minin, (Abu Hafsh atau Umar bin Khottob rodiyallohu’anhu) dia
berkata: ”Aku pernah mendengar Rosululloh shollallohu’alaihi wassalam
bersabda: ’Sesungguhnya seluruh amal itu tergantung kepada niatnya, dan setiap orang akan mendapatkan sesuai niatnya. Oleh
karena itu, barangsiapa yang berhijrah karena Alloh dan Rosul-Nya, maka
hijrahnya kepada Alloh dan Rosul-Nya. Dan barangsiapa
yang berhijrah karena (untuk mendapatkan) dunia atau karena wanita yang
ingin dinikahinya maka hijrahnya itu kepada apa yang menjadi tujuannya
(niatnya).’”
(Diriwayatkan oleh dua imam ahli hadits; Abu Abdillah Muhammad bin
Ismail bin Ibrohim bin Mughiroh bin Bardizbah Al-Bukhori dan Abul Husain
Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusairy An-Naisabury di dalam kedua
kitab mereka yang merupakan kitab paling shahih diantara kitab-kitab
hadits)[1]
Huraian niat versi HANTUKILLER
NIAT
adalah tujuan sebenar didalam hati atas setiap perbuatan. Kalau niat
nak makan, kita akan buat apa yg patut, masak ke, gi warung ke, curi
ke(hehe) makanan lalu masukkan mulut kunyah kemudian telan… ada juga dah
niat nak makan tak jadi makan, sebab macam macam halangan…seperti
makanan tu dah berulat ke, basi ke, tak sesuai dengan citarasa ke!!!
Kalau
niat nak tidur, tak kira la tengah kerja ke, tengah tegok tv ke, tengah
baring baring ke, kita akan pejamkan mata untuk proses tidur tu
berlangsung… kalau ter tidur tu lain… contohnya tengah memandu tiba tiba
terlelap…kadang kadang berdentum!!! Nasib baik kalau takat terbabas
atau tersedar akibat org sebelah kejut… hehe
Kalau
kita nak solat, dari awal kita siap nak solat, ambil air wuduk,
sediakan tempat solat, lalu buat perlakuan solat seperti yg telah
dipelajari dan diamalkan… Cuma bila berkaitan dengan peribadahan ni,
perbuatan tu memang dibuat dengan niat, tapi kesucian niat tu bermacam
macam… ada yg kene paksa mak bapak lalu bersolat…. Kita muda muda@budak
budak dulu kan ke gitu! Hehe.. yg ada tu buat solat tu sebab berada
depan mertua je, yg ada tu buat solat sebab kene marah atau bebel laki
atau bini hehe dan macam macam la….. jadi solat tu memang la solat, Cuma
kalau solat sebegini, tujuan solat atau kenapa dia bersolat tu lalah
kerana manusia, bukan kerana Allah!!! Terpaksa dan malu la kalau tak
buat!!
Kalau
kita lakukan solat tu tanpa disuruh atau sebab berada dalam situasi
depan orang lain, katalah kita solat waktu sebab kalau tak buat solat tu
Allah janjikan Neraka, atau tak dapat masuk syurga, atau tak de bekalan
akhirat, atau tak dapat redho Allah….jadi solat yg dilakukan tu karana
apa? Tentulah kerana tujuan dia buat tu, kalau nak syurga, ye kerana
syurga lah, kalau takut neraka ye kerana takut neraka lah, kalau nak
buat bekalan akhirat, ye kerana bekalan akhiratlah… kan kan
kan!!!!.....tu lah niat kita, betul tak???
Katalah
semua solat kita, tak kira solat wajib atau solat sunat tu atas sebab
tu semua, adakah itu semua semua disebut kerana Allah???? Jawabnya
bukan!!! Tapi kerana ganjaran yg dijanjikan Allah tersebut!!!
Ikhlas tak??? Tentulah ikhlas untuk ganjaran tu, bukan ikhlas bersolat kerana Allah
Katalah
kita puasa, untuk dapat pahala, nak tuntut ilmu(puasa mutih dll) sambil
boleh kuruskan badan,… atau sebab duit kempis berjimat la… kerana Allah
ke??? Tak kan! Tujuan kita puasa tu bukan pasal nak puasa kerana Allah,
tapi pasal nak pahala, pasal nak dapat ilmu, pasal nak kurus, pasal nak
jimat!!
Katalah
kita baca AlQuran, hari hari baca AlQuran, sebab katalah aku yg suruh,
tapi tujuannya untuk sembuh penyakit atau elak gangguan jin, atau supaya
tercapai apa yg dimaksudkan…. Tu baca Quran kerana Allah kah atau
kerana berubat??? Kerana berubat kan kan kan????? Yg selalu kita baca
Quran kalau pagi surahnya Al Wakeah, kenapa??? Sebab nabi ajar kalau
baca surah tu mudah rezekinya…. Jadi tujuan kita baca tu kerana apa
yek??? Kerana Allah ke kerana nak Allah bagi rezeki???
Atau
katalah tiap malam kita lepas solat baca AlQuran, tak kira lah surah
apa, 4 Qul ke, Qursi ke, atau potongan potongan surah yg dinamakan
ruqyah ke, manzil ke, Al Mathurat ke, ayat 33 ke, ayat 25 ke, ayat 7 ke,
ayat 5 ke, ayat 1 ke… , soalnya, MENGAPA kita pilih bacaan tersebut?
Mengapa tak pilih bacaan surah yg lain? Atau adakah agar seluruh malam
tu Allah bagi perlindungan atau keselamatan…. Sebab dah diberitau
kelebihan ayat tu???? Agaknya baca AlQuran tu kerana apa ye??? Kerana
Allah ke???ye ke kerana Allah???
Abis
kalau mengamal ayat ayat Quran atas ajaran guru guru bertujuan nak
Allah makbulkan hajat, nak Allah beri kekuatan, nak Allah berikan
panduan… contohnya baca Al Ikhlas mesti 1000x setiap hari, mesti tak
boleh tak… kerana apa yek bacaan tu? Kerana Allah ke???
Abis
kalau berzikir pulak??? Katalah kerana nak pahala, nak syurga, nak NUR,
nak jin takut, nak sihat dari sakit, nak rezeki, nak nak nak nak… semua
yang nak laaa…. Kerana Allah juga ke????
Ok baca balik petikan hadis tadi: ’Sesungguhnya seluruh amal itu tergantung kepada niatnya, dan setiap orang akan mendapatkan sesuai niatnya. Oleh
karena itu, barangsiapa yang berhijrah karena Alloh dan Rosul-Nya, maka
hijrahnya kepada Alloh dan Rosul-Nya. Dan barangsiapa
yang berhijrah karena (untuk mendapatkan) dunia atau karena wanita yang
ingin dinikahinya maka hijrahnya itu kepada apa yang menjadi tujuannya
(niatnya).’”
Adakah
huraian aku kat atas tadi ada kene mengena dengan dalil ni? Ada kan!
Dan dia akan mendapatkan sesuai dengan niatnya… ya dia akan dapat, kalau
untuk yg dunia ye biasanya akan terasa mendapatkannya tu… contohnya
kalau beribadah@beramal kerana nak rezeki, biasanya akan dapatla rezeki
tu, kalau nak sihat ye sihat dapatnya, kalau nak pendinding, ye dinding
la dapatnya (sapa ye yg jadi dinding nih? Hehe….malaikat ke?????)
Agak
agak, kalau kita dah dapat balasan@ganjaran kat dunia atas atas ibadah
kita tu, apa ye yg nak dikira masa hari perhitungan nanti? Ada lagi ke?
Kan dah tolak???dah dapat kan!!!
Yg
belum dapat pulak, contohnya tujuan kita nak syurga, pahala dan bekalan
akhirat, agak agak boleh dapat ke? Senang ke? Apa kata, kalau amalan tu
Allah GELI nak terima??? Sebab siang siang kita beramal sebab nak tu
nak ni!!!!Allah kan tau tujuan kita beribadah dan beramal tu, Allah maha
mengetahui walaupun hanya lintasan dihati kita… Allah tau, kita beramal
tu bukan beramal sebab betul betul jujur nak sujud pada dia, betul
betul jujur nak mengingati dia!!! Kita tak jujur nak memuji dia, puji
sebab nak balasan (syurga/pahala), jujur ke pujian tu?? Tak kan!!!
Habis,
sebenarnya nak buat macamana? Tu salah, ni salah???? Bukan salah!! Mana
pulak salah!!! Ada ke beramal kerana nak tu nak ni dari Allah, salah,
mana salah! Tak salah!!! Cuma kurang betulnya! Lillahi taalanya tak de…,
kalau ada pun sikit sangat!
Janji
Allah kan betul, sapa yg beramal soleh akan dapat pembalasan baik, sapa
yg engkar akan mendapat pembalasan buruk….buat lah baik sebaik
baiknya….
Contoh
contoh perbuatan dan amalan yg aku tulis kat atas tu semua baik, ok
teruskan, Cuma lagi baik kalau dapat beramal tu TANPA TUJUAN LAIN, HANYA
KERANA ALLAH!!! LILLAHI TAALA
Bila
sebut hanya kerana Allah, tu maknanya NIAT atau TUJUAN dari awal kita
beramal ibadah tu tanpa nakkan ganjaran tu semua, pedulilah ganjaran tu
semua…. Kan Allah dah janji, tu pasti… kita buat ajelah!! Jangan difikir
langsung tentang ganjaran tu…. Kalau nak solat tu, solat la, tak payah
fikir nak pahala ke, nak syurga ke,…… tapi semata mata nak solat dan
bersujud pada Allah aje….kan makna makna bacaan dalam solat tu juga
adalah rata ratanya pujian pada Allah…
Kalau
baca Quran tu, jangan berfikir la nak elak jin ke, nak pahala ke, nak
sembuh ke, nak power ngubat ke(ni untuk perawat la..hehe), nak
diselamatkan Allah dari gangguan segala makhluk ke, just baca je, kalau
boleh fahamkan makna dengan hati tak de yg lain kerana Allah, sebab Al
Quran tu Qalam Allah… kalau boleh elakkan baca surah surah atau ayat
ayat yg kita dah diberitau atau memang dah tau kelebihannya, sebab
senang sangat hati kita ni terpesong niatnya nanti nakkan kelebihan dari
pembacaan tu… niatkan je nak baca AlQuran kerana Allah…..
Kalau
Zikir tu, zikir jek, pilih zikir yg mudah, yg afdal… jangan cari zikir
yg susah atau kalau dizikirkan akan mudah terlintas niat yg lain… dengan
hati yg suci bersih, semata mata nak mengingati Allah, nak memuji
Allah, buatlah jangan dikira, jangan tentukan masa bila nak zikir dan
jangan tentukan nak tu nak ni…. Zikir jek kerana nak ingat Allah, nak
puji Allah….. barulah amalan tu banyak yg sampai pada Allah, tak banyak
yg tergantung jek…(AMALAN KALAU TAK IKHLAS KERANA ALLAH, TAK SAMPAI KE
ALLAH, MALAH TERGANTUNG GANTUNG)
Dalam solat kita baca dalam doa iftitah “. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.”
Kita
tetap baca ungkapan tersebut dalam tiap solat, tapi betul ke yang kita
ungkapkan tu dengan apa yang sebenarnya kita perbuat??? Kalau niat atau
tujuan kita solat dan ibadah tu kerana yg lain selain Allah, maknanya
kita tipu diri kita sendiri, atau lebih dahsyat kita cuba menipu
Allah!!!!!…Allah kita nak tipu???? DIA maha mengetahui!!!
Abis,
macamana kalau beribadah sambil nak keredhoan Allah??? Abis macamana
kalau masak sambil nyanyi? Atau mandi sambil kencing(hehe, selekeh!!)
atau kerja sambil main fb/game??? Dua perkara berbeza yg boleh dilakukan
dalam masa yang sama……So berdoalah agar segala perbuatan kita ni Allah
redhoi… bukan beramal kerana nak diredhoi(macam paksaan)…….
Umat
islam kat dunia ni sama jek tujuan ibadahnya, tak de yg tahap orang
awam, orang kebanyakkan, orang yg ahli sufi atau yg wali wali, sama jek,
semua nya manusia, khalifah Allah, masing masing dipertanggungjawabkan
untuk beribadah…sebab tu kene betulkan niat…. Kalau niat dah lari, niat
dah tak betul, seluruh ibadah tu dah lari dari tujuan asal…… takut satu
pun tak sampai pada Allah sebab tujuan ibadah bukan kerana Allah, tak
ikhlas langsung! Jangan anggap kita dah ada lebih sikit ilmu dari orang
yg lain, auto ibadah kita diterima, malah sebenarnya orang yg bodoh dan
sengkek tu selalunya markah ibadahnya jauh, jauh lebih tinggi dari kita
yg berilmu dan kaya…….sebab ikhlasnya mereka..
“Wahai
hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu
bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat
demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.
(Surah Al’ankabut 056)
Dah faham dah apa yg dikatakan niat? Niat tu tujuan sebenar dalam hati! Kenapa dan mengapa kita buat sesuatu TU….
Kalau bertujuan kerana nak puji Allah , nak sujud pada Allah, nak ingat
Allah, kerana Allah la tu, kalau nak dunia (rezeki, pendinding, sihat,
dll) kerana dunia la tu, kalau nak ganjaran (syurga, pahala dll) kerana
ganjaran la tu…pening???? Hehehehehe
Contoh mudah
niat: katalah memasing dari kl nak ke JB(katalan ni syariat ibadah
ibadah tu) semua leh sampat JB tu, tapi mengapa sebenarnya sanggup gi JB
tu? Pasal nak balik kampong? Pasal nak kursus? Pasal nak kerja? Pasal
nak temuduga??? Nak melancung jek??? Atau hanya laluan untuk gi
Singapore??? Jadi niat sebenatnya ialah tujuan yg sebenar tu, bukan
perjalanan dari KL ke JB tu… dah faham???? Hehe
Waulohua’lam
2 comments:
lemah longlai tubuhku membaca artikel ini...yaAllah...kurniaan kan lah aku dengan hati yang ikhlas...amin..ya rabbal a'lamin...
Terang betul perincian tuan. Senang nak hadam. hari2 kita ucapkan pujian2 kepada allah samada dalam solat atau amalan2 lain tapi sebenarnya keikhlasan tu wallahualam allah saja yang tahu. Insha allah saya akan carik keikhlasan dalam setiap amalan dan pekerjaan yang dilakukan. Terima kasih tuan kerana mengingatkan
Post a Comment