AMALAN SEDEKAH
APA ITU SEDEKAH? ADAKAH IA SAMA DENGAN ZAKAT? ADAKAH GANJARANNYA JUGA SAMA? MENGAPA PERLUNYA BERSEDEKAH JIKA KITA DAH MENUNAIKAN ZAKAT?
Takrif sedekah mengikut fahaman aku ialah membelanjakan sebahagian harta semasa (bukan harta tetap) yang dimiliki kepada orang lain atau makhluk Allah yg lain kecuali jin selepas menunaikan zakat harta yg wajib.
Sekiranya kita masih memiliki tunggakan zakat, segala niat bersedekah tak akan jadi sedekah, tapi menjadi zakat dan ganjaran sedekah kita tak dapat.
Yg dimaksudkan zakat bukan hanya zakat fitrah sahaja, tetapi termasuk zakat harta seperti zakat simpanan, zakat perniagaan, zakat ternakan dan pertanian dan zakat emas dan perak @ rikaz.
Jika kita wajib berzakat dan masih belum terbayar zakat zakat seperti yg saya sebutkan tersebut, kalau kita mengeluarkan sedekah, ganjaran sedekah kita tak dapat, tapi Allah tolak dulu hutang kita padanya iaitu sebanyak nilai yg sama hutang zakat tsb. Contohnya kita terhutang zakat simpanan atau perniagaan sepanjang hidup sebanyak RM1500.00, so kalau kita niat bersedekah, katalah kita sedekah RM1000.00 kepada anak yatim atau fakir miskin, kita masih tak dapat ganjaran sedekah lagi. Tetapi katalah kita bersedekah RM2000.00, ini bermakna hanya RM500.00 yg dikira sebagai sedekah.
Oleh itu sedekah dan zakat adalah sesuatu perbuatan yg sama( membelanjakan sebahagian harta semasa) tetapi mendatangkan hasil yg berbeza.
Ganjaran bersedekah amat hebat, teramat hebat iaitu sedekah merupakan satu satunya perbuatan yg pasti Allah terima dan Balasannya juga pasti iaitu menghalang yg bersedekah itu dari api neraka. Selain itu sesiapa yang rajin bersedekah, Allah juga akan mengurniakan padanya harta dan rezeki yang berlimpah ruah sesuai dengan pepatah : jika kamu rajin memberi, maka aku akan terlebih lebih lagi memberi kepadamu. ( Ni bidalan aku je). Lain lain ganjaran sedekah aku malas nak hurai. Sedangkan zakat hanyalah sebagai cukai yang wajib dibayar tanpa Allah janjikan ganjaran.
Sedekah yang terbaik adalah dalam bentuk makanan atau bahan makanan dan dihantar atau diberi terus kepada yang ingin diberi seperti fakir miskin dll tertapi yang terbaik banyakkan bersedekah pada haiwan liar yang bukan peliharaan kita tak kiralah anjing ke, semut ke, tikus ke, ikan disungai ke dan sebagainya. Bersedekahlah kerana merasa bershukur atas segala nikmat dan kebahagiaan yg Allah dah beri pada kita. Ingat, jangan tunggu nak kaya@ dah kaya baru nak bersedekah, bersedekahlah ketika kita masih miskin. Bersedekahlah walau hanya sesudu gula yg diberi pada semut setiap hari!!! EElehh, berapa sen sangat lah kan!!! Tapi ganjarannya sungguh hebat! Itu janji Allah!
1 comment:
Hiii .... buat kamu yang suka BOLA, yuk mari gabung di fans__bett__ing ^_^
Komunitas sepak bola terbesar di indonesia :) 5.E.E.8.0.A.F.E | banyak kejutan menanti | fans | :)
Post a Comment