Zuriat
Sebagai
manusia yg dianugerahkan hawanafsu dan keinginan, kita akan secara
semulajadi inginkan sebuah kehidupan yg harmoni didalam sebuah negara yg
aman makmur, dengan rezeki yg berlimpah ruah dan kesihatan yg baik.
Untuk memenuhikeperluan hidup, kita pula secara otomatis bila cukup umur
inginkan pasangan hidup, dan setelah adanya pasangan hidup tersebut,
kita pun inginkan zuriat untuk meneruskan susurgalur keturunan kita .
Selain
mendapat keturunan secara sah melalui proses perkahwinan mengikut adat
atau budaya dan ajaran agama masing masing, ada juga zuriat yg muncul
tanpa apa apa ikatan dari sebuah perkahwinan tersebut seperti sumbang
mahram, ketelanjuran dalam pergaulan, paksaan(rogol) dan sebagainya.
Perhubungan jenis yg tidak ada ikatan sah ini, tetapi tidak menghasilkan
zuriat amat disyukuri oleh mereka, tetapi jika dah ada ikatan sah
kekeluargaan, ketidak berhasilnya zuriat yg diinginkan adalah merupakan
bebanan dan menjadi satu permasaalahan yg perlu diatasi mereka yg
menghadapinya.
• Anak
atau anak-anak merupakan suatu anugerah Illahi yang tidak ternilai
kepada manusia. Keriangan dan tangisan anak-anak merupakan hiburan yang
tidak ternilai bagi ibubapa penyayang.
• Tetapi
berlainan sekali dengan pasangan yang lambat mendapat cahaya mata.
Mereka menjadi gelisah menanti hari-hari dimana mereka dikurniakan anak.
• Merawat
pasangan-pasangan yang menghadapi masalah ketidaksuburan adalah satu
ibadah. Apabila mereka berjaya mendapatkan zuriat, kita bersama-sama
kongsi kemeriahan dan kegembiraan dengan mereka. Bagi mereka kelahiran
seorang cahayamata tidak boleh dinilai dari segi wang ringgit. Memang
benar mereka perlu untuk membelanjakan banyak wang serta mengorbankan
masa dan tenaga khususnya bagi mereka yang perlu menjalani
berbagai-bagai kaedah rawatan yang canggih dengan menggunakan teknologi
kesuburan seperti bayi tabung uji ataupun menjalani pembedahan untuk
memperbaiki peranakan mereka.
Mengapa zuriat yg dinginkan tak muncul tiba?
Jika
sesaorang perempuan belum hamil dalam usia perkahwinan diperingkat awal
(sebelum setengah tahun) bukanlah bermakna mereka mempunyai masalah
kesuburan. Peluang sesuatu wanita untuk hamil dalam mana-mana bulan
hanyalah 15 hingga 20 peratus saja, bukannya 100 peratus. Ini bermakna,
setiap bulan, hanya 15 hingga 20 daripada 100 pasangan saja yang berjaya
hamil.
Setelah
enam bulan mencuba, 75 daripada 100 pasangan didapati berjaya hamil,
manakala selebihnya masih belum hamil. Namun setelah setahun mencuba,
keseluruhannya meningkat kepada 85 hingga 93 pasangan yang berjaya hamil
dan hanya tujuh hingga 15 pasangan saja yang masih gagal hamil.
Bagi
pasangan yang belum hamil ini, peluang seterusnya untuk hamil
sendirinya hanyalah sekitar empat peratus saja. Memandangkan peluang
hamil masih tinggi pada setahun pertama mencuba, kebanyakan doktor
lazimnya menasihatkan agar tidak tergesa-gesa mendapatkan rawatan
kesuburan kerana ia sebenarnya mungkin tidak perlu untuk pasangan
terbabit.
Ujian
dan rawatan berkenaan bukan saja memerlukan perbelanjaan, malah masa
untuk temu janji yang tidak tetap tetapi lebih bergantung kepada hari
kitaran haid wanita.
Dalam
keadaan tertentu misalnya sudah pun diketahui mempunyai penyakit
berkaitan kesuburan seperti penyakit peradangan pelvis, endometriosis
ataupun jika usia wanita mencecah 35 tahun ke atas, tidak perlu menunggu
selama ini. Malah mereka digalakkan memulakan rawatan kesuburan setelah
enam bulan mencuba.
Lazimnya, penyakit berkaitan kesuburan tidak menyebabkan masalah angin dan sakit ulu hati sebagai masalah utama.
Rawatan Alternatif untuk Mendapatkan Zuriat
Jika
pasangan masih gagal mendapatkan zuriat menggunakan kaedah moden dan
scientific, disini aku cuba huraikan pula sebab sebab dan kaedah rawatan
secara alternatif.
Menurut
kajian alam misteri, kegagalan sesebuah pasangan untuk mendapatkan
zuriat kebanyakkannya berpunca dari faktor tubuh badan terutama dipihak
isteri. Faktor kegagalan persenyawaan antara seperma dan ovum
kebanyakkannya berpunca akibat ovum(telur) yg dihasilkan oleh sesaorang
wanita yg kemudiannya berada disalur felopian akan rosak akibat adanya
kesan dari kitaran darah haid yang tidak terbuang habis ketika proses
haid mereka. Sisa darah haid yg kotor dan beracun ini akan memusnahkan
ovum tersebut. Jika ovum tersebut dapat bertahan pun, seperma dari pihak
suami pula akan rosak akibat racun itu.
Selain
itu, adakalanya berpunca dari keadaan atau kedudukan sistem peranakan
wanita itu iaitu terlalu kebawah dari kedudukan yang sepatutnya yang
menyebabkan beberapa salur seperti salur felopian agak terlipat atau
menjadi sempit sehingga menyebabkan seperma suami tidak dapat melaluinya
untuk disenyawakan dengan ovum. Jika keadaan ini yang menyebabkan
kegagalan persenyawaan benih tersebut, kaedah yang terbaik ialah
membetuklan dan memulangkan sistem peranakan tersebut kepada kedudukan
yang sepatutnya dengan kaedah urutan atau sengkak, kerana biasanya
sistem peranakan itu jatuh kebawah akibat aktiviti lasak dsb.
Dalam
keadaan darah haid yang tak keluar habis yang menyebabkan racun
pembunuh benih berada didalam rahim wanita, Tentulah persenyawaan
diantara ovum dan seperma tak mungkin berlaku iaitu ovum dan benih
tersebut rosak atau terhapus. Dan zuriat yg ditunggu tidak mungkin
hadir.
Selain
itu, ada kemungkinan besar juga adanya peranan jin jin terutama jin
saka yg menghalang proses persenyawaan tersebut. Jin jin ini akan
memusnahkan seperma dari pihak suami atau kalau perawat biasa panggil
benih(air mani suami) “dimakan” oleh jin jin yg duduk dan tinggal
bermastautin dan beistana difaraj wanita itu.
Bagi
rawatan alternatif ini, jika bukan disebabkan oleh jin jin iaitu
kegagalan sistem tubuh wanita itu sendiri mengeluarkan semua darah haid
yg biasanya menyebabkan senggugut atau penyakit keputihan, boleh
diikhtiarkan dengan memperbanyakkan memakan pucuk pucuk muda (ulam
ulaman-sebanyak banyaknya) bagi menuteralkan racun akibat tertinggalnya
darah haid dirahim tersebut.
Selain
pucuk muda, yang terbaik dan termujarab ialah dengan meminum air kelapa
yang SANGAT muda iaitu kelapa yg hanya baru ada tempurung dan air
sahaja tanpa ada isi sedikitpun walaupun yg belum berwarna-(jernih)...
ingat, ini hanya untuk memastikan segala racun yg ujud akibat darah haid
tertinggal itu nutral atau terhapus.
Selain
itu faktor kegemukan atau kelemahan sistem peranakan itu sendiri dan
kelemahan seperma suami boleh juga menghalang seperma dari berenang
menghampiri ovum.... jika masaalah lemah ini, perbanyakkanlah berzikir
dengan zikir Lahaulawalaquaataillabillahilaliyyilazim sekurangnya 7000 x
setiap hari dan carilah tukang urut yang pakar...selain itu
banyakkanlah memakan zat zat dan sumber makanan@nutrien@jamu yang boleh
membantu meningkatkan kesuburan......
Bagi permasaalahan yg disebabkan oleh jin pula,
perlulah berjumpa perawat yang mampu mengeluar semua sekali jin jin
saka yg menetap difaraj dan seluruh tubuh, Jangan tinggalkan walau
seekorpun jin tersebut. Mungkin perawat yang dijumpa mempunyai kaedah
meraka sendiri, so tak perlu aku huraikan disini...
Ada
juga jin jin yg hadir difaraj tersebut hasil dari persihiran, so kalau
jin dari punca ini agak sukar dibenteras habis habisan kerana jumlahnya
yg kadangkala terlalu banyak, silih berganti datangnya, dan biasanya
kalau kes sihir yg menyebabkan menghalang zuriat ini, pihak suami juga
perlu dirawat!
Disamping itu jangan lupa berdoa dan terus berdoa.....
No comments:
Post a Comment