Al-An’am 100
“Dan mereka menjadikan jin sekutu
bagi Allah, padahal Allah jualah yang mencipta jin-jin itu dan mereka berdusta
terhadap Allah dengan mengada-adakan bagiNya anak-anak lelaki dan anak-anak
perempuan, dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. Maha Suci Allah dan
Maha Tinggilah Dia dari apa yang mereka sifatkan!”
Al-An’am 112
“Dan demikianlah Kami jadikan
bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya
membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah
susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah
mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka
ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.”
Al-An’am 128
“Dan (ingatlah) hari (kiamat yang
padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): "Wahai
sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak
pengikut-pengikut dari manusia". Dan berkatalah pula pengikut-pengikut
mereka dari golongan manusia: Wahai Tuhan kami, sebahagian dari kami (manusia)
telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain
(Syaitan-syaitan), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang
Engkau telah tentukan bagi kami. (Allah berfirman): Nerakalah tempat kediaman
kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah. Sesungguhnya
Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.”
Al-Kahf 50
“Dan (ingatkanlah peristiwa)
ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka
sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan
jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah
kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya
sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi
pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah
buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu.”
Demikianlah antara peringatan Allah pada manusia tentang
keboleh kawanan manusia dengan jin, boleh tak??????? Jawabnya terang jelas tak
boleh!!!!!!!!!! Walaupun jin itu islam sekalipun, pastinya dia adalah syaitan…. Betul tak??? Tak caya??? Meh tengok
ni
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.
Ok… bila dah tengok dalil hadis dan dalil ayat Quran tu, siapa lagi yang
masih sibuk nak berkawan dengan jin? Siapa lagi yg masih nak bersaudara dengan
jin? Sapa lagi yang nak belajar dengan jin? Siapa lagi yang masih nak mempunyai
guru ghaib penipu yg kononnya wali Allah bagai, walhal hanya jin yang menyamar,
SIAPA???? ANGKAT TANGAN!!!
Tapi itu terserahlah pada diri masing masing, memasing kan ada kefahaman
sendiri, kefahaman tentang ayat yang sama, tapi bila ditafsir oleh 100 orang yg
berbeza, tentunya jawapannya tak de yg 100 sama… Tapi, janganlah sampai menolak
dalil AlQuran di atas hanya semata mata ingin berkawan dengan jin, jin itu
tetap menyesatkan….dan jin jin yang berada di alam manusia, semuanya jahat
dipanggil syaitan, jin jin yang baik dan wara’ serta beriman dan bertaqwa pun
ada, tapi jin tu di alam mereka lah…. Takkan mereka bercampur langsung dengan
manusia walaupun manusia memanggilnya, takkan!!
Al-an’am 130
“Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu
Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu
(perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan
kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui
akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya
ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana
itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri:
(Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang
telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).
Bidalan yang mengatakan ‘sebaik baik jin
adalah sejahat jahat manusia’ tu ada
betul dan ada tak betulnya, yang betulnya adalah pada jin jin yang berada di
alam manusia seperti Qarin manusia, jin dampingan manusia, jin saka manusia,
jin suruhan manusia, atau jin jin yang memang suka nak menyakat manusia,
semuanya jahat dan lebih jahat dari manusia yang jahat, sebab tanpa
kehadirannya membisikkan kejahatan pada orang yang jahat itu, orang tu tak akan
buat kejahatan tersebut.
TETAPI, bidalan sebaik baik jin adalah sejahat
jahat manusia’ tu tak sesuai langsung pada jin jin yang
tidak berada di alam manusia iaitu mereka tetap di alam mereka dan menjauh dari
kehidupan manusia, malah ada diantaranya nabi dan rasul juga para wali Allah
dari kalangan mereka…
Kesimpulannya, jangan
sesekali berkawan dengan jin, jangan mengaku jin adalah saudara (sesame islam),
jangan ada minat pun untuk didampingi jin, jangan ada keinginan ada khadam jin atau jangan ada keinginan pun untuk
adanya ‘power ghaib’ pada diri kerana biasanya keinginan tersebut tanpa kita
sedari akan dihampiri oleh jin syaitan yang berada dialam manusia ini….
2 comments:
adakala maknanya hadis dan Alquran
bukan cm tu huraiannya
bile cara baca nada hurai leh saya katakan anda bukan celik
ilmu AlQuran dan ilmu Hadiss
dan tiada ilmu tentang perawi hadis dan terjemaah isi Alquran
Alquran bukan ditafsir ikut otak akal kitee..
dan ditafsir ikut ilmu dan perpandukan Guru ung diperlu dingajii
dan bile kite tafsir ikut akal dan fikiran
tu maknanya anda tafsir mengikut bisikan syaitan
nauzubilaminzalik
pergi menuntu ilmu
saya mengaji 7 tahun ilmu Alquran dan hadis pun tak berani hurainan
sebegitu'
hati2 tafsir Alquran dan hadis
sedikit teguran bagi saya
adakala maknanya hadis dan Alquran
bukan cm tu huraiannya
bile cara baca nada hurai leh saya katakan anda bukan celik
ilmu AlQuran dan ilmu Hadiss
dan tiada ilmu tentang perawi hadis dan terjemaah isi Alquran
Alquran bukan ditafsir ikut otak akal kitee..
dan ditafsir ikut ilmu dan perpandukan Guru ung diperlu dingajii
dan bile kite tafsir ikut akal dan fikiran
tu maknanya anda tafsir mengikut bisikan syaitan
nauzubilaminzalik
pergi menuntu ilmu
saya mengaji 7 tahun ilmu Alquran dan hadis pun tak berani hurainan
sebegitu'
hati2 tafsir Alquran dan hadis
sedikit teguran bagi saya
Post a Comment