http://www.wartautara.com,
|
04 Sep 2013
|
Sudah
sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid
yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat
pelbagai teori
yang
dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan
piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang
beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum
memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid
ini?
Akhbar
Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita
saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat
untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu
yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang
dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan
batu asalnya.
Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan
Jika
dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara
ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah
ayat Al Quran yang berikut:
وَقَالَ
فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ
غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا
لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ
الْكَاذِبِينَ
“Dan
berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan
bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian
buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat
Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari
orang-orang pendusta.”
(Al-Qasas: 38)
Para
saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia
dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka
gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di
batu yang mereka tinggalkan.
Profesor
Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang
paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari
batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari
olahan tanah liat.
Artikel
kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic
Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry
untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak
mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram.
Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.
Lumpur
tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap
air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya
campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat
yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah
diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu
diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid. Gambar – Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)
Profesor Davidovits
Profesor
Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk
dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu
tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat
dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli
geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu
buatan manusia.
Sebelumnya,
seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari
jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy
Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan
kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di
Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”
Piramid Bosnia
Penemuan
oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang
memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama
terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa
batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa
kaedah ini tersebar luas di masa lalu.
Gambar
di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah
dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik
Rom ataupun Firaun.
Bukti-bukti
dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan
raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam
tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran
adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan
para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.
Kita
tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah
melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya.
Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang
lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang
mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak
pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk
membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.
Ajaib,
1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas
berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen
yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.
Kenyataan
ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw
tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari
Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula
yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada
Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi
kebenaran kenabiannya di kemudian hari.
Rakyat Marhaen
Wallahu’alam….
No comments:
Post a Comment