RAWATAN MISTIK DBULAN RAMADHAN
Diantara Kelebihan Ramadan ialah “Jika tiba bulan Ramadhan, maka dibuka
pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu semua
syaitan (HR. Bukhari dan Muslim).”
Ni Cuma coretan aku je ye, tak boleh diikuti, tak boleh dijadikan sandaran…:-
Maknanya syaitan syaitan terbelenggu di bulan puasa ni, tetapi bagi pesakit misteri samada gangguan saka, gangguan
sihir, atau apapun punca yg ada kait mengait dengan gangguan syaitan,
mereka masih terus terusan sakit. Ini menunjukkan masih ada jin syaitan
yg tak dibelenggu ditempat dibelenggunya syiatan syaitan tu.
Syaitan syaitan ini masih bertindak aktif untuk menggoda manusia yg
sakit tu, macam macam godaannya terutama membuat kesakitan, tidak dapat
tidur malam dan siang, tidak focus dalam segala urusan, tidak mampu
membuat kerja dan urusan harian, jiwa terus terusan tidak tenteram dan
sebagainya…. So persoalannya adakah hadis tersebut tadi palsu???
Jawapannya adalah tidak, sebab syaitan memang terbelenggu, ya! syaitan
yg bebas akan di belenggu dalam belenggu khas yg dikawal sepenuhnya oleh
para malaikat… dan tidak aka nada syaitan syaitan yg bebas kesana sini
dibulan ramadhan ini, semuanya kene tangkap dan dikurung, TETAPI syaitan
syaitan yg mempunyai tempat tinggal, atau rumah, tak kira apapun
tempatnya tidak dinamakan syaitan bebas. Mereka tidak ditangkap, tetapi
tidak boleh keluar dari kawasan tempat tinggal mereka tu…. Kalau tempat
tinggalnya dirumah kita, di disekolah, dikilang, dimesjid, dikuil,
ditemple, dipokok atau sebagainya, mereka tidak boleh keluar dari
kawasan yg berbumbung, lebih sikit jek, terus kene tangkap dan
dipenjarakan oleh malaikat bersama jin syaitan liar tadi….
Jin
jin yg berumah dalam tubuh manusia pun sama juga, mereka tidak boleh
keluar sesuaka hati dikawasan lapang untuk berpindah ketempat lain atau
ketubuh manusia yg lainnya, tetapi aktiviti perpindahan ini boleh mereka
buat dengan bebas jika tubuh manusia itu berada dikawasan yg berbumbung
tak kiralah dirumah, sekolah, mesjid dsb… mereka boleh transfer asalkan
dalam kawasan berbumbung… katalah jin syaitan ini nak keluar kemana
mana, masih boleh tanpa detangkap, asalkan dia dibawah bunmung atau
tubuh manusia, iaitu mereka akan masuk tubuh manusia yg boleh
dimasuk(rata rata manusia memang senang sangat jin nak masuk tubuhnya)
lalu ikut kemana saja manusia itu pergi… katalah dah sampai shopping
kompleks, depa rasa nak lepak pulak kat shopping komplek tu, depa keluar
la, atau katalah depa nak masuk tubuh manusia lain, mereka masuklah
asal masih dalam kawasan berbumbung di shoping komplek tersebut…
Ok, dah faham tentang belenggu kan??? Ada yg dibelenggu tetap iaitu
bagi syaitan tidak berumah, dan ada belenggu tak tetap/bersyarat iaitu
bagi jin syaitan yg ber’rumah’.
Ok. Berbalik pada rawatan
dibulan ramadhan, kenapa pusat rawatan islam tak buka pusat rawatan
islam sedangkan masa inilah sepatutnya mereka berkhidmat pada manusia yg
memerlukan??? Masa inilah segala persihiran sukar dilakukan sebab jin
sihir tak semudahnya pergi menyihir pada yg disihir jika tiada laluan
atau pengangkutan(tempat tumpangan seperti tubuh manusia atau kenderaan
berbumbung). Pada masa inilah jin jin saka dari ahli keluarga yg lain
tidak sewenang wenangnya hadir mengganti tempat jika jin saka pada
pesakit telah dihapuskan sama sekali atau dikurung dilain tempat! Adakah
kerana nak menumpukan ibadah yg lebih besar ganjarannya seperti yang di
gembar gemburkan?? Adakah merawat pesakit kurang ganjarannya di
ramadhan berbanding ibadah khusus tersebut???
Jika ikut
pengalaman aku, bila pesakit dirawat dibulan ramadhan, proses kesembuhan
amat berbeza berbanding bulan bulan yg lain, katalah dah dihapuskan
segala jin ditubuh, hanya jin jin lain yg boleh hamper saja yg boleh
kembali menyakitkan iaitu dari tempat tempat yg pesakit lawati setelah
dibuang jin yg mengacaunya, jika di hapuskan yg baru masuk tu, biasanya
kejap jek setel, sebab jin baru tu buat atas suka suka jek… tetapi jin
jin dari punca sebenar sakit tu, takkan dapat hadir samada terkurung
dirumah si penyihir atau dirumah adik beradik atau ahli keluarga(kes
saka) … dan semasa tubuh kosong inilah, pesakit dapat menguatkan
rohaninya tanpa gangguan, mereka boleh melakukan zikir sebanyak
banyaknya dan membaca alQuran ataupun bersolat sepuasnya… bila roh dah
kuat, nanti lepas ramadhan, kalau adapun jin sihir atau saka yg nak
hadir mengganti tempat yg dah mati, agak sukar, kerana cahaya rohani tu
agak bersinar bergemerlapan….lagilah kalau sipesakit dapat banyak
berzikir puluhan ribu kali tiap hari sepanjang ramadhan tu….lagilah
kalau ikhlas pulak tu……
So, kesimpulannya, rawatan di bulan
ramadhan jauh lebih baik dibandingkan dibulan yg lain, sayangnya tak
banyak pusat rawatan buka…. Huhuhu
Selamat beramal… dan moga dapat lailatulqadar….
ASSALAMUALAIKUM
Salam kepada pembaca budiman
Dalam Blog aku ni kebanyakkannya adalah hasil dari buah fikiran aku dan berdasarkan pengalaman merawat pesakit..
Makin lama berkecimpung sebagai perawat, makin banyak pengalaman dan pelbagai kes berat yang dihadapi... dan hasilnya aku luahkan dalam blog ni.. tapi... banyak yang tak dapat diceritakan terutama kaedah rawatan dan pengalaman....
CERITA CERITI RAWATAN ADA DLM BLOG HTTP://DARULHANTU.BLOGSPOT.COM
sesiapa nak MP3 zikir download sini : http://www.mediafire.com/?6otvepamultvvoe
Dalam Blog aku ni kebanyakkannya adalah hasil dari buah fikiran aku dan berdasarkan pengalaman merawat pesakit..
Makin lama berkecimpung sebagai perawat, makin banyak pengalaman dan pelbagai kes berat yang dihadapi... dan hasilnya aku luahkan dalam blog ni.. tapi... banyak yang tak dapat diceritakan terutama kaedah rawatan dan pengalaman....
CERITA CERITI RAWATAN ADA DLM BLOG HTTP://DARULHANTU.BLOGSPOT.COM
sesiapa nak MP3 zikir download sini : http://www.mediafire.com/?6otvepamultvvoe
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.
وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنِ ابْنِ عَجْلاَنَ، حَدَّثَنِي صَيْفِيٌّ، عَنْ أَبِي السَّائِبِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ سَمِعْتُهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " إِنَّ بِالْمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ هَذِهِ الْعَوَامِرِ فَلْيُؤْذِنْهُ ثَلاَثًا فَإِنْ بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ " .
There is a group of jinns in Medina who accepted Islam, so he who would see anything from these occupants should warn him three times; and if he appears after that, he should kill him for he is a satan.
Sekiranga ada sesiapa yg bermasaalah gangguan jin syaitan tak kira sihir atau saka dll, dan ingin mencuba rawatan yg tiada belas kesian pada golongan jin, iaitu pembunuhan jin syaitan tersebut, sila hadirkan diri kealamat terpampang dikanan bawah......
1 comment:
suka main game online ,tapi uang jajan terbatas guys??
yuk, gabung bersama kami di F4n5--83771nG => Agen BOLA terbesar tidak perlu keluar bnyak uang nya ya guys,, cuma 50 rb loh kamu sudah bisa bergabung bersama kami , MINAT ????? yuk langsung saja ,
untuk info lebih lanjut silahkan di add saja ya
WA kami @ +855 963 156 245
line @ fansbetting
wechat @ fansbetting3
bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,,,
Post a Comment