ASSALAMUALAIKUM

Salam kepada pembaca budiman


Dalam Blog aku ni kebanyakkannya adalah hasil dari buah fikiran aku dan berdasarkan pengalaman merawat pesakit..


Makin lama berkecimpung sebagai perawat, makin banyak pengalaman dan pelbagai kes berat yang dihadapi... dan hasilnya aku luahkan dalam blog ni.. tapi... banyak yang tak dapat diceritakan terutama kaedah rawatan dan pengalaman....



CERITA CERITI RAWATAN ADA DLM BLOG
HTTP://DARULHANTU.BLOGSPOT.COM


sesiapa nak MP3 zikir download sini : http://www.mediafire.com/?6otvepamultvvoe

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.



وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنِ ابْنِ عَجْلاَنَ، حَدَّثَنِي صَيْفِيٌّ، عَنْ أَبِي السَّائِبِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ سَمِعْتُهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ هَذِهِ الْعَوَامِرِ فَلْيُؤْذِنْهُ ثَلاَثًا فَإِنْ بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ ‏"‏ ‏.‏

There is a group of jinns in Medina who accepted Islam, so he who would see anything from these occupants should warn him three times; and if he appears after that, he should kill him for he is a satan.



Sekiranga ada sesiapa yg bermasaalah gangguan jin syaitan tak kira sihir atau saka dll, dan ingin mencuba rawatan yg tiada belas kesian pada golongan jin, iaitu pembunuhan jin syaitan tersebut, sila hadirkan diri kealamat terpampang dikanan bawah......

Monday, August 12, 2013

UJIAN ALLAH

UJIAN PADA MANUSIA

Mengapa manusia sentiasa diuji? Adakah semua kesukaran sahaja yg dinamakan ujian? Bagaimana dengan kegembiraan, kemewahan dan kesenangan?

Antara ujian yg kerap jadi iktibar hanyalah yg memberi kepayahan kepada kita:
Kesakitan
Kekeciwaan
Kemiskinan dan kepapaan
Kegagalan percintaan, hidup bekeluarga, perniagaan, peperilsaan, kerjaya dsb
Kecacatan
Kehancuran, kemusnahan hartabenda, ahli keluarga dll
Ujian yg tidak dirasai sebagai ujian ialah kemewahan, kesenangan, kegemilangan, kesejahteraan dan sebagainya......

Mengapa kita perlu diuji? Sedang kita sihat walafiat tiba tiba datang musibah dan ujian kesakitan seperti kene sihir, sakit misteri atau tak misteri yg tidak pulih pulih, kecacatan tubuh badan, kehilangan benda yg sangat disayangi dsb, adakah ianya semata mata ujian atau ianya pembalasan atas dosa dosa kota? Jika pembalasan, apa guna adanya hari pembalasan setelah musnahnya alammaya ini?

Kesemua ini hanyalah ujian kepada manusia, ujian kesengsaraan biasanya lebih baik kerana kebiasaannya akan menyedarkan kita serta mengembalikan kita kepangkal jalan ataupun lebih mendekatkan diri kita kepada tuhan yg Esa. Manakala ujian kesenangan, kemewahan dan kegemilangan lebih menjurus manusia kepada kealpaan.... contohnya, Ramai dikalangan kita yg diuji dengan kemewahan akan lupa tanggungjawab menjalankan kewajipan berzakat, takut terkurang kekayaan yg dah ada, walaupun berzakat, amount yg wajib (kadar yg sepatutnya) tak dipedulikan, asal saja berzakat dah kira ok, sedangkan kita lupa kalau kita berhutang zakat dll didunia ini, setelah kematian roh kita tergolong dalam golongan orang yg berhutang dan menyebabkan roh kita tergantung diantara alam dunia dan alam barzakh!

So, nak pilih yg mana akan ujian yg bakal ditempuhi? Kesenangan atau kesusahan? Sanggupkah kita susah atau sanggupkah kita mewah? Pastinya semua kita akan pilih yg mewah!!! Dan dengan confidentnya berasa sanggup melunaskan apa saja tuntutan agama seperti zakat, sedekah dll! Adakah kita sanggup memilih kepayahan, kepapaan dan penderitaan walhal kita tahu itu hanya ujian tuhan?

APA PERLUNYA UJIAN?

Dalam kehidupan, ujian sangat perlu, kita bersekolahpun penuh dengan ujian, untuk apa, untuk menentukan samada kita mampu lulus atau tidak, bagi kehidupan pula, ujian biasanya amat perlu untuk meningkatkan tahap kita menjadi sebenar benarnya manusia.
Kekadang kita diuji dengan kepayahan dan kesengsaraan yg amat menyiksakan setelah kita berada dalam kesenangan, adakah ia baik atau hanya pembalasan akibat kelalaian kita? Sebenarnya itu bukanlah pembalasan, tetapi semata mata ujian untuk meningkatkan atau mengembalikan kita kepada fitrah yg kita ini hanya hamba.. Ianya sangat baik, biasanya akan menginsafkan kita bahawa kita ni tiada apa apanya, tiada daya upaya, tidak sempurna, tidak mampu menolak kada’ dan kadar Allah dll serta menyedarkan kita bahawa tuhan adalah MAHA segalanya....

Jarang kita semakin menjauh dari tuhan setelah kita diuji dengan keperitan, kesengsaraan, kejatuhan, kesakitan dll malah kerapkali kita akan kembali kepada sang pencipta... ujian seperti kesakitan akibat saka atau sihir biasanya lebih bermenafaat kepada sipesakit kerana kaedah pengubatannya biasanya adalah pujian dan merapatkan manusia itu dengan Allah dengan beribadah seperti zikrullah, membaca Alquran, banyak bersedekah dan solat serta puasa...

Dengan ujianlah akan meningkatkan tahap kehidupan dan keimanan sesaorang, tanpa adanya ujian, kita akan terus terusan seperti yg sediaada tanpa memikirkan apakah amalan kita cukup untuk bekalan nanti dsb. Ramai yg sebelum sakit atau diuji, tidak begitu berusaha mendekatkan diri dengan Allah, tetapi setelah adanya ujian, akan membuka minda dan fikiran mereka tentang perkara perkara ghaib, adanya alam jin dan malaikat serta sentiasa beramal ibadah untuk kembali pada Allah dan terhindar dari gangguan jin atau lepas dari segala penderitaan yg dialami.

Lagi hebatnya ujian, lagi baik, lagi lamanya ujian, lebih dalamnya keimanan... bayangkan yg ada tu sakit hingga puluhan tahun akibat sihir, selama itu dirawat oleh perawat atau ustaz yg menyarankan sentiasa zikrullah, kalau 1 hari kene buat 1000x dharab 30 tahun berapa banyak?, itu kalau 1000x sehari, kalau dia mampu buat 5000x sehari selama 30 tahun, dah berapa banyak? Kalau tanpa ujian, sanggupkah kita berzikir sedemikian banyak? Payah kan! So cuba bandingkan kalau tanpa ujian, nak buat 100x lepas solat pun susah! Masing masing nak ringkas dan cepat, berdoapun tanpa khusuk kerana nak kejar dunia!

Semua manusia tidak terlepas dari ujian, ujian akan meningkatkan taraf sesaorang jika beliau berjaya mengatasinya. Peningkatan taraf dan profession sesaorang harus melalui ujian, nak jadi doktor falsafah kene lalu banyak ujian yg getir, nak jadi doktor pakar pun  kene uji dengan kes kes yg mencabar yg doktor lain tak dapat laluinya, nak jadi penceramah pakarpun kene banyak ranjau durinya.... begitu juga nak menjadi perawat alternatif, perlu diuji dengan berbagai bagai ujian getir dan permasaalahan yg berat...dijumpakan kes kes yg ramai perawat lain tak mampu atasi, dijumpakan jin jin yg liat dan tak mampan senjata dll, dijumpakan sakit sakit yg takpernah dijumpai oleh sakit moden dan mistik lainnya dll, jika lulus ujian tersebut dan mampu mengubatnya, barulah sesaorang itu layak digelar perawat pakar..

Tanpa ujian, bolehkah sesaorang itu digelar pakar? Tentunya tidak bukan! Contohnya bagi seorang perawat islam, jika diuji dengan kes yg agak berat seperti ditemukan dengan jin islam yg mengganggu pesakit, jika gangguan akibat jin islam pun beliau masih tak mampu mengatasi, bolehkan beliau digelar perawat pakar, tentulah tidak. Bagi doktor gigi, jika bengkak gusipun beliau tak mampu selesaikan, tentunya beliau tak layak digelar pakar gigi.

Begitulah serba sedikit perlunya ujian dalam kehidupan kita, dan ujian ini ada banyak peringkat dan biasanya Allah tak menguji sesaorang yg diluar batas kemampuan sesaorang itu....kesabaran dalam menghadapi ujian adalah kunci utama dalam melepasinya selain doa dan amal ibadah....Waulohualam

2 comments:

Unknown said...

saudara hantu killer..bolehkah saudara menghuru hara kan jin @ membunuh saja jin yg mnggangu sy agar mnjadi pengajaran kepada jin2 lain yg sekutu dgnnya.kalau saudara boleh scan dan boleh bertindak kejam sy rse baik bunuh terus jin yg mnggangu sy.sy rse mgkin jin ni ade pnglaman bekerja sebagai sofware designer sb hari2 jin ni suka berinternet dan suka main2 cleaner sofware kononnya tak mahu bagi laptop sy lembab..skrg memg saya sudah nak marah tahap gaban kerana jin ini menipu saya dengan kaedah yg licik dan profesional..sekrg memg saya mahu mnghancurkan seluruh keturunannya..Memg jin ni kurang ajar dan main helah dgn saya konon2nya bisnes di internet ni mnguntungkn..Ada ke patut dia tunjuk pndai konon2nya dia pndai cara buat duit dgn laman web hosting2 yg ade sistem binary tpi hasilnya hampeh sahaja..Jin ini mngkin dikalangan ad pangkat bwh sikit daripada iblis sebab kelicikknnya dlm 70%..berlagakj pndai tpi sgt bodoh..ada ke patut dia perli saya suruh turunkan berat badan dan bnyak2 berzikir..Dia suke men internet smpai kerja sy tergendala dn nasib baik sy cepat tersedar dn hndle balik situasi kerja sy,,bila semkin hari keadaannya sy lah ditipu dn membuatkn keadaan smkin buruk hampir terjejas pekerjaan sy,bru lah sy rse dtg bukannya yg baik2..sb klu yg baik tkkn kerjanya menipu dan pujuk rayu seperti kisah abu hurairah..ini lah yang mnjadi tanda tanya makhluk apakah ini,dibaca ayat qursi tidak lari..tapi memg saya sgt dendam dgn jin ini kerana dia telah menipu saya hampir dua bulan kononnya cara dia berbisnes internet tu betul..habis jem line internet saya dibuatnya yg tk tahan berlagak sombong lak tu konon2 dia pndai dlm online bisnes,tpi sgt hsmpeh tk membuahkn hasil lgsung.satu motif utama jin nk bgi sy jem,brulah dia tawarkn apa2 dengan bersyarat..ingt sy tk dpt nk pikir taktik dia tu..bodoh tk bertempt nmanya jin ni..memg saya mahu kerjakn jin ni biar merana keturunannya.jin ini pndai memujuk rayu supaya ikut caranya yg bodoh tkda hasilnya..yang pling tk tahannya mnyamr lak tu katanya roh AKU..tkkn roh yg sempurna begitu caranya yg hanya berlagak pndai tpi takda otak..Jin ini ingt dia ckup licik tuan..Dalilnya Allah dah ciptakan Manusia sebaik2 kejadian diberikan akal suruh berpikir.tkkn pemikiran jin boleh mengatasi akal manusia..klu tuan boleh membunuh jin ini lagi bagus,sy pun ingin melihatnya ianya terseksa sebelum mti atas perbuatan durjana yg dia..mula2 memg sy tertipu,Alhamdullilah Allah bagi kesedaran dn sy dpt berfikir knpe smpai ke alam malakut pun sy akn cri jin ni tuan..kurg ajar sgguh tuan ade ke patut dia tnjuk iklan banner pedang nk lawan sy,bila hati sy kata dia golongan jin pprt..Dia marah katanya dia ni tggi martabat..Memg klu dpt teknik dan taktik tuan yg dh lama berkecimpung klu tk hancur,memg tercirit2 melarikan diri bila kena jurus yg tuan pelajari..klu keterbatasan hijab sy dh terbuka memg jin sy akn cari tuan ajar ckup2 bagi insaf dan kalau ade dalangnya dikalangan manusia memg sy akan hantar ke penjara tuan dengn2 bukti2 rahsia..memg saya akan ajar cukup2 jin dengan dalang2nya sekali jika dia mnipu supaya agar terpesong akidah mnsyirikkan Allah..tlg ikhtiarkn dulu tgok ada cara yg terbaik untuk mnghapuskannya..mohon jasa baik tuan membantu,dari pemerhatian sy membaca isi blog tuan,tuan memg seorg yg pakar psl ttg ini dan mempunyai jurus2 rahsia untuk mngalahkn makhluk2 ini..Jin ini ingt tipu daya dan kelicikan menembusi gawang dengan 2-0,dia rse dh selesa..Dia belum tahu lagi kesaktian jurus tuan cmner..memg mngelupur sy rse dia nti tuan kena dengan jurus2 tuan..tq

Unknown said...

i