ASSALAMUALAIKUM

Salam kepada pembaca budiman


Dalam Blog aku ni kebanyakkannya adalah hasil dari buah fikiran aku dan berdasarkan pengalaman merawat pesakit..


Makin lama berkecimpung sebagai perawat, makin banyak pengalaman dan pelbagai kes berat yang dihadapi... dan hasilnya aku luahkan dalam blog ni.. tapi... banyak yang tak dapat diceritakan terutama kaedah rawatan dan pengalaman....



CERITA CERITI RAWATAN ADA DLM BLOG
HTTP://DARULHANTU.BLOGSPOT.COM


sesiapa nak MP3 zikir download sini : http://www.mediafire.com/?6otvepamultvvoe

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.



وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنِ ابْنِ عَجْلاَنَ، حَدَّثَنِي صَيْفِيٌّ، عَنْ أَبِي السَّائِبِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ سَمِعْتُهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ هَذِهِ الْعَوَامِرِ فَلْيُؤْذِنْهُ ثَلاَثًا فَإِنْ بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ ‏"‏ ‏.‏

There is a group of jinns in Medina who accepted Islam, so he who would see anything from these occupants should warn him three times; and if he appears after that, he should kill him for he is a satan.



Sekiranga ada sesiapa yg bermasaalah gangguan jin syaitan tak kira sihir atau saka dll, dan ingin mencuba rawatan yg tiada belas kesian pada golongan jin, iaitu pembunuhan jin syaitan tersebut, sila hadirkan diri kealamat terpampang dikanan bawah......

Monday, August 12, 2013

SAKA

SAKA : PUNCA DAN SIAPA YANG ADA

Saka tu apebendanye? Hantu ke? Siapa yang ada saka? Adakah pengamal perubatan tradisional je yang ada saka? Atau engkau orang pun ada saka? Macamana ia boleh ada? Apa bukti zahir ia ada? Duduknya kat mana? Mengacau ke? Inilah soalan yang selalu ditanya jika isu ini ditimbulkan.

Maaf le kalau saya kata dari 100 orang melayu, lebih 96 orang ada saka! Ha terkejut? Atau kata saya bohong? Terserah pada diri engkau orang menilai sendiri. Sebab nak ditunjuk tak nampak! Tapi kalau bersendirian dirumah tu macam rasa ada orang lain je, ada saka le tu. kena lebam dikaki, tangan, betis, peha, badan terutama pada ahli keluarga perempuan? Tu tandanya saka tu hisap darah mereka! Tak caye? lantakle.. Pernah kena tindih ketika tidur dirumah sendiri? Tu pun kerja dia juga le. Ingat saka tu ada kat orang yang jadi bomoh dan nak mati susah je ke? Kalau kamu kata ye, jawabnya salah!


Kalau tuk-tuk kita dulu tak jadi bomoh pun tapi ada simpan keris ke, minyak dagu ke, cincin berbatu tertentu yang diguna sebagai pelaris dll, ada tangkal, azimat, wafak jumpa bomoh@ustaz pagar rumah dan kebun, ada ilmu seri muka, pakai susuk, ada ilmu silat, ada ilmu penunduk dan sebagainya, semua tu guna makhluk jin le tu, dah tu kalau dia mati jin tu akan terus ikut anak cucu sampai kiamat le. Ingat saka tu sekor je ke? dah kata tadi jin tu membiak banyak dan cepat, jadi kalau kita dah jadi waris atau keturunan ketiga ke atau seterusnya, setiap adik beradik akan ada saka, bagitu juga dengan sepupu sepapat semua ade! Sebab tu banyak pesakit misteri yang tak dapat diobat oleh perobatan moden amat sukar sembuhnya jika yang jadi punca ialah sakanya sendiri sebab banyak sangat! Lagi le kamu tak percaya, lantak le.
Mengamalkan ayat pendinding seperti 4 Qul, Qursi, bismillah 21, manzil, mathurat, ruqyah, seribu dinar, atau apapun ayat agar disegani manusia, disayangi manusia, dilariskan perniagaan dan sebagainya walau menggunakan ayat AlQuran juga boleh mengundang jin dan bakal menjadi saka pada ahli keturunan. Kerana apa???? Jawabnya kerana bukan lillahitaala, atau bahasa lain tak ikhlas….

Jadi, saka ialah jin jin yang ada pada sesaorang yang auto dapat daripada orang tuanya  atau atukneneknya, tak kira samada orang tuanya sedar atau tidak, samada orang tuanya mengamalkan ilmu hitam atau ilmu putih (tapi yg boleh menghadirkan jin jin) samada sengaja diturunkan atau tak sengaja, samada rela atau tak rela.


Apa ciri-ciri sesaorang tersebut ada saka? Diantaranya ialah kerap mengalami kesakitan dibadan atau bahagian tertentu dan bila dirujuk diperobatan moden semuanya ok. Selalu mendapat kesan lebam dibahagian anggota tertentu ketika tidur terutama ahli keluarga perempuan, kena tindih ketika tidur, ada ahli keluarga mengalami masaalah kemurungan berpanjangan dan tak boleh mengawal emosi, selalu pengsan tanpa sebab, ada ahli keluarga yang melibatkan dadah dll yang secara logiknya dah berubat berkali-kali tapi masih sakit atau kalau penagih tu, dah banyak kali kepusat serenti pun, masih buat lagi. Itu antara tanda nya anda ada saka! Ha ha ha….baru kene beb…..Macamana nak buang saka? Boleh ke?


Kalau penyakit yang disebabkan saka, nak ubatnya sangatlah susah lagi kalau tak tau atau separuh tau. Yang ada Cuma tangkap masuk dalam botol kemudian buang ke laut. Kalau saka tu sekor boleh le tapi kalau dah banyak macam semut tu kenalah hapuskan macam kita bunuh semut, tak leh tangkap satu-satu, kena sekaligus dan semua sekali terutama dirumah ibubapa dan adik beradik. Sepupu sepapat pun kena clearkan juga rumahnya! Jadi sebab tu saka tak habis-habih! Macam penagih tu, mereka tak akan pulih sepenuhnya sekiranya tak dihapuskan sakanya, jadi kalau nak pulihkan mereka, kena cari tukang ubat anti dadah yang boleh buang saka sekali, baru jadi! sebab yang ganggu fikiran mereka supaya sentiasa runsing ialah saka yang dah mastautin dihatinya. Laa gitu agaknya ceritanya….Abih, sapa boleh buang saka? Pakai apa?

No comments: