ASSALAMUALAIKUM

Salam kepada pembaca budiman


Dalam Blog aku ni kebanyakkannya adalah hasil dari buah fikiran aku dan berdasarkan pengalaman merawat pesakit..


Makin lama berkecimpung sebagai perawat, makin banyak pengalaman dan pelbagai kes berat yang dihadapi... dan hasilnya aku luahkan dalam blog ni.. tapi... banyak yang tak dapat diceritakan terutama kaedah rawatan dan pengalaman....



CERITA CERITI RAWATAN ADA DLM BLOG
HTTP://DARULHANTU.BLOGSPOT.COM


sesiapa nak MP3 zikir download sini : http://www.mediafire.com/?6otvepamultvvoe

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.



وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنِ ابْنِ عَجْلاَنَ، حَدَّثَنِي صَيْفِيٌّ، عَنْ أَبِي السَّائِبِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ سَمِعْتُهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ هَذِهِ الْعَوَامِرِ فَلْيُؤْذِنْهُ ثَلاَثًا فَإِنْ بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ ‏"‏ ‏.‏

There is a group of jinns in Medina who accepted Islam, so he who would see anything from these occupants should warn him three times; and if he appears after that, he should kill him for he is a satan.



Sekiranga ada sesiapa yg bermasaalah gangguan jin syaitan tak kira sihir atau saka dll, dan ingin mencuba rawatan yg tiada belas kesian pada golongan jin, iaitu pembunuhan jin syaitan tersebut, sila hadirkan diri kealamat terpampang dikanan bawah......

Monday, August 12, 2013

SYAFAAT NABI

SHAFAAT NABI

Rentetan dari Blog Darulhantu.... roh nabi... ( ini hanya dari buah fikiran aku je, ingat aku bukan ustaz, so aku Cuma hurai ikut ilmu mistik aku... rahsia dalam rahsia)..
Bila nabi beritau(ENTAH BETUL KE TIDAK) yg dia TERAMAT sedih dengan keadaan umatnya kini, ini menunjukkan kita ni dah jauh menyimpang dari ajaran sebenar yg nabi ajar, betul tak? Kalau tak takkan baginda sedih sebegitu sekali dan masih berjanji akan tetap memberi SHAFAATnya diakhirat nanti...

Dari ungkapan di atas, ini memunjukan amalan kita ni sebenarnya teruk sangat, tak diterima Allah langsung! Sehingga kita hanya memerlukan Syafaat nabi untuk melepasi sirotul mustaqim!!!!

Apakah ucapan Kalimah Syahdah kita salah?
Apakah solat kita salah?
Apakah puasa kita salah?
Apakah Zakat kita salah?
Apakah Ibadah kita juga salah? Sehingga tak ade yg diterima Allah atau sampai kepada Allah?

Bagaimana dengan amalan amalan sunat kita yg lain, zikir, solat sunat, baca AlQuran, cara berkeluarga dan bermasyarakat, cara berjualbeli, cara menjalani kehidupan seharian, cara kita memimpin keluarga, kalau yg berjawatan, adakah kita betul menunaikan tanggungjawab dan sebagainya ???

Pada pandangan aku la, kita punya amalan amalan tersebut memang betul betul menurut apa yg nabi ajarkan melalui ulama ulama dan hadis hadis yg ditulis oleh para ilmuan terdahulu. Cuma yg mungkin salah ialah kita ni beramal, tak ikhlas langsung! NIAT KITA SALAH! Kenapa aku cakap sedemikian? Cuba jawab soalan aku ni....
Apakah sebenarnya tujuan aku/kita beribadah (semua ibadah yg aku nyatakan diatas lah). Adakah untuk tujuan ini...
- 
  •       Takut kalau tak buat nanti berdosa pulak, lalu masuk neraka
  • -       Takut tak de pahala untuk bekalan ketika ditimbang kebaikan kita dipadang mahsyar nanti
  • -             Takut terkeluar dari islam kalau tak buat suruhan islam
  • -          Takut ahli keluarga dan manusia membuat tohmahan kalai kita tak buat ibadah
  • -   Takut kalau kita tak beribadah, tuhan bagi bala bencana pada kita seperti kemiskinan, kesakitan atau kesengsaraan
  • -        Takut kalau tak beribadah, segala apa yg telah dikurniakan pada kita akan ditarik balik oleh Allah
  • -     Takut penyakit yang dalam proses kesembuhan tak jadi sembuh atau takut gangguan jin berulang lagi
  • -          Takut diganggu oleh kejahatan manusia dan segala makhluknya
  • -          Takut tak berkesempatan nanti kalau tak beribadah sekarang?
  • -          Takut dilucut jawatan/potong gaji (kalau kita ajk mesjid lah)
  • -          Untuk populariti atau mendapat pujian manusia
  • -          Untuk mendapat ilmu atau menguatkan ilmu(kebatinan dll)
  • -     Untuk mendapat fadilat atau ganjaran dari amalan yg dilakukan takkira ganjaran duniawi atau ganjaran akhirat (perlindungan diri dan hartabenda, untuk disegani oleh orang bawahan, untuk dikasihi oleh orang bawahan dan atasan, untuk lulus projek, untuk naik pangkat...dll)
  • -      Kalau yg ada satu aliran tu terang terang beribadat untuk kejar ganjaran! Keluar 40 hari dapat itu ini, keluar 3 bulan dapat itu ini, berfikir tentang Allah dapat itu ini! Semuanya fikir tentang ganjaran! Tu yg sampai lebam lebam dahi tu, sampai lusuh masam pakaian tu, ingat sempurna sangat dah amalan tu! Walhal Allah tak pandang langsung pun! Nak pandang macamana, bukan untuk NYA pun amalan tu ditujukan!

Jika tujuan aku/kita beribadah tersebut ada diantara salah satu atau sebahagian dari jawapan di atas, terus terang aku berani kata, ibadah kita tersebut tak ikhlas!!! Tujuan tu lah sebenarnya NIAT, Dan sudah tentu jawapannya tak de pahala atau lebih halus tak sampai langsung kepada Allah!!!

Habis, apa yg perlu kita lakukan agar ibadah yang kita lakukan itu diterima Allah?
Bagaimana solat kita, syahadah kita, haji kita, umrah kita, puasa kita, zikir kita, sedekah kita, perbuatan kebaikan kita, apa yg perlu diubah agar boleh naik atau sampai kepada Allah???

Jawapannya mudah! UBAH NIAT kita aje! Jangan ada terlintas langsung keberkehendakan apa saja atas amalan kita tersebut!!! Jangan fikir apapun balasan yg bakal kita terima, walau apapun! Pedulilah Allah nak bagi ganjaran ke tidak, pedulikan! 

Yg penting ikhlaskan diri beribadah hanya semata mata UNTUK MEMUJI ALLAH, MENGESAKAN ALLAH, MEMULIAKAN ALLAH, MENINGGIKAN ALLAH, MENAFIKAN TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, PUJI PUJI PUJI PUJI PUJI PUJI PUJI PUJI LAH ALLAH JANGAN KIRA APAPUN WAKTUNYA, JANGAN KIRA BILANGANNYA, JANGAN KIRA APAPUN KAEDAHNYA(yg sunat lah, yg wajib tetap wajib dan kene buat).....

Contohnya kalau kita nak gi Haji atau umrah, jangan fikirkan apapun ganjaran akibat kita ke sana tu walaupun bermodalkan WANG ribuan ringgit, pastikan kita nak gi sana tu hanya semata mata untuk beribadah kepada Allah, jangan fikir kalau ke sana tu boleh dikabulkan doa sebab banyak tempat doa yg mustajab, atau jangan fikit kalau kesana tu satu rekaat solat sunat disana menyamai 1000 atau 100000 rekaat solat sunat di sini, pedulikan! Kalau terlintas perkara tu, tak ikhlas le tu, dan selalunya tak diterima langsung ibadah kita tu!, ya sah memang sah, lengkap memang lengkap, hebat memang hebat, sebab balik nanti orang panggil pak/mak haji besar atau kecil!, tapi dalam perkiraan Allah kosong atau silap silap negetif sebab tak ikhlas malah selalunya riak!!!

Ibadah yg lain pun sama, zikir kita, kalau boleh buat terus terusan, jangan kira! Jangan tentukan masa masa tertentu untuk berzikir tu! Jangan terfikir pun apa tujuan zikir tu samada nak sembuh sakit ke, nak rezeki ke, nak pahala ke, nak syurga ke, nak power ke, nak lawan jin ke, nak bunuh jin ke, nak jadi orang digeruni oleh sekelian makhluk ke... jangan fikir pun, pedulilah Allah nak bagi ke tak apapun fadhilat dari zikir kita tu, buat je semata mata nak memuji Allah, mengESAkan Allah.... buat buat buat buat buat buat zikir zikir zikirzikir zikir zikir terus menerus didalam hati ikhlas semata mata untuk memuji dan mengESAkan Allah.............

Ibadah solat sunat tu, contoh solat hajat & istiharah... tu solat kerana Allah atau kerana diri kita sendiri?... dah namapun hajat dan istiharah, tentulah untuk diri sendiri, betul tak, confirm le tak ikhlas walaupun tujuan nya nak meminta hajat dari Allah, ya minta hajat dari Allah, tapi solatnya sebab nak meminta hajat, bukan ikhlas pun kerana Allah walau ungkapan yg dinyatakan KERANA ALLAH... solat yg lain???? Ikhlaslanlah untuk kita bersujud kepada Allah dengan merendahkan diri....meninggikan Allah seikhlas ikhlasnya!!!

Puasa? Banyak nya untuk menjaga kesihatan, untuk kurus, untuk rehatkan anggota tubuh setelah 11 bulan bekerja keras....???? ikhlas ke tu???? Kerana Allah ke tu????
Banyak orang membaca AlQuran, bagus membaca AlQuran tu, amat digalakkan, tapi janganlah membaca semata mata nak dapat pahala, BACALAH ALQURAN ITU KERANA IA IMAM KITA, PANDUAN YG ALLAH AJARKAN PADA KITA!!! Jangan baca kerana nak power, nak sembuh sakit, nak ilmu ghaib, nak rezeki, nak dihormati, nak dihampiri pelanggan(jika berniaga) nak kekal berkuasa (jika pemimpin), nak dipandang manusia..... tu yg ramai baca pilih pilih tu, 7 mubin lah, Laqod Jaakum lah, AlMathurat lah, Manzil lah, hizib tu lah ah apa apalah semuanya yg rata rata untuk kepentingan diri!!!!!! Mana kerana Allahnya?

HABIS, KENAPA NABI AJAR TENTANG GANJARAN GANJARAN TU SEMUA, KALAU KITA NAK FIKIRKAN PUN TAK BOLEH????
Susah juga nak jawab tuh! Ganjaran tu memang ada, tapi kalau ikhlas, kalau tak ikhlas tentulah tak dapat! Jadi ganjaran tu memang ada, Cuma perlu ikhlas dan jangan buat semata mata kerana nak ganjaran, kalau boleh jangan fikir langsung tentang ganjaran ganjaran tu semua, pedulilah!!!! Yg penting kita puji Allah, tu aje!!! Ikhlas!!! PANDAILAH ALLAH TU APAPUN DIA NAK BAGI KITA SESUAI DENGAN DIRI KITA NIH!

ABIS KALAU NAK SESUATU MACAMANA???

Doa aje lah, dengan doa yg nabi ajar pun boleh, tapi sebaiknya DOALAH DENGAN BAHASA KITA SENDIRI, ALLAH KAN MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI!!! Janganlah sebab nak makbul doa kene buat amalan tu semua dulu, RASUAH TU! ALLAH TAK MAKAN RASUAH!!! Ingat kat Hijir Ismail aje ke Allah dengar DOA kita? Kat mana pun Allah dengar! Kerana Allah maha mendengar!!!

Janganlah kita ni ketika dah mati nanti, rohnya tersiksa sebab amalan kita tak diterima langsung, malah ALLAH MELEMPAR BALIK SEGALA AMALAN KITA TU KEMUKA KITA IBARAT MELEMPAR KAIN BURUK! Teruskan beramal terus terusan dengan perbetulkan TUJUAN ATAU NIAT, banyakkan bersedekah dalam bentuk makanan kerana hanya amalan bersedekahlah Allah terus menerima amalan tersebut, dan Hanya Amalan sedekah yg boleh menghalang kita terjerumus ke API NERAKA. Amalan yg lain tuh? Payah!!! Susah nak betulkan niat tu! Susah nak ikhlas tu! Susah untuk beramal yg Allah nak terima! Tapi kene teruskan juga, buat juga sambil teruskan doa! Jangan hanya mengharap SYAFAAT NABI sahaja untuk melepaskan diri kita dari terjerumus ke API NERAKA!!!!

Aku ni cakap je, aku pun sama macam kalian... entah entah tak de satu pun amalan AKU yg diterimaNYA agaknya....

YA ALLAH TERIMALAH AMALAN KU YANG TAK SEMPURNA INI,
INILAH SAHAJA YANG TERMAMPU AKU LAKUKAN KERANA AKU TERAMAT LEMAH YA ALLAH, AKU SELALU LALAI DAN LUPA YA ALLAH, INGATKANLAH AKU
BERILAH KESABARAN KEPADAKU DALAM MENJALANKAN BERIBADAH KEPADAMU INI YA ALLAH....
AMPUNKANLAH KEGALA KESILAPAN KU YA ALLAH

No comments: