ASSALAMUALAIKUM

Salam kepada pembaca budiman


Dalam Blog aku ni kebanyakkannya adalah hasil dari buah fikiran aku dan berdasarkan pengalaman merawat pesakit..


Makin lama berkecimpung sebagai perawat, makin banyak pengalaman dan pelbagai kes berat yang dihadapi... dan hasilnya aku luahkan dalam blog ni.. tapi... banyak yang tak dapat diceritakan terutama kaedah rawatan dan pengalaman....



CERITA CERITI RAWATAN ADA DLM BLOG
HTTP://DARULHANTU.BLOGSPOT.COM


sesiapa nak MP3 zikir download sini : http://www.mediafire.com/?6otvepamultvvoe

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.



وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنِ ابْنِ عَجْلاَنَ، حَدَّثَنِي صَيْفِيٌّ، عَنْ أَبِي السَّائِبِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ سَمِعْتُهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ هَذِهِ الْعَوَامِرِ فَلْيُؤْذِنْهُ ثَلاَثًا فَإِنْ بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ ‏"‏ ‏.‏

There is a group of jinns in Medina who accepted Islam, so he who would see anything from these occupants should warn him three times; and if he appears after that, he should kill him for he is a satan.



Sekiranga ada sesiapa yg bermasaalah gangguan jin syaitan tak kira sihir atau saka dll, dan ingin mencuba rawatan yg tiada belas kesian pada golongan jin, iaitu pembunuhan jin syaitan tersebut, sila hadirkan diri kealamat terpampang dikanan bawah......

Monday, August 12, 2013

BERSYUKURLAH DENGAN SEMBAHYANG DAN BERSEDEKAH(KORBAN)




108. Al-Kauthar


[1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu  kebaikan yang banyak

[2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

[3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus
Surah Al-Kausar memberitahu bahawa Allah telah memberikan kepada Nabi dan seluruh umatnya kebaikan yg banyak, macam macam kebaikan yang Allah dah berikan pada kita sebagai manusia, terutamanya akal dan fikiran, kenikmatan menjadi khalifah didunia, kenikmatan mengecapi keindahan alam dan apapun kebaikan yg sememangnya kebaikan...
Bila kita dah mendapat kebaikan kebaikan tersebut, Allah menyuruh pula kita mengerjakan solat hanya kerana Tuhan(Allah), solat untuk mengagungkan tuhan, untuk merendahkan diri kepada tuhan dan sebagai tanda kesyukuran kita atas nikmat kebaikan kebaikan yg kita dah kecapi tersebut....Bukan solat kerana untuk dipulihkan sakit, bukan solat kerana ganjaran syurga dan pahala, bukan solat kerana apapun selain kerana tuhan yg Esa iaitu Allah...

No comments: