Secara zahirnya, kalau dilihat ibadah korban dan aqiqah ni cuma sebagai
tanda kesukuran atas kurnia Allah atas apapun kebaikan dan rahmat pada
diri kita dan keluarga.
Tetapi persoalannya kenapa kene korban dengan menyembelih haiwan
ternakan? tak kira la kambing seekor ke, 2 ekor ke, sekor lembu ke,
sepertujuh lembu ke,( bukan sepertujuh ekor lembu, pendek tau ekor
lembu tu... hehe....), .tak boleh ke wang yang sama tu kita just beli
jajan, atau kita derma kat mesjid, atau kita bagi faqir meskin?
Jawabnya ibadah korban dan aqiqah tu dah diajar macam tu, kene la ikut,
jangan memandai nak ganti ganti, kalau tak bela kambing atau lembu pun,
beli aje... yg penting kene sembelih....dengan menyebut nama Allah...
Ibadah korban dan aqiqah ni secara halusnya sama jek macam sedekah,
iaitu kita keluarkan harta ternakan kita atau keluarkan duit beli
ternakan, lalu disembelih ternakan itu untuk dibahagikan pada orang yang
layak...
Sesungguhnya sedekah itu adalah benteng dari api neraka, so salah satu
kaedah bersedekah itu ialah berkorban dan beraqiqah, betul tak???
So, sempena raya haji yg dah nak mendekat nih, meh kita usahakan untuk
sama sama menjalankan ibadah korban, ikhlas hanya kerana Allah Taala,
bukan terselit niat nak menunjuk yg kita ada duit untuk beli lembu atau
kambing korban tu.... InshaAllah
No comments:
Post a Comment