ALAM JIN
GOLONGAN JIN : AZAZIL, IBLIS, JIN, HANTU
& DEWA
PENGENALAN
Sebagai umat islam kita
wajib mengetahui dan mengimani tentang kewujudan mahluk Allah yang ghaib
seperti malaikat, iblis, jin, hantu, dewa dan sebagainya. Kewujudan mereka
tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia tetapi banyak diterangkan didalam
Al-Quran dan Hadis. Tujuan utama untuk mempercayai kewujudan mereka ialah
kerana makhluk tersebut banyak memberi kesan langsung atau tidak langsung
kepada kehidupan manusia
Apakah yang dinamakan iblis atau syaitan tersebut dan bagaimanakah rupanya yang sebenar? Bagaimana cara hidupnya, apa kegemaran dan pekerjaannya, bagaimana kehidupan dan jangka hayatnya, dan apa faedah atau keburukannya kepada manusia dan bagaimana kedudukannya disisi Allah?
Kesemua perkara dan persoalan tersebut diatas sering menghantui kita kerana kita kerap diingatkan tentang kejahatan syaitan dan iblis yang menjadi musuh utama manusia(Umat islam khasnya). Oleh kerana kewujudannya tidak dapat dilihat dan dirasa oleh pancaindera kita sedangkan ia merupakan musuh utama kita, apakah senjata kita yang boleh mengalahkan dan membunuh mereka? Cukupkah dengan hanya mengerjakan solat dan berdoa kepada Allah sahaja tanpa berusaha? Perlukah kita mencipta senjata yang mungkin boleh digunakan untuk menghancurkan mereka dengan penggunaan teknologi yang paling canggih? Atau adakah cara - cara lain untuk menghadapi mereka atau kita hanya terus berserah sahaja kepada yang maha Esa sedangkan mereka sentiasa ada disekeliling kita, didalam hati kita, didalam darah kita, dan dimana-mana saja sambil menghancurkan kita?
Didalam sejarah menceritakan bahawa iblis atau Syaitan dijadikan oleh Allah dari api. Sebelum kejadian Adam, didalam syurga kedudukannya amat tinggi kerana ia dilantik sebagai ketua malaikat yang sentiasa bertasbih dan beribadat kepada Allah sehinggalah Allah menciptakan nabi Adam. Oleh kerana keangkuhannya enggan sujud kepada manusia (Adam) ketika Allah memerintahkannya sujud, Iblis diusir oleh Allah kedunia dan ia memohon kepada Allah agar dapat menyesatkan manusia dari jalan Allah dan diizinkan oleh Allah. Dari detik itulah ia terus menggoda dan menyesatkan manusia hingga kehari akhirat.
Banyak cerita yang mengisahkan bagaimana syaitan dan iblis ini menggoda manusia terutama ketika nabi Adam dan Hawa di syurga hingga mereka dimurkai Allah dan dilontarkan dimuka bumi ini. Begitu juga cerita berkaitan nabi-nabi yang dapat berbicara dan mencederakan mereka. Walaubagaimanapun dalam cerita tersebut kewujudan syaitan dan iblis adalah dalam bentuk samaran yang menyerupa manusia. Begitu juga ketika nabi Muhammad berdailog dengan syaitan, kewujudannya dalam bentuk yang dapat dilihat oleh nabi. Jadi, bagaimana kita sebagai insan diakhir zaman ini dapat mengelak dari dikalahkan oleh mereka sedangkan mereka tidak kelihatan?
Seperti yang dimaklumi bahawa kewujudan syaitan, iblis dan jin atau yang sebangsa dengannya adalah dari api cuma yang membezakan adalah jenis api dan kepanasannya. Dengan yang demikian mereka dengan mudah boleh mengubah bentuk dan saiz tubuh badan dan boleh bergerak dengan pantas kemana sahaja. Dalam sesuatu masa mereka boleh berada disesuatu tempat dengan banyaknya dengan saiz badan yang dikecilkan. Contohnya mereka boleh berada dalam darah manusia atau dalam badan manusia dalam jumlah yang amat ramai dalam sesuatu masa. Selain dari membisikkan kehati agar kita lalai dari perintah Allah, mereka boleh mengakibatkan kesakitan didalam tubuh badan dengan cara menghalang fungsi anggota tubuh dari bekerja dengan lancar seperti menyekat perjalanan darah dan sebagainya.
Juga yang bertindak lebih ganas dengan menguasai seluruh tubuh badan manusia (Kawalan Roh) iaitu mengakibatkan individu tersebut tidak sedar dan percakapan serta perbuatan dilakukan oleh syaitan tadi. Yang menjadi persoalan ialah dimanakah pula letaknya roh manusia yang dikuasai tadi?
Perlu diingat bahawa tujuan utama iblis dan konco-konconya menggoda manusia ialah untuk menjauhkan manusia dari mengingati Allah dan mengerjakan segala amal yang telah disyariatkan kepada manusia terutama yang beragama islam. Mereka tidak akan pernah jemu dengan tugas tersebut dan akan berkerja keras menggoda terutama kepada umat islam yang taat kepada Allah. Tujuannya hanya satu iaitu membawa manusia keneraka bersama.
Persoalan yang timbul ialah pastikah manusia itu lebih baik dari mereka ? Yang pasti ialah manusia yang taat kepada perintah Allah tentunya lebih baik dari mereka. Bagaimanapun ramai juga manusia lebih jahat dari mereka. Contohnya ada manusia yang sanggup meminum arak, memfitnah dan membunuh sesama umat sedangkan syaitan tidak sanggup membunuh anak dan kaum mereka. Adakah perbuatan jahat manusia tersebut atas kehendak manusia itu sendiri atau atas unsur-unsur lain ?
MAHLUK GHAIB-AZAZIL, IBLIS, JIN, HANTU DAN DEWA
Seperti yang kita sedia maklum, Allah telah mencipta mahluk ghaib selain malaikat iaitu iblis dan jin. Sebenarnya kategori makhluk yang utama ialah manusia, malaikat dan jin. Oleh itu kategori@GOLONGAN jin adalah merangkumi jenis Azazil, iblis, hantu, jin dan dewa. Didalam jenis-jenis jin tersebut terdapat banyak pecahan kecil yang tidak dapat diperincikan dengan jelas. Ini kerana kehidupan makhluk ini tidak mempunyai perundangan dan batasan. Mereka bebas melakukan apa saja kecuali yang telah memeluk agama islam, mereka akan menurut peraturan yang telah ditetapkan oleh islam, walaupun bagitu sama seperti manusia yang islam, ada juga yang hanya mengaku islam tetapi tingkahlaku jauh dari ajaran islam. Bagi yang bukan islam, mereka tidak berperaturan dan akan berbuat apa saja mengikut kemahuan. Ini menyebabkan banyak perkahwinan campur sehinggakan tidak dapat lagi ditentukan jenis mereka.
No comments:
Post a Comment