ASSALAMUALAIKUM

Salam kepada pembaca budiman


Dalam Blog aku ni kebanyakkannya adalah hasil dari buah fikiran aku dan berdasarkan pengalaman merawat pesakit..


Makin lama berkecimpung sebagai perawat, makin banyak pengalaman dan pelbagai kes berat yang dihadapi... dan hasilnya aku luahkan dalam blog ni.. tapi... banyak yang tak dapat diceritakan terutama kaedah rawatan dan pengalaman....



CERITA CERITI RAWATAN ADA DLM BLOG
HTTP://DARULHANTU.BLOGSPOT.COM


sesiapa nak MP3 zikir download sini : http://www.mediafire.com/?6otvepamultvvoe

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.



وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنِ ابْنِ عَجْلاَنَ، حَدَّثَنِي صَيْفِيٌّ، عَنْ أَبِي السَّائِبِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ سَمِعْتُهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ هَذِهِ الْعَوَامِرِ فَلْيُؤْذِنْهُ ثَلاَثًا فَإِنْ بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ ‏"‏ ‏.‏

There is a group of jinns in Medina who accepted Islam, so he who would see anything from these occupants should warn him three times; and if he appears after that, he should kill him for he is a satan.



Sekiranga ada sesiapa yg bermasaalah gangguan jin syaitan tak kira sihir atau saka dll, dan ingin mencuba rawatan yg tiada belas kesian pada golongan jin, iaitu pembunuhan jin syaitan tersebut, sila hadirkan diri kealamat terpampang dikanan bawah......

Monday, August 12, 2013

DEWA DEWI

DEWA

Wujud ke benda ni? Kalau tak wujud pun dia tetap ada tak caya tengok kat kuil, banyak patung yang dinamakan dewa tu la, dewa ni la dan lain-lain. Itu yang wujud di zahirkan oleh manusia, yang memang ada di alam ghaib lagi banyak! Jenis nya terdiri dari dewa angin la, dewa api la, dewa air, dewa tanah, dewa hindu, dewa kayangan, dan banyak la lagi jenisnya. Rupa mereka macam mana? Sikit macam orang tapi kebanyakkan nya botak, telinga panjang dan lembik, hidung pun panjang dan lembik dan ada yang macam kat kuil india tu, namun kebanyakkannya hanya macam bebola kabus hanya rupa/kepala tanpa jasad.


Dewa banyak dipuja oleh golongan hindu, budha dan tak terlepas juga oleh orang islam yang kononnya untuk dijadikan sahabat bila diperlukan akan membantu. DEWA TAK DE YG BERAGAMA ISLAM WALAU TUANNYA ISLAM. dan benda ni tak akan membantu untuk kerja baik, kalau ada pun sikit sangat, yang banyaknya tak payah suruh, kalau bab untuk menganiaya orang, yang disuruh seekor tapi yang voluntier sampai berjuta pun ada!. Sebab tu kalau orang kena sihir, susah nak terus baik. Sebab banyak yang bekerja tu. Kalau yang terus baik pun selalunya bomoh yang mengubat terpaksa guna hantu yang lebih senior untuk menghalau hantu yang bekerja tu. Itu pun kalau dia ada hantu, kalau yang dalam badan pesakit tu lebih hero, selalunya bomoh lari dulu. Sebab tu kalau orang kena buatan orang dari jenis bomoh siam atau tok batin asli, bomoh melayu jarang boleh ubat, sebab bomoh melayu selalunya Cuma ada pembantu (Keris ke, kayu koka ke, cincin ke) yang hantunya dari kategori dewa atau jin je sedangkan hantu dalam badan pesakit tu dari kategori iblis! Maka seganlah bomoh tu punya hantu dan lari lah ia. Maka si pesakit teruslah sakit.


Persoalannya macamana pula bomoh melayu yang guna ayat Al-Quran dan lain lain yang berkaitan islam? Tak boleh ke mereka mengalahkan iblis tersebut? Sebenarnya kalau pengamal perubatan tersebut hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran atau jampi serapah atau membaca ayat tersebut ke air untuk diminum, takut ke iblis tu? Dia pun banyak hafal ayat-ayat Quran dan kadang-kadang pengubat @ bomoh yang baca ayat tu pun bacaannya dibetulkan oleh iblis tu, jadi mana nak baik! Selalunya pengamal perubatan islam semasa menghafal dan menjadikan bacaan ayat-ayat Al Quran akan selalu membaca ayat tersebut sehinggakan menjadikan seperti zikir dengan niat mendapat kekuatan ketika ayat itu dibacakan ketika mengubat, nak tau yang datangkan kekuatan tu apa? Sebenarnya mereka dibantu oleh jin islam! Pasti anda tak caya terserahlah, kajilah sendiri kerana zikir dan bacaan Al Quran yang tak ikhlas kerana Allah, akan dihampiri oleh mahluk jin (islam). Tetapi azan pula amat ditakuti kerana memang peranannya sebagai penyeru beribadah sambil perejam iblis. Habis tu nak buat macamana? Entah

Kalau setakat dewa atau jin dalam badan pesakit, memang mudah nak buat, setakat azan atau kadang-kadang pakai kebas dengan kain putih ke, mayang kelapa ke, daun apa tu yang selalu guna? Hhaa daun turi, eh bukanlah daun tu buat sayur la, sebenarnya daun keloo. Sebenarnya nak dijelaskan disini, dewa tu tahapnya terendah dikalangan makhluk ghaib ni. Rendah martabatnya tapi jangan berani nak cabar sebarangan, dewa angin boleh bawa taufan!, dewa api boleh membakar! Pernah dengar beberapa rumah tiba-tiba barangan didalam nya terbakar? Sebenarnya tu kerja dewa api. Tau pun takut

No comments: