ASSALAMUALAIKUM

Salam kepada pembaca budiman


Dalam Blog aku ni kebanyakkannya adalah hasil dari buah fikiran aku dan berdasarkan pengalaman merawat pesakit..


Makin lama berkecimpung sebagai perawat, makin banyak pengalaman dan pelbagai kes berat yang dihadapi... dan hasilnya aku luahkan dalam blog ni.. tapi... banyak yang tak dapat diceritakan terutama kaedah rawatan dan pengalaman....



CERITA CERITI RAWATAN ADA DLM BLOG
HTTP://DARULHANTU.BLOGSPOT.COM


sesiapa nak MP3 zikir download sini : http://www.mediafire.com/?6otvepamultvvoe

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.



وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنِ ابْنِ عَجْلاَنَ، حَدَّثَنِي صَيْفِيٌّ، عَنْ أَبِي السَّائِبِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ سَمِعْتُهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ هَذِهِ الْعَوَامِرِ فَلْيُؤْذِنْهُ ثَلاَثًا فَإِنْ بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ ‏"‏ ‏.‏

There is a group of jinns in Medina who accepted Islam, so he who would see anything from these occupants should warn him three times; and if he appears after that, he should kill him for he is a satan.



Sekiranga ada sesiapa yg bermasaalah gangguan jin syaitan tak kira sihir atau saka dll, dan ingin mencuba rawatan yg tiada belas kesian pada golongan jin, iaitu pembunuhan jin syaitan tersebut, sila hadirkan diri kealamat terpampang dikanan bawah......

Monday, August 12, 2013

GANJARAN

GANJARAN

Terlalu banyak berita berita tentang ganjaran yang bakal diperolehi dari amalan yg dilakukan, mengapa Allah beritau ganjaran tersebut? Mengapa nabi memberitau adanya ganjaran ganjaran yang sebegitu lumayan dari amalan amalan yang kita lakukan? Bayangkan jika Allah tak beritau akan ganjarannya, nabi pun tak beritau apa untungnya sesuatu amalan tu, nak ke kita buat amalan amalan tu??? Nak ke kita jauhi amaran amaran keras dari perbuatan jahat dan sebagainya jika tak di beritau kesan dan bahana yg bakal dihadapi nanti kalau kita lakukan jua kejahatan tu????

Jawabnya tentu tidak bukan!!!

Disamping Allah dan rasulnya beritau ganjaran ganjaran tersebut, TETAPI Allah juga menggariskan dalam Quran banyakkkkkkkkk kali, HENDAKLAH KAMU MENGIKHLASKAN SEGALA AMALAN KAMU SEMATA MATA KEPADAKU….. So???????????????

Dan ada juga dalil yang memberitau, hanya amalan yg IKHLAS KERANA ALLAH SEMATA MATA barulah Allah akan terima…..

Susah kan?????? Tak diberitau ganjaran, kita tak buat apapun amalan, tapi kalau buat kerana nakkan ganjaran, Allah tak terima pulak????

Dan Allah juga beritau, Hanya orang orang yg ikhlas, segala syaitan jin tak mampu menewaskan…

Jadi, pengajarannya disini ialah, kita wajib beramal dan terus membuat amalan, cuba dapatkan seikhlas mungkin, cuba dapatkan HANYA DAN SEMATA MATA AMALAN KERANA ALLAH TAALA, tentang ganjaran tu semua, memang akan dapat, itupun jika dapat ikhlaskan amalan tu, kalau tak ikhlas, takkan dapat ganjaran yang dijanjikan tu, dan kalau rasa memang tak boleh nak ikhlas, jangan malas, kene buat jugak amalan tu, tapi setiap kali lepas beramal, DOA DOA DOA DOA DOA DOA, mintak direct kat Allah, agar Allah terima la amalan tu semua, rayu lah kat Allah dengan rendah diri, takutlah yg amalan tu Allah tak terima, jangan sekali kali confident sangat yg amalan kita tu Allah terima! Bukan senang tau nak ikhlas sampai Allah boleh terima amalan tu, susah sangattttt, cakap boleh la, cuba buat, tengok! Menyimpang tak niat tu????

GANJARAN yg dijanjikan itu hanya akan didapati kalau Allah terima amalan kita tu, kalau Allah tak terima, malah dilempar semula ke muka kita bagai dilempar kain buruk, apa yg boleh kita harapkan lagi???? Dosa dah la banyak menggunung, pahala pulak tak de, sebab ditolak mentah mentah oleh Allah, nak harapkan apa lagi??? Yg tinggal hanya syafaat nabi je la tempat bergantung……

Oleh itu, walaupun kita dah diberitau akan sesuatu ganjaran yg bakal diperolehi dari sesuatu amalan, jangan ambilkira sangat, jangan fikirkan pun kalau boleh, tapi beramallah seikhlas mungkin, kalau nak solat tu, solat la banyak banyak semata mata kerana Allah, kalau nak ingat Allah, ingatlah dengan hati dan lidah sambil berdiri, sambil baring, sambil duduk, sambil berjalan. Sejujur jujurnya ingatan dan pujian….jangan fikir nak ganjaran walaupun keredhoan Allah, walaupun syurga firdaus, walaupun rezeki, walaupun kesembuhan dan sebagainya, buat je amalan tu, hanya kerana Allah dan semata mata kerana Allah, sebab arahan tu Allah yg buat…..

“Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)”. Maryam 48
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. “ Al Hajj 37
“Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.” Al Ankabut 56

No comments: