ASSALAMUALAIKUM

Salam kepada pembaca budiman


Dalam Blog aku ni kebanyakkannya adalah hasil dari buah fikiran aku dan berdasarkan pengalaman merawat pesakit..


Makin lama berkecimpung sebagai perawat, makin banyak pengalaman dan pelbagai kes berat yang dihadapi... dan hasilnya aku luahkan dalam blog ni.. tapi... banyak yang tak dapat diceritakan terutama kaedah rawatan dan pengalaman....



CERITA CERITI RAWATAN ADA DLM BLOG
HTTP://DARULHANTU.BLOGSPOT.COM


sesiapa nak MP3 zikir download sini : http://www.mediafire.com/?6otvepamultvvoe

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.



وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنِ ابْنِ عَجْلاَنَ، حَدَّثَنِي صَيْفِيٌّ، عَنْ أَبِي السَّائِبِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ سَمِعْتُهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ هَذِهِ الْعَوَامِرِ فَلْيُؤْذِنْهُ ثَلاَثًا فَإِنْ بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ ‏"‏ ‏.‏

There is a group of jinns in Medina who accepted Islam, so he who would see anything from these occupants should warn him three times; and if he appears after that, he should kill him for he is a satan.



Sekiranga ada sesiapa yg bermasaalah gangguan jin syaitan tak kira sihir atau saka dll, dan ingin mencuba rawatan yg tiada belas kesian pada golongan jin, iaitu pembunuhan jin syaitan tersebut, sila hadirkan diri kealamat terpampang dikanan bawah......

Monday, August 12, 2013

SYAITAN

SYAITAN

Adakah ia juga makhluk seperti azazil atau iblis? Jawabnya –tidak! Ini adalah kerana yang dinamakan syaitan itu adalah merupakan kejahatan dan perbuatan yang dilakukan oleh manusia setelah dikuasai oleh makhluk dari golongan jin seperti iblis atau azazil tadi. Ini bermakna kesemua manusia yang melakukan kejahatan melampau adalah disebabkan didalam tubuh pelaku tersebut ada jin seperti iblis dll yang merangsang dan mengarah hingga berlakunya kejahatan tersebut.
Dengan bahasa lebih mudah, syaitan ialah jin dan manusia yang jahat. Jin islam  yang jahat juga adalah syaitan. Manusia walaupun islam, tapi melakukan kejahatan(tentunya akibat bisijan jin jahat) dipanggil syaitan juga. So jahatnya jin dan manusia itu yg Allah gelarkan sebagai syaitan.


DALIL: HADIS

Rasulullah s.a.w memerintahkan daku dengan bersabda: "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!".

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.




DALIL : AL-QURAN

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh iaitu Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.



ADAKAH SEMUA JIN DIGELAR SYAITAN???
Tidak, sebab ada jin yg baik, yg menjadi nabi dan rasul kepada kalangan mereka sendiri, malah banyak jin yang baik, iaitu yang tidak menyibuk di 'alam manusia'.


Tapi segala jin yang berada di'alam manusia' seperti yang menjadi saka manusia, yang menjadi rakan manusia, yang menjadi kawan dan sahabat manusia, yang menjadi guru ghaib manusia, yang menjadi pendamping manusia, yang menjadi hamba atau suruhan manusia semuanya digelar syaitan. Walau jin islam???? ya, walau pun jin islam, tetap ianya syaitan bila mereka berada di'alam manusia'


Mengapa?

Sebab, walaupun jin islam, tetapi jika mereka telah mengikut arahan iblis, menjadi penyokong iblis dengan masuk campur dalam urusan manusia(hartabenda dan anak anak manusia), tiada tujuan lain lah tu, selain untuk menyesatkan manusia itu dan keturunannya... 

Al Isra' 64 "Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka) dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata."




No comments: