Suatu hari Nabi Musa terkena sejenis penyakit.
Apabila kaum Bani Israel mengetahuinya, mereka segera menemui Nabi Musa untuk
membantu merawat baginda menggunakan sejenis tumbuhan.
“Kalau berubat dengan tumbuhan yang kami bawa
ini nescaya kamu (Musa) akan sembuh!” kata kaumnya.
Penyakit tersebut pernah menimpa kaum Bani
Israel sebelum itu tetapi apabila diubati dengan tumbuhan tersebut terus
sembuh. Namun, permintaan Bani Israel itu ditolak Nabi Musa.
“Aku tidak akan berubat sehinggalah aku
disembuhkan oleh Allah s.w.t tanpa menggunakan ubat!”
Setelah gagal memujuk, kaum Bani Israel
meninggalkan Nabi Musa sendirian. Setelah beberapa lama, penyakit yang dihidapi
Nabi Musa tidak juga sembuh-sembuh.
Nabi Musa tetap bertawakal supaya Allah
menyembuhkan penyakitnya. Ketika Nabi Musa sedang bermunajat, Allah berfirman:
“Wahai Musa, demi kemuliaan-Ku dan
keagungan-Ku, Aku tidak akan menyembuhkan penyakit kamu sebelum kamu berubat
dengan ubat yang mereka sebutkan kepadamu!”
Selepas mendapat Wahyu itu, Nabi Musa lantas
meminta kaumnya segera mengubatinya dengan tumbuhan tersebut. Dengan izin
Allah, maka sembuhlah penyakit Nabi Musa. Bila sembuh, Nabi Musa meresa kurang
senang kerana tumbuhan itu yang telah menyembuhkan penyakitnya.
Allah berfirman lagi: Wahai Musa, apakah kamu
menghendaki Aku batalkan hikmah-Ku dengan tawakalnya engkau kepada-Ku!”
“Tidakkah
kamu fikir bahawa siapakah yang meletakkan ubat pada tumbuh-tumbuhan itu untuk
memberi manfaat kepada sesuatu. Bukankah aku yang menjadikannya?”
Nabi
Musa merasa malu apabila mendengar firman Allah itu. Fahamlah baginda, bahawa
setiap penyakit ada penawarnya, kecuali mati!.
**Dipetik
dari Majalah Mastika.
No comments:
Post a Comment