Thursday, August 15, 2013

BERKAWAN DENGAN JIN



Al-An’am 100
“Dan mereka menjadikan jin sekutu bagi Allah, padahal Allah jualah yang mencipta jin-jin itu dan mereka berdusta terhadap Allah dengan mengada-adakan bagiNya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan, dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah Dia dari apa yang mereka sifatkan!”

Al-An’am 112
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.”

Al-An’am 128
“Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): "Wahai sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia". Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: Wahai Tuhan kami, sebahagian dari kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (Syaitan-syaitan), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami. (Allah berfirman): Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.”

Al-Kahf 50
“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu.”




Demikianlah antara peringatan Allah pada manusia tentang keboleh kawanan manusia dengan jin, boleh tak??????? Jawabnya terang jelas tak boleh!!!!!!!!!! Walaupun jin itu islam sekalipun, pastinya dia adalah  syaitan…. Betul tak??? Tak caya??? Meh tengok ni


Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.


Ok… bila dah tengok dalil hadis dan dalil ayat Quran tu, siapa lagi yang masih sibuk nak berkawan dengan jin? Siapa lagi yg masih nak bersaudara dengan jin? Sapa lagi yang nak belajar dengan jin? Siapa lagi yang masih nak mempunyai guru ghaib penipu yg kononnya wali Allah bagai, walhal hanya jin yang menyamar, SIAPA???? ANGKAT TANGAN!!!


Tapi itu terserahlah pada diri masing masing, memasing kan ada kefahaman sendiri, kefahaman tentang ayat yang sama, tapi bila ditafsir oleh 100 orang yg berbeza, tentunya jawapannya tak de yg 100 sama… Tapi, janganlah sampai menolak dalil AlQuran di atas hanya semata mata ingin berkawan dengan jin, jin itu tetap menyesatkan….dan jin jin yang berada di alam manusia, semuanya jahat dipanggil syaitan, jin jin yang baik dan wara’ serta beriman dan bertaqwa pun ada, tapi jin tu di alam mereka lah…. Takkan mereka bercampur langsung dengan manusia walaupun manusia memanggilnya, takkan!!

Al-an’am 130
“Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).

Bidalan yang mengatakan ‘sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia’ tu ada betul dan ada tak betulnya, yang betulnya adalah pada jin jin yang berada di alam manusia seperti Qarin manusia, jin dampingan manusia, jin saka manusia, jin suruhan manusia, atau jin jin yang memang suka nak menyakat manusia, semuanya jahat dan lebih jahat dari manusia yang jahat, sebab tanpa kehadirannya membisikkan kejahatan pada orang yang jahat itu, orang tu tak akan buat kejahatan tersebut.

TETAPI, bidalan sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia’ tu tak sesuai langsung pada jin jin yang tidak berada di alam manusia iaitu mereka tetap di alam mereka dan menjauh dari kehidupan manusia, malah ada diantaranya nabi dan rasul juga para wali Allah dari kalangan mereka…

Kesimpulannya, jangan sesekali berkawan dengan jin, jangan mengaku jin adalah saudara (sesame islam), jangan ada minat pun untuk didampingi jin, jangan ada keinginan ada khadam jin atau jangan ada keinginan pun untuk adanya ‘power ghaib’ pada diri kerana biasanya keinginan tersebut tanpa kita sedari akan dihampiri oleh jin syaitan yang berada dialam manusia ini….

2 comments:

  1. adakala maknanya hadis dan Alquran
    bukan cm tu huraiannya

    bile cara baca nada hurai leh saya katakan anda bukan celik
    ilmu AlQuran dan ilmu Hadiss
    dan tiada ilmu tentang perawi hadis dan terjemaah isi Alquran

    Alquran bukan ditafsir ikut otak akal kitee..
    dan ditafsir ikut ilmu dan perpandukan Guru ung diperlu dingajii

    dan bile kite tafsir ikut akal dan fikiran
    tu maknanya anda tafsir mengikut bisikan syaitan
    nauzubilaminzalik

    pergi menuntu ilmu
    saya mengaji 7 tahun ilmu Alquran dan hadis pun tak berani hurainan
    sebegitu'
    hati2 tafsir Alquran dan hadis

    sedikit teguran bagi saya

    ReplyDelete
  2. adakala maknanya hadis dan Alquran
    bukan cm tu huraiannya

    bile cara baca nada hurai leh saya katakan anda bukan celik
    ilmu AlQuran dan ilmu Hadiss
    dan tiada ilmu tentang perawi hadis dan terjemaah isi Alquran

    Alquran bukan ditafsir ikut otak akal kitee..
    dan ditafsir ikut ilmu dan perpandukan Guru ung diperlu dingajii

    dan bile kite tafsir ikut akal dan fikiran
    tu maknanya anda tafsir mengikut bisikan syaitan
    nauzubilaminzalik

    pergi menuntu ilmu
    saya mengaji 7 tahun ilmu Alquran dan hadis pun tak berani hurainan
    sebegitu'
    hati2 tafsir Alquran dan hadis

    sedikit teguran bagi saya

    ReplyDelete